Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Peranti Jejak MARii Tracker Ini Mungkin Dapat Bantu Kita Balik Kampung
Auto Terkini

Peranti Jejak MARii Tracker Ini Mungkin Dapat Bantu Kita Balik Kampung

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju29/06/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

NAMPAKNYA ada penyelesaian pintar dapat membantu kita mengurangkan kes jangkitan harian Covid-19 daripada purata 5,000 kes harian kepada fasa yang membolehkan kita balik kampung, iaitu peranti jejak MARii Tracker.

Berikut penerangan diberikan Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) mengenai fungsi peranti jejak berkenaan:

BACA >>> Betul Ke Hujung Tahun Baru Boleh Balik Kampung?

APAKAH MARii TRACKER?

MARii Tracker ialah peranti berbentuk silinder yang berfungsi memberikan amaran masa-nyata dan merakamkan maklumat awan (cloud) seperti:

  • Pergerakan individu dalam premis perniagaan.
  • Simpanan maklumat kontak rapat.
  • Rekod pekerja.
  • Maklumat rantaian bekalan dan prosedur operasi standard (SOP).

BAGAIMANAKAH BERFUNGSI?

  • MARii Tracker menggunakan teknologi Bluetooth, dan peranti kecil itu boleh diikat pada tali pinggang atau disimpan dalam kocek seluar.
  • Penggera peranti akan berbunyi jika seseorang pekerja itu berada dalam jarak kurang 1 meter dari rakan kerja lain, sekali gus mengingatkan mereka tentang perlanggaran SOP penjarakan fizikal.
  • Apabila penggera berbunyi, data akan direkodkan terus dalam sistem pentadbiran untuk dijadikan:
    • Simpanan.
    • Analisis.
    • Langkah pembetulan untuk diambil majikan.

SIAPA PATUT GUNA?

  • Majikan yang memerlukan pekerja hadir ke pejabat atau premis, termasuk kilang, pengusaha semua jenis kedai fizikal, kawasan pasar dan tempat ramai pengunjung.

KAITAN PANDEMIK COVID-19?

  • Jika ada pekerja disahkan positif Covid-19, data yang dikumpul MARii Tracker boleh dijadikan indikator kawalan jangkitan.
  • Membantu majikan mengesan dan segera membuat pengasingan kontak rapat individu yang mungkin atau sudah dijangkiti.
  • Sistem juga membantu majikan mengawal situasi melibatkan pekerja yang tidak terjejas supaya dapat kembali bekerja tanpa risiko.
  • MARii Tracker boleh disambungkan kepada beberapa sistem pengurusan sumber manusia, seperti HRMS dan sistem kedatangan yang bertujuan memantau pergerakan dalam premis perniagaan atau tempat kerja.
  • Sistem MARii Tracker juga boleh disepadukan dengan teknologi pengecaman wajah (facial recognition) dan sistem maklumat pemetaan geografi (GIS). 
  • Teknologi data besar itu boleh diguna untuk menjana model ramalan (predictive modelling) dan simulasi paten pergerakan wabak bagi kluster jangkitan baharu. 

ADA AGENDA KUMPUL DATA PENGGUNA?

  • MARii Tracker cuma menyimpan identiti dan bukan maklumat peribadi pekerja.
  • Sistem peranti jejak itu tidak bergantung kepada telefon pintar, ataupun aplikasi mudah alih untuk beroperasi. Jadi tiada risiko godam atau kecurian data.
  • Jika berlaku isu godam HRMS di tempat kerja, itu kes berbeza yang perlu difahami.
  • Setakat ini, belum ada maklumat cara mendapatkan peranti jejak itu. Anda boleh cuba menghubungi MARii melalui e-mel: info@marii.my
Auto Terkini cara cegah covid-19 Covid-19 Institut Automotif Robotik dan IoT Malaysia (MARii) MARii MARii Tracker
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.