Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Penunggang Muda Paling Banyak Terbabit Kemalangan Maut Jalan Raya
Auto Terkini

Penunggang Muda Paling Banyak Terbabit Kemalangan Maut Jalan Raya

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize03/07/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BERDASARKAN rekod, statistik kemalangan dan kemalangan maut bagi pengguna jalan raya, terutama penunggang motosikal berusia antara 15 hingga 35 tahun adalah tertinggi direkodkan berbanding pengguna jalan raya berusia 35-60 tahun.

Pengarah Kanan Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Lokman Jamaan berkata, kebanyakan kemalangan dan kematian akibat kemalangan jalan raya membabitkan pengguna jalan raya dalam kumpulan umur tersebut.

Menurutnya, angka itu menunjukkan tahap kesedaran keselamatan jalan raya dalam kalangan umur tersebut masih rendah dan perlu diberikan advokasi supaya mereka sedar risiko dihadapi.

Selain itu, pengguna jalan raya dalam kumpulan usia muda berkenaan juga dikesan paling banyak melakukan kesalahan jalan raya seperti tiada lesen memandu, kenderaan tiada cukai jalan dan tiada insurans.

Mengulas operasi HRAA yang dilaksanakan pada 27 dan 28 Jun, serta 1 Julai, Lokman berkata, 55,904 kenderaan diperiksa dalam operasi tersebut  seluruh negara, yang mana 37 peratus didapati melakukan pelbagai kesalahan.

Beliau berkata, 20,792 kesalahan dikesan dan dikeluarkan notis bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, Akta Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan 1987 dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

Menurutnya, kenderaan motosikal paling banyak dikesan melakukan kesalahan seperti tiada lesen memandu dan cukai jalan, manakala 153 motosikal disita.

Setakat ini, Selangor mencatatkan jumlah pengguna jalan raya melakukan kesalahan tertinggi sepanjang operasi, diikuti Johor dan Negeri Sembilan.

Lokman berkata lagi, 201 kenderaan disita sepanjang tiga hari operasi dan antara kesalahan dilakukan adalah tiada perlindungan insurans.

Sementara itu, seorang pemandu bas dikesan positif dadah jenis heroin di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur,” katanya.

Beliau berkata, JPJ akan terus mengukuhkan kerjasama bersama agensi berkaitan bagi mendidik masyarakat supaya sentiasa mematuhi peraturan dan berhemah ketika memandu bagi mengelak kemalangan maut.

BACA >>> Anthony Loke: Serap Kos Ujian Lesen Bantu Anak Muda Ceburi Ekonomi Gig
BACA >>> Penggunaan Kamera Badan pada Anggota JPJ Masih Dikaji

SUMBER: Bernama

Auto Terkini budak sekolah golongan muda JPJ kemalangan maut PDRM pengguna jalan raya Penunggang Motosikal
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    11/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    11/05/2026
    YDPA Sultan Iskandar dapat hadiah Aurus Senat dari Rusia
    Auto Terkini

    YDPA Sultan Ibrahim Dapat Limosin Aurus Senat, Lambang Hubungan Erat Malaysia-Rusia

    11/05/2026
    Roda4

    Nissan Clipper Van & Clipper Rio 2026 Lebih Selamat, Digital & Praktikal!

    11/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    HEV

    Toyota Yaris Cross Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie08/05/2026
    Nissan Gravite CNG 2026
    Roda4

    Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

    By Abang Hirata07/05/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Aksesori

    Bridgestone Lancar Potenza Adrenalin RE005 di Malaysia, Harga Mula RM351!

    By Syafie08/05/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.