Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#Perbandingan: BYD M6 2025 – Apakah Beza Varian Standard dan Extended?
Autotainment

#Perbandingan: BYD M6 2025 – Apakah Beza Varian Standard dan Extended?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju15/10/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BYD M6 merupakan model kenderaan pelbagai guna (MPV) elektrik penuh (EV) yang pertama diperkenalkan secara rasminya ke pasaran Malaysia, hadir dengan dua varian iaitu Standard dan Extended.

Model berstatus import itu (CBU) sudah tentu menjadi bahan perbualan disebabkan harganya yang mungkin dianggap agak murah untuk sebuah EV tujuh tempat duduk.

Extended
Standard

APAKAH BEZA BYD M6 STANDARD, EXTENDED?

Kedua-dua varian M6 menggunakan seunit motor elektrik segerak kekal yang dipasang pada gandar depan (pacuan roda depan, FWD) yang menawarkan daya tork sama iaitu 310Nm dan kelajuan maksimum 180kmj.

Perbezaan utama ialah kuasa dengan Extended menawarkan output 150kW dan jarak pemanduan lebih jauh iaitu 530km dengan setiap cas, masing-masing lebih tinggi 30Kw dan ekstra 110km berbanding varian Standard (12okW dan 420km).

Extended memiliki berat kasar kenderaan 2,489kg iaitu 115kg lebih berat berbanding varian Standard (2,374kg) tetapi masing-masing menawarkan ruang kargo sama iaitu 180 liter yang boleh ditingkatkan hingga 580 liter.

Perbezaan harga RM14,000 antara dua varian M6 bukannya hanya tertumpu pada aspek dan prestasi trenkuasa tetapi turut membabitkan ciri yang ditawarkan antara BYD M6 Standard dan Extended.

M6 Standard

Standard
Extended
  • Tidak didatangkan dengan bumbung panoramik, rak bumbung, pintu but berkuasa dan pembuka but menggunakan alat kawalan jauh dan pengecas tanpa wayar untuk telefon pintar.
Standard
Extended
  • Tiada sistem penapisan udara PM2.5 dan Kawalan Lampu Tinggi Pintar (IHBC).
  • Tempat duduk pemandu dan penumpang depan perlu dilaras secara manual sehingga 6-tahap
Standard
Extended
  • Tiada pengudaraan untuk kerusi barisan hadapan. Tiada juga pedal logam alu-aluan.
Standard
Extended
  • Pakej sistem ADAS pula tiada untuk versi Standard membabitkan:
    • Pembrekan Kecemasan Berautonomi
    • Amaran Buka Pintu
    • Kawalan Jelajah Pintar (tetapi ada ciri Kawalan Jelajah biasa)
    • Amaran Perlanggaran Depan
    • Amaran Perlanggaran Belakang
    • Pengesan Titik Buta
    • Amaran Trafik Lintasan Belakang
    • Pembrekan Trafik Lintasan Belakang
    • Bantuan Keluar Lorong
    • Bantuan Kekal Lorong Kecemasan
  • Semua ciri di atas yang tiada pada M6 Standard tetapi ada pada varian Extended.

HARGA, PAKEJ SERVIS BYD M6 (2024)

Harga jualan asas yang disyorkan untuk varian Standard ialah RM109,800 manakala versi Extended ditawarkan sebanyak RM123,800 seunit. Perbezaan harga kedua-dua varian itu ialah RM14,000.

Perlu diingatkan, harga tersebut belum mengambil kira insurans, penggunaan nombor plat khas EV, cukai jalan dan caj-caj lain. Pakej servis untuk BYD M6 terdiri daripada dua kategori iaitu Standard dan Plus:

PAKEJ WARANTI KENDERAAN

BYD M6 2025 didatangkan dengan tiga bahagian waranti melibatkan kenderaan, pek bateri Blade dan unit pacuan elektrik. Rujuk foto di bawah untuk melihat perincian:

Standard
Extended
Extended
Standard
Standard
Extended
Standard
Extended
autotainment BYD M6 BYD M6 2025 BYD Malaysia MPEV MPV Elektrik perbandingan Roda4 Sime Darby Motors (SDM)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.