Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pasang iPhone pada Motosikal Boleh Buat Kamera Rosak?
Auto Terkini

Pasang iPhone pada Motosikal Boleh Buat Kamera Rosak?

WahidBy Wahid14/09/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENGELUAR telefon pintar premium, Apple menyiarkan dokumen pengguna yang mendakwa kamera telefon iPhone berisiko rosak jika dipasangkan pada motosikal berkuasa tinggi.

Semua enjin kenderaan menghasilkan gegaran, tetapi gegaran enjin motosikal lebih kuat berbanding kereta.  Menurut Apple;

Gegaran amplitud tinggi pada frequensi tinggi khusus boleh merosakkan sistem kamera iPhone. Amplitud adalah kekuatan gegaran, manakala frekuensi bermaksud kadar gegaran.

BACA >>> Pemilik BMW Selepas 1 Julai 2020 Boleh Buka Kereta, Hidupkan Enjin Guna iPhone

Kamera iPhone menggunakan sensor giroskop sebagai ciri pengstabilan imej optikal (OIS – Optical Image Stabilization) supaya gambar yang ditangkap tidak kabur. Ini membolehkan iPhone bergerak mengikut sudut giroskop tersebut. Sistem OIS ada digunakan dalam model iPhone 6 Plus, iPhone 6S Plus, iPhone 7 dan iPhone SE generasi kedua (2020).

BACA >>> 10 Tip Perlu Anda Tahu Sebelum Beli Pemegang Fon dalam Kereta

Selain itu, model seperti iPhone XS dan iPhone SE generasi kedua juga menggunakan sistem autofokus litar tertutup (close-loop autofocus) bagi menahan daya graviti dan gegaran untuk imej, video dan panorama lebih tajam.

Sebaliknya, kamera sudut lebar ‘Ultra-Wide’ untuk iPhone 11 dan model iPhone lebih baharu tidak menggunakan OIS. Ciri telefoto ‘Zoom’ pada iPhone 7 Plus dan iPhone 8 Plus juga tiada OIS.

Masalah itu mungkin timbul apabila iPhone tersebut dipasangkan pada hendal motosikal berkuasa tinggi kerana enjin menghasilkan gegaran kuat pada kadar gegar tertentu. Akibatnya, gambar ditangkap akan jadi kabur. Jadi, Apple mengesyorkan pemilik iPhone memasang telefon pintar mereka itu menggunakan cagak khas (mounting) yang boleh menyerap gegaran.

Menurut Apple lagi, walaupun enjin skuter (atau kapcai) kecil dan tidak menghasilkan gegaran sekuat, tetapi pemilik tetap disarankan memasang iPhone mereka pada pemegang khas yang boleh menyerap gegaran.

Isu berkenaan sebenarnya sudah dikesan beberapa tahun lalu, tetapi Apple mungkin mengambil masa untuk mengkaji aduan dan masalah berkenaan. Tambahan lagi, ada ramai pengguna Samsung Galaxy melaporkan masalah sama. Malah, pengguna telefon Google Pixel juga mengalami isu sama.

BACA >>> GPS Motosikal: Waze vs Google Maps, Mana Satu Terbaik untuk Mat Motor?

Perkara tersebut nyata membimbangkan penunggang masa kini yang menggunakan telefon pintar mereka sebagai alat navigasi (GPS), terutama kalangan pekerja kurier dan penghantar makanan atau barang, termasuk penggemar aktiviti kembara dan konvoi.

Ini kerana telefon mereka kerap dipasangkan pada motosikal mereka untuk jangkamasa lama. Bagaimanapun, mengikut apa disebut Apple, bukan telefon rosak, tetapi cuma fungsi kamera telefon.

PENYELESAIAN?

Sebenarnya ada beberapa pemegang telefon motosikal yang direka untuk menyerap gegaran seperti QuadLock (lihat video atas). Bagaimanapun, harga ditawakan tidak murah, tetapi masih lagi lebih murah daripada telefon pintar premium yang sangat mahal!

Kami juga berharap pembuat pemegang fon untuk motosikal dapat mengambil berat isuaini.

BACA>>> Kunci Motor GPS Tawar Tambahan Sekuriti Baharu Buat Penunggang
BACA >>> Kes Jenayah Jejas Jualan Moped, Piaggio UK Pula Tawar Peranti GPS Percuma

SUMBER: Apple

 

Auto Terkini autotainment iPhone pemegang fon roda2 tip motosikal Tip Pengguna
Wahid

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    17/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.