Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Perbandingan Rupa: RS150R vs Winner X dengan Bahasa Rekabentuk yang Lebih Jelas
Autotainment

Perbandingan Rupa: RS150R vs Winner X dengan Bahasa Rekabentuk yang Lebih Jelas

AryonBy Aryon15/07/20193 Comments
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA Vietnam menjadi negara Asean pertama melancarkan Winner (Malaysia: RS150R) generasi kedua yang diberikan nama Winner X. Jika mengambil kira status sebagai kubu kuat kapcai di Asean, Malaysia dijangka menjadi negara kedua selepas Vietnam yang akan memperkenalkan model ini.

Winner X menampilkan rekabentuk serba baharu sepenuhnya yang mengundang pelbagai komen daripada kalangan peminat Honda sendiri, termasuk peminat kapcai semalaysia. Rata-rata komen berkisar tentang rekabentuk baharu super moped tersebut dengan reaksi yang pelbagai.

Honda Winner X
Honda RS150R

Artikel kali ini akan mengulas aspek rekabentuk Winner X (Sport Version – Black/Silver) dan RS150R (Merah Candy) berdasarkan sudut pandang sama bagi menunjukkan perbezaan kedua-dua model tersebut secara lebih tepat. Asasnya, Winner X tampil lebih maskular dan tegap berbanding model sebelum ini.

BACA >>> Vietnam Lancar Honda Winner X (RS150R) dengan Ciri ABS, Harga Bermula RM8.2k

1. LAMPU UTAMA KE FAIRING DADA

Dari depan, Winner X jelas dipengaruhi rekabentuk Air Blade 125 dan Vario 150 (foto bawah), yang mana lampu utama dialihkan dari panel kepala ke fairing dada. Lampu signal depan juga berubah lebih kompak dan tirus, mengambil ilham rekabentuk lampu signal model sportbike, CBR150R. Walaupun kekal capang, tetapi rekabentuk sporty ini mungkin sedikit sebanyak dapat dikompromi peminat kapcai Malaysia.

Honda Vario 150
Honda Air Blade 125
Honda CBR150R

Kami mengandaikan Honda cuba menetapkan bahasa rekabentuk baharu yang sama untuk barisan model moped jenama itu. Pada masa sama Honda mungkin sedang cuba menarik perhatian pembeli baharu yang sukakan motosikal gaya skuter, tetapi mahukan jentera dengan transmisi klac manual. Ingat, selain Malaysia dan Vietnam, Honda memiliki pasaran pembeli skuter yang besar di Thailand dan Indonesia.

2. PANEL KEPALA KOSONG

Perubahan posisi asal lampu utama memberikan ruang kosong pada panel kepala yang diisi dengan visor angin kompak dan ventilator angin aerodinamik (foto bawah).

Perubahan posisi lampu membuatkan saiz panel kepala secara ilusi nampak sedikit kecil dan lebih slik. Secara tidak langsung, visual rupa depan Winner X lebih fokus ke arah lampu utama pada fairing dada. Kalau tidak percaya, cuba lihat sekilas lalu model baharu dan lama, dan anda akan perasan visual Winner X lebih ‘menjolok’ mata.

3. BREK DENGAN SISTEM ABS

Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) ialah pembaharuan paling utama ditampilkan Honda. Jika diperkenalkan di Malaysia, Winner X akan menjadi super moped pertama dilengkapkan ABS dan pasti menjadi penanda aras baharu untuk ciri keselamatan motosikal segmen ini.

Bagaimanapun brek biasa masih ditawarkan untuk varian paling standard, tetapi diberikan Sistem Brek Kombi (CBS) yang berfungsi mengaktifkan brek belakang secara automatik apabila tuil brek ditarik kuat.

Sistem kaliper brek kekal dengan 1-piston dan begitu juga suspensi jenis fork teleskopik, manakala brek cakera menggunakan jenis petal atau berbunga untuk gaya lebih sporty. Madgad lebih gemuk, tetapi rekaan rim masih sama dan ini mungkin sedikit mengecewakan.

4. BAR BONCENG SPORT

Penampilan paling menyerlah pada bahagian pelana ialah bar bonceng (carrier) yang direka terpisah dan mendedahkan fairing ekor di hujung. Memang nampak sporty! Secara visual pelana Winner X sedikit lebar berbanding model lama dan sedikit tinggi untuk pelana pembonceng.

BACA >>> Honda Vario vs Yamaha NVX: Perbandingan Awal Skuter Sporty 150cc

Bar bonceng lebih sporty.

5. EKZOS KONTOT, MASKULAR

Rekabentuk peg kaki pembonceng kekal sama, tetapi berbeza untuk peg kaki penunggang yang kali ini boleh dilipat. Posisi juga seperti dianjak sedikit ke belakang untuk ergonomik duduk yang lebih menunduk. Dua ciri baharu ini (peg kaki boleh lipat dan ke belakang), mengingatkan kita kepada gaya lumba seperti joki drag.

Ekzos Honda CBR150R

Pasti ramai tertarik dengan rekabentuk ekzos baharu Winner X yang lebih kontot dan gemuk. Ya, selain lampu signal, rekaan ekzos juga mengambil ilham sportbike CBR150R (foto atas). Cuma pelapik mufler diberikan kemasan kontras, iaitu berwarna perak.

6. PANEL METER WARNA DIGITAL PENUH

Kluster meter Winner X lebih melebar dengan ciri digital penuh dan latar hitam berbanding bentuk bulat dan kombinasi digital-analog pada model terdahulu. Reka letak maklumat disusun sebaris dan mendatar yang kini lebih mudah dibaca. Angka spidometer terpapar besar di sisi indikator gear di tengah skrin.

