• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Filipina Rancang Naikkan Cukai Eksais Petrol untuk Tampung Impak Cukai Baharu

Filipina Rancang Naikkan Cukai Eksais Petrol untuk Tampung Impak Cukai Baharu

January 1, 2019 By Azhan O Leave a Comment

227
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KERAJAAN Filipina menyemak semula pelaksanaan tahun pertama Undang-Undang Pembaharuan Cukai untuk Akselerasi dan Inklusi (TRAIN) yang diperkenalkan sepanjang tahun lalu. Antara termaktub dalam cukai TRAIN ialah pemotongan kadar cukai pekerja dan menaikkan tahap pendapatan tahunan untuk pengecualian cukai kepada 250,000 peso (RM19,700), sekali gus dapat memberikan rakyat lebihan tunai sebagai perbelanjaan keluarga.

Menurut Jabatan Kewangan (DOF), pembaharuan cukai baharu itu membuatkan sistem cukai Filipina jadi lebih mudah, adil dan cekap kerana kurang membebankan golongan miskin dan pertengahan. Bagaimanapun, disebabkan rakyat kurang menyumbang cukai kepada Kerajaan, salah satu langkah yang akan diambil untuk menyerap impak tersebut ialah menaikkan cukai eksais ke atas bahan api kenderaan seperti petrol dan diesel.

BACA >>> Kapcai Naked Dual-Sport Popular di Filipina, Honda XRM125 Dominasi Pasaran

DOF berkata, eksais minyak ialah cukai progresif kerana hanya pengguna yang kerap menggunakan minyak saja akan membayar lebih berbanding mereka yang kurang mengggunakannya.

Menurut kajian DOF, 10 peratus isi rumah Filipina dengan pendapatan 113,000 peso (RM8,900) sebulan menggunakan hampir 51 peratus bahan api kenderaan. Sementara itu, 1 peratus penduduk Filipina yang berpendapatan 288,000 peso (RM22,695) sebulan menggunakan 13 peratus bahan api kenderaan.

Jadi, menurut kesimpulan DOF, peningkatan cukai eksais akan memberi kesan ke atas isi rumah yang berpendapatan lebih. Adakah anda boleh terima alasan Kerajaan Filipina ini?

PETROL MALAYSIA ADA CUKAI?

Sebenarnya alasan sama pernah dinyatakan mantan Perdana Menteri, Najib Razak tentang kenapa subsidi bahan api dimansuhkan ketika pemerintahannya. Ini kerana pemberian subsidi sama rata, walaupun dinikmati semua golongan, tetapi sebenarnya hanya menguntungkan kumpulan berpendapatan tinggi.

Bayangkan, mereka yang berkereta mewah dapat mengisi minyak bersubsidi lebih 60 liter (atau lebih), mungkin setiap selang 2 hari. Sebaliknya mereka yang miskin dan sederhana mungkin cuma mengisi 5-10 liter minyak motosikal untuk seminggu. Jadi manfaat subsidi tidak bersasar sepenuhnya.

Jadi lebih baik subsidi itu disalurkan dalam bentuk bantuan lain, dan dari situlah lahirnya idea tentang bantuan tunai BRIM (Bantuan Rakyat 1Malaysia) untuk golongan B40, yang banyak ditampung cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

BACA >>> #Bajet2019: Subsidi Petrol RON95 30 Sen/Liter untuk Kereta Bawah 1.5L, Motosikal 125cc

Dan kini, cara sama juga akan dilaksanakan Kerajaan baharu di bawah pemerintahan Pakatan Harapan (PH) yang tahun ini bakal mengapungkan harga minyak mengikut pasaran dunia. Kerajaan PH turut merancang memberikan subsidi petrol bersasar mengikut kapasiti enjin, khas untuk kumpulan B40. Tetapi pada masa sama jumlah bantuan tunai, dipanggil Bantuan Sara Hidup (BSH) dikurangkan. Walaupun nampak macam berbeza, tetapi sebenarnya pendekatan dua Kerajaan (BN dan PH) sebenarnya sama saja.

Boleh baca ulasan kami di SINI.

Dan ada lagi perbezaan, berbanding Filipina (yang juga ada cukai GST), Malaysia (dulu dan sekarang) juga tidak mengenakan sebarang cukai ke atas petrol. Harap tak adalah hendaknya.

SUMBER: Carmudi

Related

227
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Cukai Eksais Petrol, Filipina

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak
    #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev