• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pemilik BMW Selepas 1 Julai 2020 Boleh Buka Kereta, Hidupkan Enjin Guna iPhone

Pemilik BMW Selepas 1 Julai 2020 Boleh Buka Kereta, Hidupkan Enjin Guna iPhone

June 24, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

171
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BMW menjadi pengeluar kereta pertama dunia yang membolehkan pemilik iPhone menggunakan telefon mereka sebagai kunci kereta digital penuh. Perkara itu diumumkan semasa Persidangan Pembangun Apple Sedunia (AWDC), kelmarin.

Selain kunci digital kereta menggunakan telefon pintar, BMW juga pengeluar pertama mengintegrasikan iPod dalam kenderaan, dan pertama menawarkan konektiviti wayarles Apple CarPlay. Terkini, pengeluar automoptif dari Jerman itu  mengorak langkah memperkenalkan sokongan untuk kunci digital BMW Digital Key dalam aplikasi Apple Wallet untuk iPhone.

BACA >>> Inilah 6 Barang Auto yang Anda Boleh Beli dengan Harga Apple iPhone X

BMW Digital Key untuk iPhone membolehkan pelanggan membuka kunci pintu kereta dengan menekan atau mengetik (tap), dan meletakkan iPhone dalam bekas telefon pintar sebelum menekan butang penghidup enjin.

Tetapan kunci digital itu boleh dibuat menggunakan aplikasi telefon pintar BMW Smartphone App dan pemilik kereta juga boleh berkongsi akses dengan lima individu lain. Ini termasuk membuat tetapan akses kereta untuk pemandu muda dengan mengehadkan halaju, output kuasa, volum maksimum radio dan lain-lain. Pengurusan akses boleh dibuat dalam kereta atau menggunakan aplikasi Apple Wallet.

BACA >>> Inilah Rupa Kia Sportage Apabila Pasang Gril BMW

bmw-iphone-digital-key-1
bmw-iphone-digital-key-2

Antara ciri BMW Digital Key baharu ialah:

  • Disimpan dalam Elemen Terjamin (Secure Element) bagi iPhone dan boleh akses melalui Apple Wallet.
  • Simpanan tenaga untuk iPhone, iaitu kunci kereta digital masih boleh berfungsi hingga lima jam jika iPhone terpadam kerana bateri lemah (low batery).
  • Akses boleh dikongsi hingga lima individu menerusi iMessage.
  • Serasi Apple Watch.

BMW Group pantas mengesan potensi telefon pintar sebagai Kunci Digital. Langkah menjadikan teknologi kunci digital sebagai ciri standard dipercayai mampu meningkatkan pengalaman pengguna, dan tahap keselamatan selain dapat ditawarkan untuk model telefon pintar. Ini elemen digariskan dalam strategi BMW Group untuk ciri Kunci Digital sejak awal dulu.

Apple Inc dan BMW bekerjasama rapat dengan Konsortium Konektviti Kereta (CCC) untuk meneruskan usaha bagi menjadikan ciri tersebut sebagai standard global. Spesifikasi Kunci Digital 2.0 untuk NFC (near-field communication) sudah diperkenalkan pada Mei lalu, manakala kerja membangunkan generasi baharu Kunci Digital berasaskan teknologi jalur lebar ultra (ultra wideband) sudah pun bermula.

BACA >>> Hi Proton! Bagaimanakah Cara Guna Fungsi Arahan Suara X70?

apple-watch-series-5
apple-iphone-xs

BMW mengumumkan Kunci Digital iPhone di 45 negara yang melibatkan barisan model siri 1, 2, 3, 4, 5, 6, 8, X5, X6, X7, X5M, X6M dan Z4 jika produk dikeluarkan selepas 1 Julai 2020. Antara model iPhone yang boleh digunakan sebagai Kunci Digital ialah iPhone XR, iPhone XS atau model lebih terkini, termasuk Apple Watch Series 5 (atau model-model lebih terkini).

SUMBER: BMW

Artikel Berkaitan

171
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Auto Terkini Tagged With: Apple iPhone, Apple Wallet, Auto Terkini, BMW Group, iPhone, Kunci Kereta Digital, teknologi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Buang Brek Belakang, Guna Tayar Sotong Sebab Motor Yamaha Y15ZR Tak Cukup Laju
    Buang Brek Belakang, Guna Tayar Sotong Sebab Motor Yamaha Y15ZR Tak Cukup Laju
  • Chery Tiggo 7, Tiggo 8 Dapat Ranking SUV Nombor 1 JD Power di China
    Chery Tiggo 7, Tiggo 8 Dapat Ranking SUV Nombor 1 JD Power di China
  • RASMI! Anda Boleh Bayar Tol Guna Kad Kredit, Debit di 11 Lebuhraya Utama Mulai Hari Ini
    RASMI! Anda Boleh Bayar Tol Guna Kad Kredit, Debit di 11 Lebuhraya Utama Mulai Hari Ini
  • Polis Buru Warga Asing Tak Bayar Saman Trafik, Lancar Operasi di Seluruh Negara
    Polis Buru Warga Asing Tak Bayar Saman Trafik, Lancar Operasi di Seluruh Negara

PANDU UJI

Pengalaman Pemanduan Bridgestone POTENZA Sport, Tayar Prestasi untuk Pemanduan Mantap!

BRIDGESTONE Tyre Sales Malaysia Sdn Bhd memperkenal siri tayar perdana … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Mazda CX-30 - Crossover Kompak Mewah Anggun dengan Pakej Keselamatan Terbaik

PADA awal Mac lalu, Bermaz Motor memperkenal kenderaan utiliti sukan … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton X90 dengan Suspensi yang Ditala Khas Ikut Kondisi Jalan Malaysia

SAYA berpeluang memandu uji kenderaan utiliti sukan (SUV) 7-kerusi … [Baca Lagi...]

2014 – 2023 © PanduLaju.com.my
Managed service by XCII.my