Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pengguna Korea Selatan Boikot Kereta Jepun, Jualan Merosot Lebih 50 Peratus
Auto Terkini

Pengguna Korea Selatan Boikot Kereta Jepun, Jualan Merosot Lebih 50 Peratus

Han OthmanBy Han Othman18/10/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JUALAN kereta Jepun di Korea Selatan merosot lebih separuh untuk bulan kedua berturut-turut sepanjang September lalu berikutan kempen pemulauan barangan jenama Negara Matahari Terbit itu.

Menurut laporan agensi berita Xinhua, Kementerian Perdagangan, Industri dan Tenaga Korea Selatan semalam mendakwa, jualan kereta import dari Jepun menjunam 59.8 peratus sepanjang September berbanding tahun lalu selepas susut 56.9 peratus pada bulan sebelumnya.

BACA >>> Rugi Tahun Ketiga Berturut-Turut, Industri Automotif Korea di Ambang Gerhana?

PROTES JEPUN SEKAT EKSPORT KOREA

Pengguna di Korea Selatan memboikot produk Jepun sebagai reaksi kepada keputusan Tokyo mengetatkan kawalan eksport untuk tiga material penting dalam pembuatan cip memori dan panel paparan yang menjadi nadi eksport negara itu pada Julai lalu.

Sebulan kemudian, pada Ogos lalu, Jepun menggugurkan Korea Selatan daripada senarai rakan niaga boleh dipercayai, termasuk melucutkan beberapa keistimewaan eksport ke negara berkenaan. Sebagai respons, Seoul tidak menunggu lama untuk turut menyingkirkan Tokyo daripada senarai rakan eksport dipercayai.

JUALAN KERETA IMPORT NAIK, TETAPI BUKAN KERETA JEPUN

Jualan kenderaan tempatan dan import di pasaran Korea Selatan mencatatkan peningkatan 4.1 peratus berbanding tahun lalu kepada 133,016 unit pada September lalu. Jualan kereta tempatan naik 1.0 peratus, manakala jualan kereta import turut melonjak 22.4 peratus berikutan permintaan tinggi terhadap model mewah dari Jerman.

Sebaliknyan, eksport kereta merosot 4.8 peratus sejak tahun lalu kepada 171,425 unit bulan lalu, tetapi dalam perkiraan nilai, penghantaran kereta naik 4.0 peratus kepada AS$3.08 bilion (RM12.8 bilion) berikutan permintaan tinggi terhadap model SUV mewah dan kenderaan hijau.

BACA >>> Diplomasi Volvo Lembutkan Korea Utara, Pyongyang Berhutang Lebih RM1.5b Kepada Sweden

Sementara itu, eksport alat ganti turut naik 2.1 peratus kepada AS$1.79 bilion (RM7.48 bilion) pada bulan sama, September.

SUMBER: Bernama

Auto Terkini Boikot Jepun jualan kereta Korea Boikot Kereta Jepun Korea Selatan
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Aston Martin Vanquish 25, Kuasa 835 PS dan 1,000Nm, Bukti V12 Sentiasa Dihormati!

22/07/2026
Auto Terkini

MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

22/07/2026
Mercedes-Maybach GLS 2027
Auto Terkini

Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

22/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

22/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.