Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pelan Harley-Davidson: Serius Masuk Pasaran Asia, Bakal Lancar Model 250cc
Auto Terkini

Pelan Harley-Davidson: Serius Masuk Pasaran Asia, Bakal Lancar Model 250cc

AryonBy Aryon01/08/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


INI berita menggemparkan dari Amerika Syarikat apabila Harley-Davidson mengumumkan pelan peluasan barisan motosikal jenama itu ke seluruh pasaran dunia secara besar-besaran, sesuatu yang tidak dilakukan sepanjang dekad lalu.

Malah Harley turut mensasarkan kelompok pembeli baru di kalangan golongan muda, termasuk bakal memperkenalkan model middlewight dan elektrik (EV) bagi mempelbagaikan pasaran pengguna. Tidak dilupakan juga memodenkan dan menambah baik model Tourer dan Cruiser dengan ciri elektronik dan konektiviti, mengubah cara operasi pengedar, dan meneroka jualan atas talian. Memang betul-betul agresif!

Sekarang kita perincikan lagi pelan Harley-Davidson itu:

1. MIDDLEWEIGHT BARU


Ini antara berita paling radikal dan mengejutkan apabila pengeluar itu bakal melancarkan 16 model middleweight, dimulakan jentera advencer, Pan America 1250. Barisan baru itu ialah termasuk Streetfighter 975, dan Custom 1250, serta dijangka model-model lain seperti scrambler, flat tracker dan sportbike. Wow!

Semua model itu menurut Harley, akan diperkenalkan antara 2020 dan 2022. Enjin pula daripada jenis modular yang akan saling berkongsi pelbagai model daripada sekecil 500cc hingga 1250cc. Komponen gear juga modular, sama seperti model Softail yang mana Harley akan menghasilkan dua atau tiga frem, swingarm dan rupa depan yang boleh digabungkan menjadi pelbagai motosikal berbeza. Hmm… menarikkan?

2. MODEL ELEKTRIK


Hanya selepas 4 tahun memperkenalkan model konsep Livewire, Harley-Davidson sudah mula berani mendabik dada sebagai bakal pengeluar arus perdana yang akan mengeluarkan motosikal EV sempurna atas jalan, yakni seawal tahun depan.

Selain model berkuasa rendah yang akan menjadi batu loncatan ke arah pembuatan motor EV besar-besaran, Harley juga aka  memperkenalkan dua model middleweight dan lightweight (lebih kepada basikal elektrik)

3. UBAH PERSEKITARAN JUALAN

Harley merancang membuka premis kecil dan outlet di pasar raya yang akan turut menjual pakaian, dan aksesori jenama itu, serta mungkin juga basikal EV kecil. Pengeluar itu juga akan menambah baik laman H-D.com untuk membantu pelanggan membeli produk Harley dengan lebih mudah, dan juga menjalinkan perkongsian dengan peruncit ketiga atas talian untuk jualan secara langsung.

4. CRUISER DAN TOURER YANG LEBIH MODEN

Cruiser dan tourer memang sinonim sebagai jentera ikonik Harley. Sejak sedekad lalu, pengeluar itu agak bergelut antara mengekalkan nilai tradisi lama dan mengikut arus kemodenan semasa. Malah, cara konservatif yang dipraktikkan sebelum ini membuatkan pengeluar itu gagal meraih pembeli baru dan akhirnya mereka menyedari kesilapan itu.

Jadikan, bukankah elok diadunkan kedua-duanya antara tradisi dan kemodenan? Inilah yang mahu dilakukan Harley. Model cruiser dan tourer Harley nanti akan dilengkapkan sistem konektiviti  yang siap dengan panel TFT warna penuh. Hebat hebat….

5. RANCAKKAN JENTERA ENJIN KECIL

Ini pastinya sesuatu yang menarik peminat di rantau Asia, terutama Malaysia. Harley mengumumkan akan menghasilkan barisan baru motosikal bersesaran kecil, sekitar 250cc untuk pasaran baru. Ia bakal bermula di India menerusi kerjasama dengan pengeluar di negara itu sebelum meluaskan pasaran ke Amerika Selatan dan Asia.

Adakah selepas ini kita akan dapat menyaksikan produk Harley akan jadi lebih mampu milik seperti mana model-model KTM, Triumph dan Ducati?

Amerika Syarikat Asia Auto Terkini Harley-Davidson Pelan Harley-Davidson roda2
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Aston Martin Vanquish 25, Kuasa 835 PS dan 1,000Nm, Bukti V12 Sentiasa Dihormati!

    22/07/2026
    Auto Terkini

    MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

    22/07/2026
    Mercedes-Maybach GLS 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    22/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    22/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.