Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Indian Motorcycle Sambut 125 Tahun, Lancar Empat Model Edisi Khas
Roda2

Indian Motorcycle Sambut 125 Tahun, Lancar Empat Model Edisi Khas

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam02/03/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Indian Motorcycle sambut aniversari 125-tahun

SEMPENA ulang tahun ke-125 jenama motosikal Indian Motorcycle, memperkenalkan empat model edisi khas dengan kemasan eksklusif dan koleksi pakaian edisi terhad yang hanya dijual di pengedar rasmi jenama itu.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Indian Motorcycle, Mike Kennedy berkata, pencapaian 125 tahun membuktikan kekuatan legasi jenama yang terus disokong komuniti penunggang setia sejak dulu hingga kini.

Koleksi istimewa itu bukan sekadar kosmetik, tetapi menonjolkan sentuhan buatan tangan, komponen premium dan elemen rekabentuk yang meraikan sejarah panjang jenama tersebut.

Empat Model Terima Sentuhan 125th Anniversary

Model dipilih ialah:

  • Chief Vintage
  • Scout Bobber
  • Challenger
  • Roadmaster

Semua model tampil dengan warna asas Indian Motorcycle Red yang menerima kemasan kepingan mikro metalik (metallic microflakes) secara manual.

Turut disertakan belang pin (pinstripe) khas, grafik ‘125th Anniversary’ samar (ghosted), pelana bersulam premium dan nombor siri unik bagi setiap unit.

Semua edisi khas itu dilengkapi sistem Ride Command+ yang menawarkan fungsi pengesan lokasi motosikal, peringatan servis, paparan meter boleh ubah, data tunggangan terperinci dan navigasi.

i. Indian Chief Vintage 125th Anniversary Edition

Indian Chief Vintage 125th Anniversary Edition

Dihadkan kepada 250 unit seluruh dunia, Indian Chief Vintage 125th Anniversary Edition dijual pada harga sekitar RM117,495 (berdasarkan kadar tukaran ±RM4.70/USD), iaitu kira-kira RM23,500 lebih mahal berbanding model asas.

Ia menerima peg kaki berkilat dan lampu depan LED Adaptif Pathfinder. Bagi 2026, Indian Chief Vintage dibangunkan berasaskan platform Chief dengan sentuhan klasik yang mengimbau model legenda era 1940-an.

ii. Indian Scout Bobber 125th Anniversary Edition

Indian Scout Bobber 125th Anniversary Edition

Terhad kepada 450 unit, harga anggaran Indian Scout Bobber 125th Anniversary Edition ialah RM82,245, iaitu sekitar RM21,150 lebih tinggi daripada versi standard.

Barisan Scout menerima kemas kini besar sebelum ini dan varian Bobber ialah model Indian paling laris.

Identiti model itu jelas dapat dilihat pada tayar depan lebih gemuk, hendal rendah, kemasan hitam (blacked-out) dan fender dipendekkan untuk gaya lebih agresif.

iii. Indian Challenger 125th Anniversary Edition

Indian Challenger 125th Anniversary Edition

Indian Challenger 125th Anniversary Edition dihadkan kepada 250 unit pada harga sekitar RM197,395, kira-kira RM61,100 lebih mahal berbanding model asas.

Model bagger itu menggunakan enjin PowerPlus 112 dengan fairing dipasang pada casis, sistem audio PowerBand dan beg sisi (saddlebag).

Edisi khas tersebut menerima tambahan seperti peg kaki berkilat untuk penunggang dan pembonceng, lampu aksen pada beg sisi, suis bercahaya (backlit switchcubes), lampu depan LED Adaptif dan visor angin Flare warna gelap.

iv. Indian Roadmaster 125th Anniversary Edition

Indian Roadmaster 125th Anniversary Edition

Indian Roadmaster 125th Anniversary Edition ialah model paling eksklusif dengan hanya 100 unit ditawarkan] seluruh dunia pada harga sekitar RM206,795, iaitu kira-kira RM42,300 lebih mahal daripada model biasa.

Model itu hadir dengan sistem audio PowerBand, kemasan enjin sepadan warna badan, peg kaki berkilat untuk penunggang, dan pembonceng, serta pelana dua hala dengan fungsi pemanas dan penyejuk.

Koleksi Pakaian Terhad

Seiring pelancaran motosikal edisi khas itu, Indian Motorcycle turut memperkenalkan koleksi pakaian terhad yang merangkumi lapan barangan. Antara menjadi tumpuan ialah kemeja flanel hasil kolaborasi bersama Dixxon.

Turut ditawarkan ialah:

  • Jaket kulit (terhad 125 unit)
  • Jaket varsiti
  • Baju panas (sweatshirt) crewneck
  • Kemeja-T lelaki dan wanita
  • Topi

Harga pakaian bermula sekitar RM61 hingga RM1,880, bergantung barangan.

SUMBER: RiderMagazine

Auto Terkini chief vintage cruiser edisi khas indian challenger indian motorcycle 125th anniversary Indian Motorcycles indian roadmaster scout bobber
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    28/06/2026
    Aksesori

    Kereta LEGO Technic 1:1 Koenigsegg Sadair’s Spear Pecah Rekod Di Goodwood

    26/06/2026
    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    RON97, RON95 Tanpa Subsidi Turun 25 Sen, Diesel Semenanjung Malaysia Turun 30 Sen

    25/06/2026
    Auto Terkini

    Etnik Rohingya Tidak Layak Miliki Lesen Memandu Malaysia

    25/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    By Abang Hirata25/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.