Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#Perbandingan: smart #3 Premium vs Tesla, Mana Lagi Padu?
Autotainment

#Perbandingan: smart #3 Premium vs Tesla, Mana Lagi Padu?

Han OthmanBy Han Othman24/07/20241 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KEHADIRAN kenderaan elektrik (EV) semakin meriah di pasaran tempatan dengan pelbagai jenama dapat dilihat atas jalan raya Malaysia.

Dalam dunia EV, ada beberapa jenama yang menjadi buat mulut peminat dan pemerhati automotif. Antaranya Tesla yang datang dengan reputasi sebagai jenama EV popular dunia.

Namun status itu mula dicabar dengan banyak jenama EV lain, terutama dari China yang hadir dengan kemampuan setanding, malah mampu mengatasi apa ditawarkan Tesla.

Salah satunya smart, jenama dari Jerman yang sudah berada dalam dunia automatif sejak 30 tahun lalu dan kini berada di bawah pemilikan Mercedes-Benz dan Zhejiang Geely Holding Group.

smart #3 baru saja dilancarkan di Malaysia pada 10 Julai lalu sebagai coupe EV sebagai model kedua selepas smart #1. Model ini ditawarkan dalam tiga varian, iaitu Pro, Premium dan BRABUS pada harga bermula RM175,000.

Jika dibandingkan Tesla Model Y (RM199,000), model smart #3 Premium (RM215,000) boleh dikatakan lawan yang setanding dengan julat harga tidak jauh berbeza.

Bagaimanakah pula dengan prestasi dan lain-lain?

1. EKOSISTEM PENGECASAN MENYELURUH

smart #3 menawarkan ekosistem solusi pengecasan yang lebih menyeluruh berbanding Tesla. Menerusi Hello smart App yang mudah difahami dan dikendali, pemandu dapat mengakses maklumat terkini mengenai stesen pengecasan, mencari lokasi, memulakan proses pengecasan, dan membuat pembayaran menggunakan satu aplikasi sahaja.

Ini secara tidak langsung mengetepikan keperluan menggunakan pelbagai aplikasi berbeza ketika singgah di sesebuh stesen cas untuk mengecas.

2. MESRA PELBAGAI CPO

Seperti kita sedia maklum, Kerajaan ketika ini giat menggalakkan penggunaan kenderaan tenaga baharu (NEV) yang rendah atau sifar emisi. Ini menyaksikan kewujudan banyak operator pusat pengecas (CPO) EV yang membuka stesen pengecasan di seluruh negara.

Situasi ini memberi kelebihan kepada smart kerana model EV ini ‘mesra’ CPO yang pelbagai berbanding Tesla yang cuma eksklusif kepada model jenama itu sahaja.

Setakat ini ada enam CPO menyediakan hingga 80 peratus maklumat masa mengecas di seluruh negara seperti Gentari, JomCharge, chargeEV, ShellRecharge, Carput Zap, dan Go-To-U. Setiap CPO itu disediakan operator yang berbeza, dan semuanya ‘mesra’ digunakan model EV smart!

3. PENGECAS PALING ‘POWER’

smart #3 Premium memiliki pengecas AC berkapasiti 22kWh, dua kali ganda daripada Tesla (11kWh). Sebagai makluman, nilai 22kWh untuk pengecas AC adalah terbaik dalam EV setakat ini.

Tapi apa kelebihannya?

4. MASA PENGECAS PANTAS

Dengan kapasiti pengecas AC 22kWh, tempoh pengecasan smart #3 Premium ini mampu dipendekkan dengan masa mengecas 10-80 peratus hanya tiga jam sahaja. Tidak perlu pun menunggu hingga semalaman dari malam hingga ke pagi.

Jika menggunakan pengecas DC (150kW), masa menunggu untuk peratus isian yang sama pula cuma kurang 30 minit. Cuma hirup secawan kopi panas, dan jamah sepiring kek sudah siap dicas.

5. REKABENTUK PINTAR

Mengenai rekabentuk pula, apa dapat dinilai pada smart #3 adalah penampilannya yang secukup rasa. Model ini masih mengekalkan trend rekabentuk EV masa kini dengan bentuk badan slik, elegan dan bergaya futuristik dengan mengetengahkan elemen premium seperti dapat dilihat pada model Mercedes-Benz dan kereta mewah lain.

