• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mercedes-Benz Storm Edition X 250d 4MATIC, Trak Pikap Premium Lain Daripada Lain

Mercedes-Benz Storm Edition X 250d 4MATIC, Trak Pikap Premium Lain Daripada Lain

November 26, 2018 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


APA khabar Mercedes-Benz X Class? Ketika mula diperkenalkan, trak pikap jenama premium itu disambut pelbagi respon daripada netizen tempatan dan luar negara.

Salah satu kenapa ia begitu menarik perhatian ialah model itu diubah suai daripada Nissan Navara. Walaupun Mercedes-Benz banyak membuat perubahan, identiti Navara masih jelas. Percaya atau tidak, X Class sebenarnya sudah berada di negara kita selepas dibawa masuk pengimport bebas.

BACA >>> 3 SUV Mercedes-AMG G-Class Kini di Malaysia - Harga Bermula RM916k

Walaupun X Class dikeluarkan Mercedes-Benz, urusan komersial trak pikap ini diuruskan bahagian kenderaan komersil Mercedes-Benz Vans yang khas untuk model komersial seperti van perdagangan. Prestasi Mercedes-Benz Vans agak bagus dengan jualan 41,404 unit tahun lalu di Britain.

EDISI TERHAD

Ini pula hasil sentuhan terbaharu Mercedes-Benz Vans apabila mengeluarkan edisi terhad Storm Edition X 250d 4MATIC. Model edisi terhad ini dinaik taraf daripada varian spesifikasi tinggi X Class POWER. Antara ciri sedia ada model ini ialah kerusi kulit, sistem infotainment Command Online, rel bumbung, lampu utama LED, pakej parkir dengan kamera 360°, dan rim aloi 19 inci.

Tambahan kepada varian ini ialah penutup kargo, bar gaya dan bar sisi hitam, gad lumpur (depan dan belakang) dan alas kaki khas. Satu lagi perkara yang jarang dilihat pada mana-mana kenderaan Mercedes-Benz, ialah grafik petir pada bahagian belakang pikap ini. Memang ranggi!

BACA >>> 10 Fakta Pantas - Mercedes-Benz A-Class Serba Baharu di Malaysia, Harga Mula RM228k

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Auto Terkini, Jenama, Mercedes Benz Tagged With: 4x4, Mercedes-Benz STORM Edition X 250d 4MATIC, Mercedes-Benz Vans, Mercedes-Benz X-Class, Roda4, Trak pikap

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
    Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
  • #TahukahAnda: 8 Sebab Cermin Depan Kereta Anda Boleh Retak, Pecah
    #TahukahAnda: 8 Sebab Cermin Depan Kereta Anda Boleh Retak, Pecah
  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • 5 Bahagian Dalaman Kereta yang Ramai Pemandu Terlupa Cuci
    5 Bahagian Dalaman Kereta yang Ramai Pemandu Terlupa Cuci

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my