Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pendedahan Kedua: Proton GKUI – Sistem Infotainment Termaju dengan Arahan Suara
Auto Terkini

Pendedahan Kedua: Proton GKUI – Sistem Infotainment Termaju dengan Arahan Suara

Han OthmanBy Han Othman11/10/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEBULAN selepas menayangkan kenderaan utiliti sukan (SUV) terbaharu, X70 kepada media tempatan, Proton mendedahkan pula lebih perincian mengenai model itu. Siri kedua kali ini menumpukan kepada Sistem Maklumat Kokpit Bersepadu, dipanggil GKUI yang dibangunkan Proton dan Geely secara bersama.

Teknologi infotainment itu menawarkan pengguna pelbagai fungsi pengguna menerusi aplikasi, termasuk pilihan untuk kekal terhubung dengan kereta menerusi peranti mobil.

BACA >>> 20 Foto Ini Bakal Buat Anda Jatuh Cinta Pada Proton X70

Pendedahan eksklusif kepada media itu dihadiri bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton, Dr Li Chunrong, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Dato’ Radzaif Mohamed, dan ahli pengurusan senior Proton yang tampil memberikan penerangan dan menjawab soalan mengenai ciri GKUI itu.

KERETA YANG MENGHUBUNGKAN PENGGUNA KEPADA DUNIA

Dimuatkan kad eSIM terbina dalam, GKUI didatangkan dengan 5 aplikasi yang menawarkan servis seperti:

  • Radio atas talian
  • Muzik atas talian
  • Navigasi
  • Ramalan cuaca
  • Pengecaman suara

Akses kepada aplikasi dan fungsi lain kereta ialah menerusi antaramuka skrin sentuh 8 inci berasaskan sistem operasi (OS) Android dengan paparan warna penuh 1280×720 dan ruang memori dalaman 16GB. GKUI juga memiliki konektiviti WiFi yang membolehkan X70 menjadi hotspot atau Internet bergerak.

Bagi akses penuh konektiviti, pemilik boleh memadankan kereta dengan aplikasi mobil (mobile apps) menerusi Proton Link dengan menggunakan ID peribadi yang dikhaskan untuk setiap pembeli. Kelebihannya, pemandu boleh membuka profil peribadi pada papan telematik yang akan merakamkan data pemanduan seperti: jarak perjalanan, penggunaan bahan api, masa perjalanan dan memantau tempoh senggara. Malah, pemandu boleh juga menjejak lokasi kereta yang menjadi fungsi cukup berguna untuk mencari kereta dikawasan parkir luas.

BACA >>> Apakah Rahsia di Sebalik Nama Proton X70?

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton Edar, Abdul Rashid Musa berkata, sistem GKUI dalam X70 membolehkan pemilik terus kekal berhubung dengan kereta.

“GKUI ialah sistem dua hala aktif yang membolehkan pelbagai opsyen dipadankan dengan keperluan individu. Pada masa akan datang, kemampuan memuat turun aplikasi tambahan juga akan ditawarkan, dan seperti peranti mobil, tiada dua kereta yang serupa dengannya,” katanya.

GKUI yang beroperasi dalam OS Android menawarkan pengguna peranti mobil atau telefon pintar Android dengan keupayaan akses sebenar atau full mirroring. Ini bermakna aplikasi dalam peranti dapat diakses pada skrin sentuh X70, termasuk keupayaan konektiviti lain.

Bagaimanapun, fungsi sama tidak ditawarkan kepada pengguna OS Apple, tetapi masih boleh berhubung menerusi sambungan Bluetooth untuk akses senarai penggilan dan telefon.

PENGECAMAN SUARA – OPERASI BEBAS TANGAN SEBENAR


Beberapa fungsi X70 boleh beroperasi secara bebas tangan penuh menerusi perisian pengecaman suara termaju secara arahan suara (voice command). Akses kepada sistem tersebut akan berfungsi menerusi pengenalan ayat ‘Hai Proton’ yang perlu disebut pemilik  sebelum disusuli pelbagai opsyen arahan suara ringkas.

Ini termasuk arahan membuka tingkap, menghidupkan penyaman udara dan mengakses aplikasi navigasi untuk membuat carian tempat makan terdekat.

Menurut Abdul Rashid, X70 ialah model Proton pertama menggunakan teknologi pengecaman suara dengan  ratusan sampel suara dirakamkan untuk setiap frasa bagi memastikan sistem itu memiliki darjah ketepatan tinggi walaupun menggunakan dialek tertentu.

BACA >>> Proton Dedah SUV Pertama, X70 Tampil Rekabentuk Unsur Malaysia

“Bagi memudahkan penggunaan, GKUI akan menaip setiap frasa dituturkan pengguna pada skirin untuk mengesahkan setiap arahan.

“Buat masa ini, GKUI menawarkan  pengecaman suara untuk frasa Inggeris saja kerana kekangan perisian, tetapi kami sudah memastikan pengecaman frasa itu mudah digunakan walaupun pemilik tersebut kurang fasih berbahasa Inggeris,” kata Abdul Rashid lagi.

TEMPAHAN ATAS TALIAN AKAN BERMULA!

Seiring imej teknologi tinggi dimiliki SUV pertama itu, Proton akan mengaktifkan laman mikro untuk tempahan atas talian kepada pembeli berpotensi bermula 17 Oktober ini. Tempoh tempahan atas talian itu akan berlangsung selama 3 hari tertakluk terma dan syarat.

Abdul Rashid Musa Auto Terkini Dr. Li Chunrong Geely Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Proton Proton GKUI PROTON Holdings Berhad Proton Link Proton X70 SUV SUV Proton
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

17/07/2026
Auto Terkini

Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

16/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

16/07/2026
Auto Terkini

Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

16/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.