Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Penunggang Filipina Bantah Undang-Undang Nombor Plat Motor Terlajak Saiz
Auto Terkini

Penunggang Filipina Bantah Undang-Undang Nombor Plat Motor Terlajak Saiz

AryonBy Aryon04/03/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BEBERAPA kumpulan penunggang Filipina berhimpun di Mendiola Peace Arch dekat Malacanang, pagi tadi untuk memohon Presiden Duterte membatalkan Akta Pencegahan Jenayah Motosikal 2017, dipanggil undang-undang Doble Plaka yang kini menunggu untuk ditandatangani sebelum dikuat kuasakan.

Kumpulan penunggang itu, terdiri daripada Riders of the Philippines (RoP), Arangkada Riders Alliance (ARA), dan Motorcycle Dealers Association of the Philippines (MDAP), serta beberapa kumpulan lain, dilihat berkumpuln di pagar jambatan untuk menyuarakan bantahan terhadap undang-undang baharu itu.

BACA >>> Filipina Hasilkan Tren Elektrik Hibrid Pertama untuk Pengangkutan Awam Tempatan

Kumpulan berhimpun itu turut membawa bersama sebuah motosikal yang dipasangkan nombor plat baharu di depan dan belakang. Ia ditayangkan semata-mata bagi menunjukkan betapa besar plat nombor yang akan digunakan kelak jika undang-undang berkenaan dikuatkuasakan.

BAHAYAKAN KESELAMATAN, ADA KOS TAMBAHAN

Jurucakap perhimpunan, Robert Perillo, Rod Cruz dan Yob Bolanos dalam perhimpunan itu mengambil peluang menjelaskan kepada orang ramai yang hadir tentang undang-undang baharu itu. Kata mereka, ia bukan tentang aspek estetika motosikal semata-mata. Malah mereka sebenarnya tiada masalah dengan penggunaan nombor plat besar di belakang.

Isunya ialah nombor plat di depan yang sukar dipasang. Cruz, daripada ARA berkata, sebelum plat dipasang, braket yang mengikat plat mesti didaftarkan dan disahkan Pejabat Pengangkutan Darat (LTO), seperti JPJ di Malaysia. Jadi, motosikal perlu diubah suai dan menelan kos tertentu.  Hanya selepas ia diluluskan LTO, barulah plat dibenarkan dipasangkan.

Presiden MDAP, Edwin Go pula mendedahkan tentang kesukaran mengubah suai kerana ada banyak model dan gaya motosikal di pasaran negara itu. Setiap model pula memerlukan braket dan cara pemasangan berbeza bagi mengelak ia menghalang suluhan lampu utama atau fungsi utama operasi motosikal lain.

BACA >>> Filipina Rancang Naikkan Cukai Eksais Petrol untuk Tampung Impak Cukai Baharu

Yob pula mendakwa undang-undang itu turut memberikan risiko keselamatan. Misalnya, gegaran bahagian depan motosikal yang berlaku ketika menunggang akan melonggarkan plat dan membahayakan penunggang dan pengguna jalan raya sekeliling.

Perhimpunan protes itu dibuat dua hari selepas protes pertama undang-undang Doble Plaka di Monumen Revolusi EDSA, Sabtu lalu dengan harapan menyatukan semua penunggang Filipina, kecil dan besar untuk membantah akta prejudis tersebut.

Setakat ini, cuma Presiden Duterte memiliki kuasa veto untuk membatalkan akta berkenaan dengan tidak menandatangi rang unang-undang tersebut yang akan berkuatkuasa pada 8 Mac ini.

SUMBER: MotoPinas

Auto Terkini Doble Plaka Filipina motosikal Filipina Perhimpunan Protes Presiden Duterte Protes Undang-Undang Nombor Plat
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.