Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Peraduan Rekabentuk Proton 2015 Kembali
Auto Terkini

Peraduan Rekabentuk Proton 2015 Kembali

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/06/2015
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Peraduan Rekabentuk Proton 2015PERADUAN Rekabentuk Proton 2015 kembali memasuki tahun ke-2 penganjuran dengan menawarkan pelbagai hadiah menarik termasuk wang tunai bernilai RM15,000.

Bertemakan ‘Rekaan Kereta Konsep Untuk Rakyat Malaysia’, peraduan anjuran Proton yang berlangsung sehingga 1 September 2015 itu terbuka dalam dua kategori; berumur 13 hingga 17 tahun dan 18 tahun ke atas.

Bagi kategori sekolah menengah yang berumur dari 13 hingga 17 tahun, penyertaan haruslah menggunakan nama sekolah dan boleh diwakili oleh tiga orang pelajar dalam satu kumpulan. Manakala kategori kedua yang berumur 18 tahun dan ke atas pula perlu menghantar penyertaan secara individu.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Abdul Harith Abdullah berkata, peraduan ini memberi peluang kepada anak-anak muda mengetengahkan bakat mereka menghasilkan sebuah kenderaan masa depan.

Sepanjang tempoh peraduan, setiap peserta yang layak perlu menghasilkan lakaran kereta pada kertas bersaiz A3. Bagi peserta yang mahir dengan perisian rekabentuk, mereka juga boleh hantar penyertaan menerusi versi digital 3D.

Bagi melayakkan penyertaan, setiap peserta perlu menyediakan penerangan ringkas berkenaan rekaan dihasilkan (tidak lebih 350 patah perkataan) yang perlu merangkumi tajuk dan konsep.

Setiap peserta boleh menghantar maksimum tiga rekaan yang boleh dihantar sama ada menerusi www.proton.com atau pos ke alamat seperti berikut:

PROTON DESIGN COMPETITION 2015
PROTON Holdings Berhad
P.O BOX 07067
Pejabat Pos Besar Shah Alam
40704 Shah Alam

Datuk Abdul Harith Abdullah Peraduan Rekabentuk Proton 2015 Proton PROTON Holdings Berhad www.proton.com
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny โ€“ Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.