Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pelumba Pertama Sekat Dominasi Rossi, Nicky Hayden Maut Kemalangan Basikal
Auto Terkini

Pelumba Pertama Sekat Dominasi Rossi, Nicky Hayden Maut Kemalangan Basikal

Han OthmanBy Han Othman23/05/20172 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BEKAS pelumba MotoGP, Nicky Hayden maut akibat kecederaan teruk yang dialaminya selepas terbabit kemalangan basikal di Itali minggu lalu.

Bagi sesiapa yang tidak mengenali Hayden, 35, bekas pelumba berasal Kentucky, Amerika Syarikat itu pernah menjadi juara Kejohanan MotoGP 2006 di bawah pasukan Repsol Honda Team, dan menjadi pelumba pertama berjaya menyekat kemaraan Valentino Rossi yang sebelum itu sudah menjadi juara MotoGP lima kali berturut-turut ketika kemuncak karier pelumba legenda itu.

Hayden meninggalkan arena MotoGP pada penghujung 2015 dan memilih berentap dalam Kejohanan Dunia Superbike (masih bersama Honda). Pada tahun lalu, beliau memenangi perlumbaan pusingan kedua di Malaysia dan menduduki tempat kelima keseluruhan.

Bagaimanapun, beliau agak bergelut dengan prestasi pada musim ini apabila tersingkir pusingan pertama ketika perlumbaan di Itali baru-baru ini, dan menamatkan cabaran di tempat ke-12 dalam pusingan kedua.

DILANGGAR KERETA

https://www.riminitoday.it/cronaca/incidente-stradale/tremendo-schianto-nicky-hayden-bici-pilota-di-superbike-coinvolto-nell-incidente.html

Pada Rabu lalu – 17 Mei – Hayden dilaporkan sedang menunggang basikal bersama 14 rakannya berhampiran bandar Rimini (dalam kawasan sama dekat tempat perlumbaan dianjurkan – Litar Imola) sebelum dilanggar sebuah kereta hingga mengalami kecederaan parah di dada dan kepala.

Disebabkan keadaan yang tidak stabil, pasukan doktor tidak dapat melakukan pembedahan untuk membuang tekanan dalam tempurung kepala akibat gumpalan cecair – dipanggil edema. Hayden kemudian disahkan meninggal dunia tengah hari tadi (waktu tempatan).

Takziah buat keluarga, rakan dan peminat ‘Kentucky Kid’ seluruh dunia.

SUMBER: Car Scoops

Auto Terkini Kentucky Kid MotoGP Nicky Hayden Nicky Hayden meninggal dunia
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

20/07/2026
Auto Terkini

Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km, Harga Munasabah

20/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

20/07/2026
LaLaport Transportation Hub (LTH)
Auto Terkini

LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

20/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.