Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pecco Raih Hat-Trick MotoGP, Quartararo Masih Kekal Ranking Atas
Auto Terkini

Pecco Raih Hat-Trick MotoGP, Quartararo Masih Kekal Ranking Atas

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju22/08/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


FRANCESCO Bagnaia meraih ketiga kemenangan berturut-turut selepas aksi GP Austria 2022 di Red Bull Ring, manakala juara dunia 2021, Fabio Quartararo mempamerkan aksi bertenaga dengan memintas beberapa pelumba Ducati lain untuk menamatkan perlumbaan di tempat kedua.

Rakan sepasukan Bagnaia, Jack Miller pula melengkapkan barisan tiga pemenang atas podium di Red Bull Ring, semalam.

Pencabar terdekat El Diablo untuk gelaran juara dunia 2022, Aleix Espargaro sekadar menamatkan saingan di tempat keenam selepas Jorge Martin terbabas ketika cuba memintas Miller untuk tempat ketiga di lap akhir.

BACA >>> Quartararo Tak Selesa Dipuji Espargaro Sebagai Pelumba Terbaik
BACA >>> SUV Bagnaia Terbabas Masuk Longkang di Sepanyol, Rupanya Mabuk Rai Menang MotoGP

Pencapaian Bagnaia itu adalah kemenangan ketujuh Ducati daripada sembilan perlumbaan lalu setakat musim ini.

Susunan di grid lumba didominasi dua jentera Ducati selain Bagnaia dan Miller (Ducati Lenovo), iaitu Enea Bastianini (Gresini Racing), dan Jorge Martin (Pramac Racing).

Bagnaia mula memintas Bastianini yang ketinggalan di kedudukan keempat selepas beberapa lap yang memaksanya bersaing dengan Martin. Aksi dua pelumba itu dianggap menarik kerana masing-masing bersaing menjadi rakan Bagnaia dalam pasukan pengilang Ducati musim depan.

Quartararo yang membawa sut Yamaha gagal membuat pintasan diharapkan dari tempat kelima di grid dan beralih ke posisi keenam selepas dipintas Maverick Vinales (Aprilia Racing). Bagaimanapun, kesilapan dilakukan pelumba Aprilia itu membolehkan Quartararo kembali ke posisi asal dan memotong Bastianini di lap ke-6 dari posisi 28.

Nasib pelumba Itali itu bertambah buruk apabila beberapa kali tersasar dan akhirnya mengangkat bendera putih disebabkan isu teknikal bahagian depan jentera.

BACA >>> Bagnaia Juara GP Belanda 2022, Quartararo ‘Tercampak’ Keluar
BACA >>> Bagnaia Juara Lagi di Itali, Tapi Quartararo Masih Ranking Atas!

Persaraan Bastianini di ’Red Bull Ring menandakan Quartararo bertarung dengan Aleix Espargaro (Aprilia) untuk kutipan mata gelaran juara dunia 2022. Espargaro berada di tempat kelima ketika mengekor rapat El Diablo dan mula mengalami masalah mengaktifkan peranti holeshot ketika awal perlumbaan.

Miller terus memberi tekanan kepada Bagnaia yang mengetuai perlumbaan tetapi gagal. Di belakang pelumba Australia itu, Martin pula melancarkan asakan dengan menggunakan kombinasi tayar sederhana (belakang), keras (depan).

Quartararo menggunakan jenis tayar sama seperti Martin dan berjaya memintas pelumba itu untuk posisi ketiga di Turn 2.
Pada ketika Bagnaia meluaskan jarak ketika beberapa lap terakhir, Miller, Quartararo dan Martin bertarung sengit untuk merebut peluang berada di podium.

Quartararo mengejutkkan Miller dengan pintasan licik, tetapi cubaan Martin mendahului Miller tidak berjaya, menyaksikan dia terbabas di Turn 1.

Kesilapan itu membolehkan Luca Marini (VR46 Ducati) beralih ke tempat keempat, diikuti rakan sepasukan Martin, Johann Zarco dan Aleix Espargaro.

Lima pelumba gagal menamatkan perlumbaan, iaitu Morbidelli (Monster Yamaha), Darryn Binder (Yamaha RNF), Takaaki Nakagami (LCR Honda), Bastianini (Gresini Ducati) dan Joan Mir (Suzuki Ecstar).

BACA >>> Strategi Menjadi, Sekat Quartararo di Selekoh Bantu Bagnaia Juara GP Sepanyol 2022
BACA >>> Kemenangan Back to Back! Bagnaia Kuasai GP Itali, Quartararo Jarakkan Jurang
BACA >>> Quartararo Ramal Saingan Satu Lawan Satu dengan Pecco di GP Perancis
BACA >>> Lorenzo: Saingan MotoGP Sudah Tak Sepanas Dulu

SUMBER: Crash

2022 MotoGP Aleix Espargaro Fabio Quartararo GP Austria 2022 Jack Miller Monster Yamaha MotoGP 2022 Pecco Bagnaia sukan permotoran
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km, Harga Munasabah

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    LaLaport Transportation Hub (LTH)
    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    20/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.