Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Perbandingan: Proton Saga vs Changan Alsvin di Pakistan, Apa yang Berbeza?
Auto Terkini

Perbandingan: Proton Saga vs Changan Alsvin di Pakistan, Apa yang Berbeza?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju07/04/20212 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


CERITA tentang pelancaran sedan segmen-A, Proton Saga masih meniti di bibir peminat automotif di Pakistan sejak beberapa hari lalu hingga menjadi antara berita tular di negara Asia Selatan itu.

Walaupun rakyat Pakistan melihat Saga sebagai pencabar kepada model seperti hatchback Suzuki Cultus, dan Swift hingga sedan Honda City dan Toyota Yaris, tetapi semua model itu tersasar daripada persaingan satu lawan satu. Ini kerana pesaing paling dekat Saga (2021) di Pakistan ialah Changan Alsvin, iaitu model buatan pengeluar automoitf yang berpangkalan di Chongqing, barat daya China.

Jadi, kami cuba membandingkan varian premium untuk dua model tersebut, iaitu Saga Ace 1.3L MT (manual) dan Alsvin 1.3L.

BACA >>> Proton Saga (2021) Tular di Pakistan, Netizen Asing Puji Kehebatan Kereta Malaysia
BACA >>> Proton Saga (2021) Kini di Pakistan! Siap Versi R3, Cuma Jual 100 Unit Sahaja

REKABENTUK

Saga Pakistan mengetengahkan rekabentuk agak konvensional, sama seperti dijual di Malaysia. Mungkin gaya lembut membuatkan model itu tampak evergreen bagi kalangan rakyat negara kita.

Alsvin pula memiliki rekabentuk lebih terkini dengan lekuk badan moden, terutama bahagian sisi ala Honda City atau Hyundai Elantra lama.

Gril Saga bersaiz kecil dan bersambung dengan set lampu depan serta dipisahkan bampar depan. Lampu siang (DRL) diposisikan di kiri dan kanan bampar. Gril Saga yang leper memberikan visual depan lebih lebar.

Alsvin mempunyai gril agak besar dalam satu unit bersepadu dengan lampu depan dan lampu DRL yang diletakkan lebih rendah pada bampar bawah. Dari depan nampak seakan rekabentuk gaya X atau rama-rama.

Bahagian belakang Saga Pakistan menampilkan gaya tradisional yang diserikan difuser warna kontras. Lencana harimau digantikan perkataan tertulis ‘PROTON’ pada pintu but ] yang melintang antara dua lampu belakang. Ada spoiler kecil ditambah pada but.

Alsvin didatangkan dengan rekabentuk lebih menarik dengan lekuk badan beralun. Unit lampu belakang ‘hidup’ dan trendy, juga ditampal lencana dan nama model pada pintubut. Bampar belakang juga nampak lebih labuh berbanding Saga yang mengingatkan kita kepada Perodua Bezza.

Bahagian sisi Saga Pakistan ada garis badan lurus yang bersambung dari lampu belakang hingga fender depan, termasuk lekuk bawah sepanjang bawah pintu. Penutup tangki minyak bersegit empat tepat, manakala antena digunakan masih jenis rod. Rim Saga lebih menarik dan eksklusif dengan paten bunga raya lima jejari.

Alsvin juga mempunyai garis badan memanjang sepanjang sisi badan, tetapi terputus dua pada bahagian pintu belakang. Lekuk bawah badan pula lebih landai. Penutup minyak kelihatan agak kolot dalam bentuk bulat seperti kereta 80-an. Antena jenis sirip jerung tetapi macam gaya ikan lumba-lumba. Rim pula nampak biasa-biasa saja.

KABIN

Kabin Saga Pakistan menggunakan tona hitam dengan aksen aluminium pada stereng, konsol tengah dan beberapa bahagian lain. Stereng Saga direka bulat yang disertakan butang kawalan audio dan panggilan telefon.

Konsol tengah papan pemuka mengetengahkan rekabentuk berkotak yang diletakkan unit infotainment jenis apung, diposisikan atas dua ventilator penyaman udara. Kluster instrumen memaparkan spidometer dan takometer serta skrin digital multi-info kecil ditenga. Tombol gear agak oldskool dan perlu diubah.

Alsvin menawarkan papan pemuka lebih elegan serta moden. Butang kawalan penyaman udara dan audio sengaja direka menyongsang dan berlawanan arah. Unit infotainment apung Alsvin juga nampak lebih menarik berbanding Saga, tetapi diposisikan agak tinggi yang boleh mengganggu pandangan pemandu ketika memandu.

Bentuk stereng bukan bulat penuh, tetapi direka rata pada bawah seperti model sport Eropah.ย  Kluster instrumen cuma memaparkan meter spidometer analog di tengah, dan diapit maklumat pemanduan digital di kiri dan kanan. Nampak lebih moden dan cantik.

