Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Bagnaia Juara GP Belanda 2022, Quartararo ‘Tercampak’ Keluar
Auto Terkini

Bagnaia Juara GP Belanda 2022, Quartararo ‘Tercampak’ Keluar

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju27/06/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


FRANCESCO Bagnaia (Ducati Lenovo) mendominasi GP Belanda 2022 apabila muncul juara hujung minggu lalu. Aleix Espargaro (Aprilia Racing) pula mempamerkan saingan terbaik sepanjang karier dengan menamatkan perlumbaan di posisi keempat walaupun dirempuh Fabio Quartararo (Monster Energy Yamaha MotoGP).

Bagnaia mengekalkan posisi di depan Quartararo pada aksi di Turn 1 dan mara lebih laju selepas El Diablo membrek hingga tersasar keluar trek yang menyebabkan dia tergelinciri ke posisi keempat.

BACA >>> Quartararo Juara GP Jerman! Peluang Kekal Gelaran Juara Dunia Kini Makin Cerah
BACA >>> Espargaro Sia-Siakan Peluang Naik Podium, Quartararo Juara GP Catalunya 2022

Juara bertahan itu meningkatkan saingan dan kembali berada di belakang Bagnaia tetapi sekali lagi hilang kedudukan selepas dipintas Espargaro.

Pecco Bagnaaaaaia lalalalalalaaaaaa 🎶 #DutchGP#ForzaDucati #DucatiLenovoTeam @PeccoBagnaia | @MotoGP pic.twitter.com/oeQCAyAP2K

— Ducati Corse (@ducaticorse) June 26, 2022

Di belakangBagnaia ialah pelumba Mooney VR46 Racing Team, Marco Bezzecchi yang menggunakan kelebihan memintas Jorge Martin (Pramac Ducati). Quartararo cuba merapatkan jurang masa dengan Bagnaia tetapi membuat kesilapan pertama musim ini apabila merempuh Espargaro di Turn 5 .

BACA >>> Mir, Rins Bincang dengan HRC Minta Peluang Sertai Honda Musim Depan?

Kesilapan itu menyebabkan Espargaro ketinggalan di tempat ke-15 dan terpaksa memecut sedikit demi sedikit dengan memintas Alex Marquez (LCR Honda) dan Alex Rins (Suzuki Ecstar).

Quartararo dilihat seperti mahu bersara awal apabila perlu memasuki laluan pit untuk berbincang dengan pasukannya. Dia kemudian membuat keputusan meneruskan perlumbaan. Rakan sepasukan, Franco Morbidelli yang gagal menunaikan denda penalti lap panjang (long-lap) dikenakan penalti kedua tetapi gagal ‘membayar’ penalti akibat terbabas di Turn 5.

Keputusan menarik diri daripada saingan itu diikuti seorang lagi pelumba Yamaha, Darryn Binder juga akibat terbabas. Lebih malang buat Yamaha, Quartararo pula terpelanting ke udara ketika keluar Turn 5 hingga memaksa dia bersara daripada saingan GP semalam.

Hujan mula turun dan Espargaro meneruskan kemaraan selepas memintas Joan Mir (Suzuki Ecstar), Johann Zarco (Pramac Ducati) dan Takaaki Nakagami (LCR Honda).

Bezzecchi meneruskan aksi mengejar Bagnaia dan pada masa sama, Maverick Vinales (Aprilia Racing) pula memintas jentera Martin untuk menempatkan diri dalam pelumba podium.

Martin tercicir di belakang Brad Binder (Red Bull KTM) dan Jack Miller (Ducati Lenovo). Akhirnya, Bagnaia melepasi garisan penamat GP Belanda 2022, manakala Espargaro sempat membaiki kedudukan ke tempat keempat pada tujuh lap terakhir.

BACA >>> Toprak Seronok Layan Yamaha YZR-M1, Akui Bukan Senang Bawa Jentera MotoGP
BACA >>> Aksi Pembukaan MotoGP 2023 Bukan di Qatar, Pindah ke Sepang?

Keputusan GP Belanda 2022

2022 GP Belanda 2022 MotoGP Aleix Espargaro Alex Marquez Alex Rins Brad Binder darryn binder Fabio Quartararo Francesco Bagnaia GP Assen Jack Miller Johann Zarco jorge martin marco bezzecchi Maverick Viñales MotoGP Takaaki Nakagami
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    MotoGP

    #MotoGP: Marc Marquez Menang Bergaya Di Brno, Kejaran Gelaran Dunia 2026 Kembali Terbuka

    22/06/2026
    Castrol Edge Roving Truck 2026
    Auto Terkini

    Bukan Sekadar Iklan Digital, Castrol Turun Padang dengan Lori LCD Gergasi ‘Roving Truck’

    22/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    19/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.