Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pelabur Tesla Tidak Peduli Isu Elon Musk Ambil Dadah?
Auto Terkini

Pelabur Tesla Tidak Peduli Isu Elon Musk Ambil Dadah?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju09/01/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TESLA berdepan satu lagi kontroversi disebabkan kehidupan peribadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat konglomerat itu, tetapi penganalisis berpendapat itu tidak membimbangkan golongan pelabur.

Minggu lalu, The Wall Street Journal (WSJ) menyiarkan laporan mengenai dakwaan penyalahgunaan dadah dilakukan Elon Musk selama beberapa tahun, termasuk pengambilan kokain, LSD dan ketamin.

Akhbar bisnes dan ekonomi itu turut mendedahkan kebimbangan beberapa ahli lembaga pengarah Tesla mengenai isu berkenaan yang dikatakan mempengaruhi beberapa keputusan kontroversi dilakukan Musk seperti ciapan di laman sosial X (Twitter) untuk menjadikan Tesla sebagai syarikat persendirian pada 2018.

Bagaimanapun, Musk menyangkal laporan itu dengan menegaskan ‘tiada sebarang bukti kuantiti’ dadah atau alkohol yang dikesan dalam badan sepanjang tiga tahun beliau menghisap ganja ketika temu bual bersama Joe Rogan pada 2018.

Pada masa lalu, bilionair itu mendakwa memiliki preskripsi untuk ketamin selepas timbul laporan Musk terlibat dengan pengambilan dos kecil dadah tersebut.

Pengurus Bersama Deepwater Asset Management, Gene Munster memberitahu Bloomberg, kebanyakan pelabur Tesla tidak bimbang dengan laporan WSJ. Menurutnya;

Ada sebilangan kecil pelabur akan menjual semula pegangan mereka menjelang minggu depan dan memberi tekanan terhadap saham.

“Sebahagian besar pelabur tidak peduli kerana jika kau mahu meraih untung daripada Elon, kau perlu berdepan dengan kontroversi beliau.”

Penganalisis teknologi Wedbush, Dan Ives memberitahu Business Insider perkara itu mungkin bukan berita ditunggu pelabur tetapi ia tidak memberi sebarang impak material.

Beliau berkata:

Pelabur Tesla sudah lali terhadap semua tajuk negatif tentang Musk.”

Jurucakap Tesla pula tidak memberi respons serta-merta mengenai perkara itu.

Peguam peribadi Musk, Alex Spiro memberitahu WSJ, Musk menjalani ujian pemeriksaan dadah ‘secara kerap’ dan ‘belum pernah gagal mana-mana ujian.’

Saham Tesla naik sedikit tengah hari semalam selepas pasaran saham ditutup AS$237.49 (RM1,103.50) seunit, Jumaat lalu.

Saham Tesla sebenarnya terus meningkat walaupun pernah terpalit pelbagai kontroversi sebelum ini. Malah, saham syarikat teknokrat itu dilaporkan naik hampir 1,000 peratus sejak 2018.

SUMBER: BusinessInsider

Auto Terkini Elon Musk Elon Musk Hisap Ganja Kontroversi Elon Musk Marijuana Tesla The Wall Street Journal
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    07/07/2026
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC X Star Wars Kini Rasmi Dijual, Harga Mula RM135!

    07/07/2026
    Roda4

    Pikap Musso Kembali! KGM Motors UK Perkenal Musso Rhino dan Musso Rhino+

    07/07/2026
    Auto Terkini

    Pemandu Kenderaan Komersial Positif Dadah Ditahan JPJ, AADK di Plaza Tol Gombak

    07/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    Roda2

    Harley-Davidson Perkenal Koleksi Eksklusif Liberty Edition 2026 Di Kuala Lumpur

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.