Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pelatih Audi Bunuh Diri Tidak Tahan Dibuli, Pernah Dibakar dan Dikurung
Auto Terkini

Pelatih Audi Bunuh Diri Tidak Tahan Dibuli, Pernah Dibakar dan Dikurung

Han OthmanBy Han Othman31/05/2017
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEORANG pelatih Audi berusia 18 tahun di Britain mengambil keputusan nekad mengambil nyawa sendiri selepas tidak tahan dibuli rakan sekerjanya. Dia dikatakan dikurung dalam sangkar, manakala pakaiannya dibakar.

George Cheese disahkan membunuh diri pada 9 April lalu, kira-kira enam bulan selepas mula bekerja di Audi dan pernah mendakwa beberapa rakan sekerja menguncinya dalam sangkar dan disimbah cecair mudah terbakar sebelum dibakar.

Dalam satu inkues siasatan dilakukan di Reading, ibu mangsa, Purdy Cheese berkata, keadaan kesihatan mental George yang merosot teruk beberapa bulan kebelakangan lalu mendorong dia membunuh diri. Tambahan lagi anaknya itu turut dibuli secara lisan oleh rakan sekerja. Malah bos mangsa sendiri pernah berkata, “Oh, kau masih hidup lagi selepas semua ni?” apabila dia datang bekerja suatu pagi, lapor The Telegraph.

BACA >>> #RetroAuto: Apakah Maksud di Sebalik Simbol Empat Gelang Logo Audi

Sepanjang bekerja sebagai mekanik Audi, Cheese sedang dalam rawatan perubatan dan pernah mengambil dadah berlebihan. Menurut ibunya lagi, anaknya itu juga kerap menerima mesej seperti; “Ambillah pil gembira George, kau memang perlukannya.”

Bercakap dalam inkues, rakan sekerja Audi mengakui Cheese pernah dibakar.

“Saya ada di bengkel apabila gurauan ke atas Cheese dibuat, dan dia dibakar. Tetapi tidak melampau. Kami tahu di mana batasnya. Ia bukan membuli,” katanya.


Bergurau ada hadnya. Mungkin bagi kita perkara itu menyeronokkan, tetapi tidak bagi mangsa yang dianiaya. Orang yang hebat sama sekali tidak akan membuli mereka yang lemah. Berpada-padalah.

SUMBER: Car Scoops

Auto Terkini maut dibuli pelatih Audi bunuh diri
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Toyota Alphard Spacious Lounge 2026 Dilengkapi Yamaha Performance Damper

11/06/2026
Auto Terkini

BYD Dolphin G DM-i Untuk Eropah, Jarak EV 105 km, Jarak Penuh Lebih 1,000 km!

11/06/2026
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Auto Terkini

Konflik Asia Barat Lonjak Bil Subsidi Bahan Api Malaysia Kepada RM7.5 Bilion Pada April

10/06/2026
Auto Terkini

Indonesia Naikkan Harga Petrol Pertamax RON92 Kepada RM3.64 Seliter Mulai Hari Ini

10/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

By Abang Hirata08/06/2026
Roda4

Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

By Abang Hirata11/06/2026
Roda2

#MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

By Syafie09/06/2026
Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
Roda2

#MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

By Syafie09/06/2026
Roda2

#MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

By Syafie09/06/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

By Han Othman09/06/2026
Roda2

#MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

By Syafie09/06/2026
Roda2

#MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

By Syafie04/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.