VARIAN DAN HARGA

Saga Pakistan menawarkan lima varian:

  • Saga MT – 1,975,000 rupee (RM53,690)
  • Saga AT – 2,125,000 rupee (RM57,770)
  • Saga Ace – 2,225,000 rupee (RM60,490)
  • Saga R3 MT –ย  2,175,000 rupee (RM59,130)
  • Saga R3 ATย – 2,425,000 rupee (RM65,925)

Alsvin pula cuma ada tiga varian iaitu:

  • Comfort 1.37L (MT)ย – 2,199,000 rupee (RM59,873)
  • Comfort 1.5L BlueCore (DCT) – 2,399,000 rupee (RM65,319)
  • Lumiere 1.5L BlueCore (DCT) – 2,549,000 rupee (RM69,403)

Varian paling asas Saga MT lebih murah daripada Alsvin Comfort (kedua-duanya transmisi manual) dalam 22,4000 rupee (RM6,080), manakala varian paling premium Saga R3 AT juga lebih murah berbanding Alsvin Lumiere dalam 124,000 rupee (RM3,360).

TRENKUASA

Sagaย Pakistan menggunakan enjin petrol 4-silinder sebaris 1,299cc DOHC 16-injap dengan teknologi suntikan bahan api (EFI) berkuasa 95hp dan tork 120Nm. Ada dua opsyen transmisi ditawarkan, iaitu manual 5-kelajuan dan automatik 4-kelajuan.

Alsvin pula dipacu trenkuasa 4-silinder sebaris DOHC 16-injap dengan suntikan bahan api MPFI berkuasa 99hp dan tork 135Nm. Menarik tentang sedan mini Changan ini ialah opsyen transmisi manual 5-kelajuan dan dual-klac (DCT) 5-kelajuan untuk varian Comfort 1.5L dan Lumiere.

PENGGUNAAN MINYAK

Kedua-dua model, Saga Pakistan dan Alsvin mencatat penggunaan minyak petrol sama iaitu 16km per liter untuk lebuh raya dan 12km per liter di jalan biasa.

DIMENSI

  • Saga Pakistan: panjang 4,331mm x lebar 1,689mm x tinggi 1,491mm
  • Alsvin: panjang 4,390mm x lebar 1,725mm x tinggi 1,490mm

Saga Pakistan mempunyai jarak roda 2,465mm lebih pendek berbanding Alsvin (2,535mm), menandakan lLsvin memiliki ruang kabin lebih besar. Secara keseluruhan, Saga Pakistan lebih kompak berbanding Alsvin, tetapi memiliki ketinggian lebih kurang sama.

CIRI KESELAMATAN

Saga Pakistan dan Alsvin berkongsi banyak persamaan ciri keselamatan seperti dua beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), sistem penghidup tanpa kunci, kamera undur dan sensor parkir. Cuma, Saga ada kelebihan ciri Kawalan Traksi (TC), sebaliknya Alsvin menawarkan keselesaan kabin dengan material kulit sintetik, sistem navigasi dan perehat tangan.

WARNA

Saga Pakistan menawarkan enam pilihan warna, iaitu Armour Silver (perak), Ruby Red (merah), Rosewood Maroon (merah gelap), Jet Grey (kelabu), Snow White (putih) danย Quartz Black (hitam).

Alsvin juga ada enam warna untuk dipilih, iaitu Stellar White (putih), Lunar Silver (perak), Galaxy Black (hitam), Cosmic Red (merah), Nebula Blue (biru), Space Grey (kelabu).

Proton Saga
Changan Alsvin
Changan Alsvin Proton Pakistan Proton Saga Proton Saga 2021 Proton Saga Pakistan Saga Ace
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda Super-N Diperkenal, Hanya GBP20k (RM106k)!

    10/04/2026
    Auto Terkini

    Denza Z9GT: Shooting-Brake China Kini Di Eropah, Fungsi Crab-Walk, EV dan Hibrid

    10/04/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Kerajaan Teliti Mekanisme MyKad, MyKasih untuk Subsidi Diesel

    10/04/2026
    Kerajaan cadang letak polis di stesen minyak sempadan
    Auto Terkini

    Kerajaan Teliti Letak Polis di Stesen Minyak Sempadan

    09/04/2026

    2 Comments

    1. Aiman on 08/04/2021 21:47

      Saga 4 bintang
      Alvin 3.5 bintang
      Semua aspek.

      Reply
    2. Proton on 09/07/2021 15:10

      Smart ni..

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Proton X50 2026 Quartz Black
    Roda4

    Proton X50 2026 Terima Warna Quartz Black, Gantikan Passion Red

    By Shazwan Hisam09/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty โ€“ 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.