Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Penulis: Marquez Memang Sengaja Cuba Lemahkan Mental Lawan
Roda2

Penulis: Marquez Memang Sengaja Cuba Lemahkan Mental Lawan

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju08/08/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENULIS MotorsportMagazine, Mat Oxley mengakui ada beberapa persamaan antara Marc Marquez dan pelumba legenda GP500, Mick Doohan. Katanya, kedua-dua pelumba itu memiliki bakat berlumba hingga penghujung had, penguasaan maksimum tayar depan dan mampu menghancurkan mental lawan.

Jika dilihat sesi kelayakan GP Republik Czech di litar Brno, Marquez sanggup mengambil risiko besar untuk menunjukkan kehebatannya berlumba dengan tayar slik atas trek basah.

TAYAR SLIK DI TREK BASAH BUAT MUSUH GERUN?

Menggunakan tayar slik untuk trek kering, dan tayar hujan untuk trek basah adalah situasi normal yang biasa dilakukan mana-mana pelumba. Namun, jika pelumba tersebut memilih berlumba atas trek basah dengan tayar slik, itu boleh dianggap keputusan yang gila, dan ‘berani mati’, juga luar biasa!

Inilah dilakukan Marquez yang turut dibantu magis ketua jurutera lumba Repsol Honda, Santi Hernández dan pasukannya. Gabungan tetapan Kawalan Traksi Elektronik talaan pasukan Hernández dan skil kawalan terotel manual Marquez nyata sukar ditandingi pasukan lain.

BACA >>> #Videotomotif: Beginilah Cara Marc Marquez Berlatih Sepanjang Musim Panas Ini

Mat Oxley

Lebih menyakitkan hati, aksi ‘berani mati’ itu hanya dilakukan Marquez pada pusingan kelayakan dalam saingan menentukan kedudukan grid final keesokan hari. Malah, dia sendiri sudah 58 mata di depan seteru paling hampir, Andrea Dovizioso (Ducati Team).

Jadi menurut Oxley, Marquez memang sengaja melakukan aksi tersebut untuk melemahkan mental lawannya itu, termasuk juga pelumba lain.

Ya, Marquez mahu lawannya berfikir yang dia tidak boleh dikalahkan. Dalam erti kata lain, dia ingin mereka kalah sebelum bertanding untuk setiap perlumbaan.

DOVI: MARQUEZ BUAT PELUMBA LAIN DALAM KRISIS

Menurut Dovizioso, aksi Marquez di GP Brno membuatkan pelumba lain dalam situasi krisis.

” Jika kita lihat keputusan awal musim, Marc (Marquez) hanya menang dalam Practice. Dia dan Honda sedikit lebih kuat, tetapi kesannya membuatkan semua orang dalam krisis, bukan hanya kami (Ducati).

“Dia boleh terus berada di depan dan mampu menguruskan rentak perlumbaan sendiri, tidak seperti tahun lalu. Dia mengubah pengurusan perlumbaan dan perlumbaan itu sendiri. Ini meletakkan semua orang dalam situasi krisis. Dia tingkatkan kelajuan, dan mampu lakukan apa saja yang dimahukan,” katanya.

BACA >>> Marquez Lagi! Juara GP Republik Czech Buatkan Ducati Dovi Nampak Tak Cukup Laju

Walaupun pada 2017 dan 2018, Ducati Team muncul sebagai juara Red Bull Ring, tetapi perlu diingatkan bahawa Marquez juga selalu naik podium. Malah musim ini, pelumba Sepanyol itu tampil lebih konsisten dengan tahap prestasi diri dan jentera lebih baik, sekali gus memberikan petanda bahaya kepada pasukan lawan lain.

Mungkin apa dikatakan Oxley ada betulnya.

Andrea Dovizioso Honda Honda Repsol Marc Marquez Maverick Viñales Michael Doohan Mick Doohan MotoGP 2019 MotoGP Brno Repsol Honda Team roda2
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Ducati Desmo450 EDS Diperkenalkan, Motosikal Enduro Pertama Ducati

    10/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    09/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    Alpinestars Supertech R10
    Aksesori

    Alpinestars Supertech R10 Rasmi di Malaysia, Harga RM3,999 – RM4,799

    By Shazwan Hisam08/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.