Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Penganjur Ayam Beku Percuma Kena Kompaun
Auto Terkini

Penganjur Ayam Beku Percuma Kena Kompaun

Han OthmanBy Han Othman16/01/20211 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


POLIS mengeluarkan kompaun ke atas penganjur program agihan ayam beku percuma secara pandu lalu di Presint 9, Putrajaya kerana menganjurkan program berkenaan tanpa kelulusan pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Mohd Fadzil Ali berkata, kompaun dikeluarkan kepada pihak penganjur di bawah Seksyen 22(B) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 iaitu kesalahan di bawah Peraturan 15 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (Kawalan Pergerakan) 2020.

Menurutnya, polis menerima maklumat awal mengenai program yang diadakan semalam dan mengeluarkan surat memaklumkan pihak penganjur bahawa program itu tidak mendapat kelulusan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya kerana Putrajaya berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Program pengedaran ayam beku percuma anjuran Pemuda UMNO Putrajaya itu dibuat secara pandu lalu dengan konsep ‘siapa cepat dia dapat’ hingga menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas teruk. Bagaimanapun, pemeriksaan polis mendapati penjarakan fizikal sukar dilaksanakan, manakala Prosedur Operasi Standard (SOP) gagal dipatuhi penganjur dan orang awam yang hadir.

Bagaimanapun, berapa kompaun dikenakan tidak pula dinyatakan. Jika mengikut caj biasa, Pemuda UMNO Putrajaya cuma perlu bayar RM1,000 sahaja. Hmmm…

 

BACA >>> Keranamu Ayam Percuma… 2,000 Penduduk Putrajaya Gigih Serbu Pusah Agihan
BACA >>> Inilah Senarai Aktiviti yang BOLEH dan TAK BOLEH Sepanjang PKP 2.0 [12/01-26/01/2021]

SUMBER: Bernama

ACP Mohd Fadzil Ali Agih Ayam Beku Percuma di Presint 9 Auto Terkini Ayam Beku Percuma Pemuda UMNO Putrajaya
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Aston Martin Vanquish 25, Kuasa 835 PS dan 1,000Nm, Bukti V12 Sentiasa Dihormati!

22/07/2026
Auto Terkini

MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

22/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

22/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

20/07/2026

1 Comment

  1. Alson P on 19/01/2021 20:28

    Hmmm… Banyak cabaran musim² covid ni.. teruskan membantu org ramai… Jgn lupa SOP perlu diperketatkan… Kudos

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.