Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»PERHATIAN! Sensor Beg Udara Rosak, Toyota Panggil Balik Altis, Lexus NX dan RX
Auto Terkini

PERHATIAN! Sensor Beg Udara Rosak, Toyota Panggil Balik Altis, Lexus NX dan RX

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMW Toyota Motor) malancarkan Kempen Servis Khas (SSC) bagi menggantikan sensor beg udara Toyota Corolla Altis, Lexus NX dan Lexus RX. Kempen global berkenaan diumumkan Toyota Motor Corporation (TMC) pada 31 Januari lalu.

Berdasarkan maklumat dikeluarkan TMC, jumlah Corolla Altis terlibat ialah 2,800 unit, manakala Lexus NX dan RX (500 unit). Semua unit ialah model keluaran Jun 2015 hingga Januari 2016.

BACA >>> 7 Perkara Tentang Beg Udara Takata yang Perlu Anda Tahu

Kempen panggil balik itu dibuat berikutan isu pengilangan mengenai kemungkinan penebat cip litar bersepadu (IC) pada sensor tekanan dan sensor G akan menggelupas dan berisiko menyebabkan litar terbuka (open circuit) pada cip IC. Jika berlaku, indikator lampu amaran beg udara akan menyala, sekali gus menyebabkan beg udara (depan, sisi, dan tirai) dinyahaktifkan dan tidak berfungsi.

Pihak TMC kini sedang berusaha mendapatkan alat ganti bagi kempen berkenaan. Apabila alat ganti sudah sedia, pemilik akan dimaklumkan pihak UMW Toyota Motor supaya menghantar kenderaan ke pusat servis sah terdekat. Operasi penukaran mengambil masa 30 minit hingga 4 jam (bergantung model), manakala kos ditanggung sepenuhnya UMW Toyota Motor.

Pelanggan yang terjejas boleh menghubungi pusat servis Toyota sah atau hubungi talian bebas tol 1800-8-TOYOTA (869682). Pemilik Lexus pula perlu menghubungi pusat jualan sah jenama itu seluruh negara atau hubungi talian 1800 88 53987 (1-800- 88-LEXUS) atau layari Lexus.com.my.

BACA >>> Honda Sahkan Beg Udara Takata Meletup dalam Kemalangan 1 Januari 2018

Selain itu, pemilik Toyota boleh kunjungi laman web Kempen Servis Khas Toyota di pautan Toyota.com.my untuk pemeriksaan dengan hanya memasukkan nombor casis (VIN). Bagi pelanggan yang sudah memuat naik aplikasi Toyota Drive, terdapat juga pautan ke laman web Toyota SSC dan pencarian VIN.

Toyota Corolla Altis

 

Auto Terkini beg udara Kempen Panggil Balik Kempen Servis Khas Toyota Lexus NX Lexus RX Panggil Balik Recall sensor sensor beg udara Toyota Toyota Corolla Altis UMW Toyota Motor Sdn Bhd
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.