Pada masa sama, smart #3 juga masih mengekalkan ciri asas dan susun atur yang sudah biasa terdapat pada kereta konvesional.

Ini berbeza daripada rekabentuk Tesla yang agak ekstrem dan tidak semua orang meminati gaya tersebut. Ia seperti memandu sebuah produk yang datang dari planet lain. Misalnya cermin sisi kecil yang sekali pandang nampak semacam mengada-ngada.

Masuk ke kabin smart#3 anda boleh saja terus memandu seperti mana anda terbiasa memandu kereta konvensional sebelum ini berbanding Tesla yang memerlukan anda menyesuai diri untuk memahami kepelikan dan keanehan yang ada. Apapun, tepuk dada, tanya selera.

6. HARGA MENARIK

Dengan beza harga RM15,000 lebih mahal daripada Tesla, ini bukan masalah besar untuk membeli smart #3 jika anda termasuk dalam kumpulan yang layak memiliki kereta pada julat harga seperti itu.

Malah, wakli pengedar kenderaan smartdi Malaysia, Pro-Net berbesar hari menawarkan pakej pelancaran menarik kepada pembeli model smart #3 yang membuat tempahan sejak hari pelancaran hingga 31 Julai ini.

Pembeli smart #3 boleh menerima Pemilikan Premium All-Inklusif untuk pengalaman perjalanan yang komprehensif dan bebas kerisauan buat pelanggan.

Tawaran itu terdiri daripada:

  • Waranti bateri voltan tinggi lapan tahun atau 200,000km.
  • Waranti komponen voltan tinggi lapan tahun atau 150,000km.
  • Waranti kenderaan empat tahun tanpa had perbatuan.
  • Waranti alat ganti dua tahun tanpa had perbatuan.
  • Bantuan jalan 24 jam setiap hari(24/7)
  • Pengecas AC smartCharge PERCUMA berharga RM3,200 dengan waranti dua tahun.
  • Kabel V2L PERCUMA berharga RM800 dengan waranti dua tahun
  • Pakej Aksesori PERCUMA berupa enam item bernilai RM2,500
  • Data Internet PERCUMA berjumlah 60GB selama lima tahun.

Maklumat lanjut mengenai smart #3 boleh layari my.smart.com.

Sebelum itu, jangan lupa datang ke siri jelajah smart Tour Brand Roadshow sepanjang Ogos dan September 2024 ini di lokasi berikut:

  • Bangsar Shopping Centre, Kuala Lumpur (Aras G): 31 Julai- 4 Ogos 2024
  • Gurney Plaza, Pulau Pinang (Aras G): 4-8 September 2024
  • Mid Valley South Key, Johor Bahru (Aras G): 19-22 September 2024
Kenderaan Elektrik (EV) pro-net SMART smart #3 Tesla Tesla Model Y
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Lamborghini Urus SE Performante, Lagi Ringan, Super SUV Paling Pantas di dunia!

01/07/2026
Roda4

Suzuki e VITARA Rasmi Di Malaysia – EV Pertama Suzuki, Harga Bermula RM188,000

01/07/2026
Tahukah Anda

#TahukahAnda: 1, 2 atau 4-Piston: Apa Perbezaan Angkup Brek dan Mana Lebih Bagus?

01/07/2026
Roda4

BMW X5 2027 Tampil Dengan Rekaan Neue Klasse, Lima Pilihan Trenkuasa dan Kabin Futuristik

01/07/2026

1 Comment

  1. zul ma on 07/08/2024 14:08

    Laaaa….tajuk ingatkan nak banding Smart#3 Premium dgn. Tesla MY, rupa-rupanya iklan panjang utk Smart#3. hampeh…..

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
Elektrifikasi

Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

By Han Othman26/06/2026
Autotainment

Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

By Han Othman28/06/2026
Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
Auto Terkini

Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

By Shazwan Hisam30/06/2026
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

By Shazwan Hisam26/06/2026
MotoGP

#MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

By Shazwan Hisam26/06/2026
Jetour F700
PHEV

Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

By Han Othman26/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Vespa Edizione Ottantesimo, Unit Terhad 80 Tahun, Enjin 310 HPE Berkuasa Tinggi

By Abang Hirata30/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.