Memang sesuai sangatlah untuk motosikal laju seperti Winner X supaya penunggang cuma perlu menjeling bagi memantau halaju semasa.

7. LAMPU SIGNAL BAHARU

Sama seperti lampu signal depan, lampu signal belakang juga berubah menjadi lebih kompak dan tirus. Jadi nampak lebih sporty. Lampu belakang juga direka semula supaya sesuai dengan fairing belakang yang lebih maskular. Kali ini lampu belakang merah dikhaskan sepenuhnya untuk lampu henti dan lampu brek sahaja bagi meningkatkan ciri keselamatan.

Reflektor henti dikekalkan di bawah lampu signal dan tengah madgad.

BACA >>> Musim Selebriti Tayang YSuku Buat Pemilik Honda RS150R Tersentuh (Betul Ke?)


KESIMPULAN

Honda CBR1000RR Fireblade

Ada yang sukakan rekabentuk baharu ini dan tidak kurang pula yang kecewa. Kami yakin, mereka yang kecewa mungkin mengharapkan Honda menampilkan rekabentuk Winner X sekurang-kurangya mirip Exciter (Malaysia: Y15ZR) dengan banyak garis dan lekuk tajam pada fairing.

Tetapi apa yang mereka lupa ialah setiap pengeluar era moden masa kini akan cuba menampilkan identiti signatur masing-masing. Tidak keterlaluan jika kami katakan rekabentuk Winner X, termasuk Vario dan Air Blade, adalah berasaskan model superbike perdana, CBR1000RR yang kini menjadi ikutan model Honda lain di bawahnya.

BACA >>> Honda CBR1000RR Fireblade SP dengan DNA Lumba Kini di Pasaran, RM114,999

Jadi, ia seperti bermimpi jika kita masih mengharapkan pengeluar sebesar Honda akan mengorbankan identiti rekabentuk asasnya, apatah lagi untuk dilihat mirip seteru utamanya itu. Mungkin gaya Yamaha menepati cita rasa peminat kapcai Malaysia (sekurang-kurangnya buat masa sekarang), tetapi ada banyak faktor yang mampu mengubah trend semasa.

Dalam dunia kereta sendiri, siapa sangka di Malaysia, Toyota menjadi satu-satunya pengeluar Jepun yang terpaksa akur di belakang Honda sedangnya jenama itu menjadi raja di negara Asean lain.

Cuma peminat sejati Honda yang akan membeli Winner X. Honda seperti mahu menegaskan, biarlah pembeli Winner X ialah mereka yang sukakan DNA Honda, iaitu tentang kestabilan dan pengendalian. Honda nampaknya tidak mahu berkompromi. Lagipun, pembeli Honda bukan di Malaysia sajakan?

autotainment Honda RS150R Honda Vietnam Honda Winner X Kapcai Perbandingan Rupa roda2 super moped
Aryon

Artikel Berkaitan

Roda2

Honda Monkey 125 2026 Eropah Dengan Pilihan Warna Baharu

28/01/2026
Auto Terkini

Triumph Speed Twin 1200 Cafe Racer Edition, 800 Untuk Dunia, Masuk ke Malaysia?

27/01/2026
Yamaha NMAX ABS 2026 | Malaysia
Roda2

Yamaha NMAX ABS 2026 Tampil Dua Warna Baharu, Harga Kekal RM11,498

26/01/2026
Lepas L8
Autotainment

#TahukahAnda: Bagaimanakah Cara Sebut ‘Lepas’ yang Betul?

25/01/2026

3 Comments

  1. Zulkifli omar on 28/09/2019 00:02

    harap dapat keluar di malaysia…winner

    Reply
  2. Zalmin on 01/02/2020 00:08

    Kenapa tak masok malaysia…

    Reply
  3. mohd ikhsan on 25/04/2020 20:29

    Winner masuk pasaran Malaysia lah secepat mungkin.

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Slip Lesen Kenderaan Motor (LKM) @ Road Tax
Auto Terkini

JPJ Henti Keluar Slip LKM (Road Tax) Bercetak Kenderaan Persendirian 1 Februari Ini

By Syafie26/01/2026
Jamil Manan Supri | Pengasas dan Penasihat Keselamatan Jalan Raya serta Sukan Permotoran, Persatuan Pakar Keselamatan Jalan Raya (PPKJR),
Auto Terkini

Pakar: ‘Lane Hogger’ Punca Jalan Sesak, Boleh Kena Denda RM2,000

By Syafie26/01/20261
Pemegang lesen memandu yang tamat tiga tahun tidak layak mendapat subsidi RON95
Auto Terkini

Tiada Lagi Bukti Perjalanan Luar Negara untuk Lesen Memandu Fizikal, Caj RM20

By Syafie23/01/2026
Warga asing bawa lori sampah
Auto Terkini

JPJ Tak Halang Warga Asing Bawa Lori Sampah Kalau…

By Syafie21/01/2026
Lepas L8
Roda4

Lepas Umum Perluas Rangkaian di Malaysia, Debut Separuh Pertama 2026

By Syafie23/01/2026
Yamaha NMAX ABS 2026 | Malaysia
Roda2

Yamaha NMAX ABS 2026 Tampil Dua Warna Baharu, Harga Kekal RM11,498

By Syafie26/01/2026
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/20261
MOT perkenal geran untuk menggantikan kereta lama lebih 20 tahun
Auto Terkini

MOT Lancar Geran Ganti Kereta Lama dengan Baharu, Peruntukan RM10 Juta!

By Syafie27/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.