Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Pasukan Rossi Tayang Pelumba, Jentera Ducati GP21 untuk Aksi MotoGP 2022
Roda2

Pasukan Rossi Tayang Pelumba, Jentera Ducati GP21 untuk Aksi MotoGP 2022

ShawkathBy Shawkath25/02/2022
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PASUKAN milik Valentino Rossi, Mooney VR46 Racing Team mempamerkan seragam jentera lumba yang bakal beraksi dalam kelas premier Kejuaraan Dunia MotoGP 2022.

Mooney VR46 Racing Team juga adalah pasukanialah terakhir memperkenalkan seragam sebelum GP Qatar bermula minggu depan di Litar Antarabangsa Losail, Qatar.

BACA >>> Aksi GP 2001 dengan Biaggi Jadi Detik Terhebat dalam Karier Rossi


VR46 Racing yang ditaja kumpulan perbankan Mooney melakukan debut kelas premier MotoGP selepas persaraan Rossi daripada kejuaraan lumba motosikal dunia itu.

Pasukan itu ditubuhkan Rossi yang terhasil daripada program pencarian bakat Akademi VR46. Terdahulu VR46 Racing melakukan debut dalam kelas Moto3 untuk mengetengahkan bakat pelumba warga Itali ke persada antarabangsa.

Pasukan itu kemudian menyertai kelas Moto2 pada 2017 dengan meraih kemenangan, khususnya 2018 menerusi pelumba taruhannya, Francesco Bagnaia.

MotoGP 2022 akan menyaksikan gandingan Luca Marini dan Marco Bezzecchi yang masing-masing meraih tempat kedua dan ketiga keseluruhan pada musim 2020 dan 2021.

BACA >>> Marco Bezzecchi Langkah Ke MotoGP Musim Depan

Musim ini, Mooney VR46 Racing Team akan menggunakan jentera Ducati GP21 dengan seragam hitam-kuning. Rossi pula akan meneruskan terbabit dalam perlumbaan menerusi siri Cabaran Eropah GT Dunia. Tugas-tugas pengurusan diserahkan kepada pengarah pasukan Alessio ‘Uccio’ Salucci dan pengurus pasukan, Pablo Nieto.

BACA >>> MotoGP Guna Minyak Sawit 2027?

Rossi berkata;

Tahun ini, buat kali pertama, kami masuk MotoGP. Ia macam melengkapkan satu bulatan, tapi juga menarik kerana boleh tempah satu lagi cerita menarik dalam MotoGP. Jentera lumba ini nampak cukup cantik dan kini tiba masa untuk kami faham pasal trek.”

Pasukan MotoGP baharu lain musim ini selain Mooney VR46 Racing Team ialah Gresini Racing. Terdahulu, VR46 Racing hampir menerima tajaan gergasi minyak Aramco bernilai €18 juta (RM84 juta). Bagaimanapun, hasrat itu gagal kerana Rossi tidak bersetuju dengan syarat dikenakan iaitu perlu menjadi pelumba pasukan sendiri.

Mooney VR46 Racing dalam kelas Moto2 akan diwakili Celestino Vietti dan Niccolo Antonelli. VR46 juga memiliki pasukan kedua kelas sama, iaitu Yamaha VR46 Master Camp Team dengan pelumba  Manuel Gonzalez dan Keminth Kubo.

BACA >>> Marc Marquez dan RC213V-S Kembali Asah Trek!
BACA >>> Stoner Hidap Sindrom Letih Kronik, Punca Dia Tidak Lama dalam MotoGP
BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Format Saringan Masa MotoGP yang Perlu Anda Tahu
BACA >>> Ambil Tanah Buat Litar Mandalika, Penduduk Kecewa Hutang Belum Langsai

SUMBER: VisorDown | RideApart | MotoGP

Alessio 'Uccio' Salucci Aramco Rossi Celestino Vietti Gresini Racing Keminth Kubo luca marini Manuel Gonzalez marco bezzecchi Mooney VR46 Racing Team Moto2 Moto3 MotoGP 2022 Niccolo Antonelli pablo nieto Valentino Rossi VR46 Academy Yamaha VR46 Master Camp Team
Shawkath

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Ducati DesertX 2026 V2, Enjin V2 890 cc Baharu Lebih Mudah Selenggara, Kerangka Trelis

26/02/2026
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Korang – Naked, Sportbike, Cruiser atau Touring?

26/02/2026
Roda2

Indian Motorcycle Sambut 125 Tahun, Lancar Empat Model Edisi Khas

26/02/2026
Roda2

KTM 990 RC R Track 2026 – Versi Litar Dengan 135 ps/105Nm, Ekzos Akra!

25/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
PLUS mula projek rintis ANPR
Auto Terkini

200,000 Pengguna Muat Turun Aplikasi JustGO Malaysia untuk Sistem ANPR

By Syafie20/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.