• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Peraduan Rekabentuk Proton 2015 Kembali

Peraduan Rekabentuk Proton 2015 Kembali

June 19, 2015 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

Peraduan Rekabentuk Proton 2015PERADUAN Rekabentuk Proton 2015 kembali memasuki tahun ke-2 penganjuran dengan menawarkan pelbagai hadiah menarik termasuk wang tunai bernilai RM15,000.

Bertemakan 'Rekaan Kereta Konsep Untuk Rakyat Malaysia', peraduan anjuran Proton yang berlangsung sehingga 1 September 2015 itu terbuka dalam dua kategori; berumur 13 hingga 17 tahun dan 18 tahun ke atas.

Bagi kategori sekolah menengah yang berumur dari 13 hingga 17 tahun, penyertaan haruslah menggunakan nama sekolah dan boleh diwakili oleh tiga orang pelajar dalam satu kumpulan. Manakala kategori kedua yang berumur 18 tahun dan ke atas pula perlu menghantar penyertaan secara individu.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Abdul Harith Abdullah berkata, peraduan ini memberi peluang kepada anak-anak muda mengetengahkan bakat mereka menghasilkan sebuah kenderaan masa depan.

Sepanjang tempoh peraduan, setiap peserta yang layak perlu menghasilkan lakaran kereta pada kertas bersaiz A3. Bagi peserta yang mahir dengan perisian rekabentuk, mereka juga boleh hantar penyertaan menerusi versi digital 3D.

Bagi melayakkan penyertaan, setiap peserta perlu menyediakan penerangan ringkas berkenaan rekaan dihasilkan (tidak lebih 350 patah perkataan) yang perlu merangkumi tajuk dan konsep.

Setiap peserta boleh menghantar maksimum tiga rekaan yang boleh dihantar sama ada menerusi www.proton.com atau pos ke alamat seperti berikut:

PROTON DESIGN COMPETITION 2015
PROTON Holdings Berhad
P.O BOX 07067
Pejabat Pos Besar Shah Alam
40704 Shah Alam

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Datuk Abdul Harith Abdullah, Peraduan Rekabentuk Proton 2015, Proton, PROTON Holdings Berhad, www.proton.com

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Ujian Sistem Bayar Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
    Ujian Sistem Bayar Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
  • Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
    Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
  • Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
    Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
  • Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi
    Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my