• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Kapcai Naked Dual-Sport Popular di Filipina, Honda XRM125 Dominasi Pasaran

Kapcai Naked Dual-Sport Popular di Filipina, Honda XRM125 Dominasi Pasaran

February 3, 2018 By Aryon 4 Comments

733
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KATA peribahasa, lain padang lain belalang. Maksudnya, lain tempat, lain pula pe'el penduduk di situ. Dalam hal dunia motosikal khususnya di Asia Tenggara atau Asean, semua tahu jentera jenis kapcai atau underbone/moped cukup popular di rantau ini. Namun segmen underbone itu sendiri berbeza cita rasa dan trend di setiap negara.

Artikel kali ini kita akan meninjau trend kapcai di Filipina. Jika orang Malaysia sukakan kapcai fairing, jiran di Filipina sana pula lebih sukakan kapcai naked dengan tambahan ciri dual-sport (Ingat lagi gaya Honda Hurricane?). Buktinya, Filipina adalah antara negara Asean yang menawarkan barisan kapcai naked dual-sport paling meriah berbanding jiran Asean lain.

Honda XRM misalnya, ialah kapcai yang dihasilkan khas untuk pasaran Filipina saja. Diperkenalkan pada 2001 dengan enjin 110cc, kapasiti kapcai itu kini sudah berevolusi kepada 125cc. Asal XRM adalah daripada model Wave  yang 'dibogelkan' seperti gaya motard dan diberikan ciri off-road. Di Thailand, XRM dikenali sebagai Nice, tetapi lebih kepada tunggangan dalam bandar.

HONDA XRM125 MOTARD
HONDA XRM125 MOTARD
HONDA XRM125 DS
HONDA XRM125 DS
HONDA XRM125 DSX
HONDA XRM125 DSX

Kapcai naked dual-sport juga menjadi pilihan kerana praktikaliti ditawarkan selain mudah dan murah dibikin. Jangan lupa, Filipina adalah antara negara Asean yang mempunyai kategori sportbike khas, dipanggil 'Pantra' dengan frem kuat dan lasak bagi kegunaan golongan peniaga kecil dan sederhana di sana.

BACA >>> Pantra - Motosikal Jipang Jadi Keunikan Penunggang Filipina

Jika Hurricane sudah lama pupus di Malaysia, kapcai naked seperti XRM pula kekal popular hingga sekarang di Filipina. Menariknya, segmen kapcai naked di negara itu boleh dikatakan didominasi sepenuhnya Honda. Dalam produk Honda saja, ada 3 varian XRM ditawarkan, 125 Motard, 125 DS dan 125 DSX. Pesaing terdekat ialah Suzuki menerusi model Raider J115 Fi, manakala Yamaha langsung tidak menawarkan model kapcai naked dalam barisan produknya. Mungkin sudah menyerah kalah kepada Honda. Sebaliknya terus fokus kepada dirtbike.

HONDA RS125 Fi
SUZUKI RAIDER J115 FI

Populariti diraih XRM turut berjangkit kepada model supermoped Honda berenjin 150cc - RS150R (versi naked) dengan menampilkan 4 varian pilihan, termasuk satu model RS dengan enjin 125cc, iaitu RS125 Fi.

BACA >>> Honda RS150R di Asean - Beza Gaya dan Rupa, Mana Satu Lagi Cun?

Spesifikasi asas XRM 125 Motard ialah enjin 4-lejang OHC 125cc penyejukan udara, sistem bahan api karburetor, suspensi fork teleskopik (depan) dan absorber kembar (belakang), brek cakera (depan dan belakang), kuasa 9.4ps @ 7,500rpm, dan tork 10.4Nm @ 5,000rpm.

Terbaharu, model XRM dibekalkan teknologi Honda PGM-Fi seperti yang dapat kita lihat dalam video trailer di bawah:

Jom layan pula video Honda XRM 125 Fi (2018) baharu:

733
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: ASEAN, Honda, Honda Filipina, Honda XRM, Honda XRM 125, Kapcai, kapcai naked, kapcai naked dual-sport, Moped, motosikal, PGM-FI, roda2, tren, underbone

Comments

  1. farouk says

    June 22, 2018 at 2:43 AM

    cantik mcm sajat

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Harley Davidson Nightster (2022) Masuk Malaysia, Harga Mula RM93.9k!
    Harley Davidson Nightster (2022) Masuk Malaysia, Harga Mula RM93.9k!
  • Ducati V21L Sebagai Jentera Lumba Kejuaraan MotoE 2023 Lancar!
    Ducati V21L Sebagai Jentera Lumba Kejuaraan MotoE 2023 Lancar!
  • Penjawat Awam Boleh Perbaharui Insurans Kenderaan Secara Ansurans Tanpa Faedah
    Penjawat Awam Boleh Perbaharui Insurans Kenderaan Secara Ansurans Tanpa Faedah
  • JPJ Tahan Pemegang Kad UNCHR Pandu Kereta
    JPJ Tahan Pemegang Kad UNCHR Pandu Kereta

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my