Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pelajar Unimas Anak Sarawak Dapat Kontrak 10 Tahun Kerja dengan BMW di Jerman
Auto Terkini

Pelajar Unimas Anak Sarawak Dapat Kontrak 10 Tahun Kerja dengan BMW di Jerman

Han OthmanBy Han Othman30/11/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PELAJAR tahun tiga dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Franklin Lingga Abun, yang mengambil jurusan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan ditawarkan kontrak 10 tahun untuk bekerja dengan BMW Group di Jerman.

Berita ini pasti menggembirakan negara dan negeri kelahirannya, Sarawak apatah lagi dia ialah anak Sarawak pertama yang bekerja dengan BMW Group.

BACA >>> GO Auto-SIRIM Meterai MoU untuk Hasilkan R&D Bateri Kenderaan Elektrik di Malaysia

Franklin, 20, ialah salah seorang daripada tiga calon yang dipilih untuk membentangkan idea mengenai teknologi penjanaan elektrik semi-solar kepada panel juri di Austria. Dua lagi calon ialah jurutera proses dari Jerman, dan jurutera rekabentuk dari Korea Selatan.


“Apabila terima tawaran itu, saya fikir dua kali sebab tahu banyak wang diperlukan ke Austria untuk pembentangan tersebut,” katanya.

Dia beruntung kerana mendapat bantuan daripada Tan Sri Datuk Amar James Masing (Timbalan Ketua Menteri) dan Datuk Snowdan Lawan (Pembantu Menteri Belia dan Sukan) dalam merealisasikan penerbangan ke negara Eropah itu.

“Orang Iban sangat bangga dengan Franklin dan sokongan kami begitu bermakna buat dia. Kami bangga kerana ada ramai rakyat Sarawak berbakat, dan dia salah seorang daripada mereka yang menandatangani kontrak dengan BMW,” kata Snowdan.

Difahamkan, Frnaklin akan menerima surat tawaran dalam masa dua minggu ini sebelum terbang ke Munich, Jerman pada Mac 2019 untuk menandatangani kontrak 10 tahun. Di bawah perjanjian itu, dia akan menjadi pakar teknologi automotif BMW bermula 2021.

Franklin mengakui perlu buat banyak persediaan, dan perjalanan masih jauh. Buat masa ini, keutamaan ialah melengkapkan pengajian di Unimas menjelang 2020.

Syabas, Franklin kerana membanggakan Malaysia!

BMW Group Franklin Lingga Abun Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan Sarawak Unimas Universiti Malaysia Sarawak (Unimas)
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda2

Yamaha GEAREV & NEWS GEAREV – Skuter EV Untuk Penghantaran Jarak 100 KM

04/07/2026
Auto Terkini

Jelajah YANGWANG U9 China-Malaysia Tiba Di Malaysia, Disambut BYD Alor Setar

03/07/2026
Auto Terkini

Sistem Navigasi Bawa Lima Warga China ‘Teroka’ Gaung Sedalam Tujuh Meter

03/07/2026
Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

KPDN Batal Kawalan Jualan Diesel di Sabah, Sarawak, dan Labuan Mulai Hari Ini

01/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
Auto Terkini

Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

By Shazwan Hisam30/06/2026
GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
Elektrifikasi

Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

By Han Othman26/06/2026
Vespa Edizione Ottantesimo 2026
Roda2

Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

By Abang Hirata02/07/2026
Toyota Corolla Cross 2027
Roda4

Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

By Abang Hirata04/07/2026
Autotainment

Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

By Han Othman28/06/2026
Roda2

Yamaha GEAREV & NEWS GEAREV – Skuter EV Untuk Penghantaran Jarak 100 KM

By Abang Hirata04/07/2026
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

By Shazwan Hisam26/06/2026
Mazda Roadster Special Edition PS 2026 Jepun.01
Roda4

Mazda Roadster (MX-6) 2027 untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

By Abang Hirata29/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.