Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»#PanduUji: Volkswagen Golf R-Line MK7.5 yang Kecil Tapi Berbisa!
Pandu Uji

#PanduUji: Volkswagen Golf R-Line MK7.5 yang Kecil Tapi Berbisa!

Abang GYLBy Abang GYL05/04/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


AGAK lama sebenarnya hendak tunggu giliran pandu uji Volkswagen Golf R-Line Mk7.5. Maklumlah kereta panas, ramai pula rakan media minta. Jadi memang kena tunggu juga sebelum akhirnya dapat melenjan semahunya model hot-hatch.

Jika mahu dibandingkan versi lama – Mk7, Golf R-Line Mk7.5 ini menampilkan beberapa kemasan dan perubahan bahagian hadapan dan belakang.

LUAR ADA GAYA

Pandu Uji Volkswagen Golf R Line MK7.5

Luaran menampilkan bampar depan dan belakang R-Line, spoiler belakang, lencana R Line (gril radiator dan panel sisi) dan rim aloi ‘Singapore’ 17-inci. Bukan rim import atau dibuat di Singapura, tetapi memsang sudah namanya begitu. Terima sajalah seadanya.

Ruang kabin dilengkapi Paparan Info Aktif (AID) 12.3-inci berserta paparan skrin sentuh 8 inci untuk sistem infotainment dengan ciri Composition Media System (CMS). Dimuatkan bersama ciri App-Connect dengan fungsi konektiviti MirrorLink, Android Auto dan Apple Carplay. Sambil pandu, bolehlah layan lagu sekali. Layan pula lagu Sambutlah Kasih, pehhhh!!!

Ciri unik lain ialah lampu utama dengan teknologi LED (dengan lampu belakang dinamik), sistem penyaman udara dual zon Climatronic, kamera undur, Sistem Akses Tanpa Kunci (KESSY), Brek Parkir Elektronik (EPB) dan banyak lagi.

BACA >>> Tentang Volkswagen Golf: 45 Tahun daripada Mk1 hingga Mk7, dan 35 Juta Jualan

ENJIN KECIL, TAPI BERBISA


Nadi menggerakkan Golf R-Line Mk7.5 diserahkan kepada enjin 1.4 TSI pengecas turbo berkuasa 147hp dan tork 250Nm @ 1,500rpm-3,500rpm dengan transmisi dual klac DSG 7-kelajuan.

Jangan pandang ringan dengan enjin kecil ini. Kata orang, kecil-kecil cili api. Sekali tekan, senang-senang saja meter dapat 200kmj! Hendak lebih seronok, pilih saja mod Sport, antara salah satu daripada empat mod disediakan hot-hatch ini selain Eco, Normal dan Individual. Kalau anda jenis hendak berjimat (baca: kedekut), atau untuk pemanduan harian, bolehlah guna mod Eco.

Bagi abang, sepanjang memandu uji Golf R-Line Mk7.5, mod Normal sebenarnya sudah memadai. Dari segi pengendalian, hatchback ini memang dengar cakap di mana saja. Ketika mengambil selekoh, memang stabil walaupun dalam halaju agak tinggi. Ini belum dikira lagi pengendalian talaan Golf R.

Respon enjin sangat mengagumkan dengan anjakan gear responsif. Senang cerita, sedap! Ya, ini bukan puji melebih, tetapi itulah hakikatnya. Dan memang diakui kebanyakan model Volkswagen sedap dipandu, kecuali Vento 1.6L (pandangan jujur ni!).

Aspek keselamatan, Golf R-Line Mk7.5 dibekalkan 7-beg udara, brek maneuver, Sistem Brek Pra-Rempuhan Automatik (APCBS), Bantuan Rehat dan Sistem Perlindungan Penumpang Proaktif (POPS) Volkswagen dan Kunci Diferensial Elektronik Termaju / Advance Electronic Differential Lock (XDS).

Pada harga jualan RM173,790, Golf R-Line Mk7.5 didatangkan dalam enam pilihan warna: kuning, biru, putih, hitam, perak dan kelabu. Alah, sebulan RM1,768 jee…

BACA >>> #Videotomotif: Siapa Menang Lumba Drag? Hyundai i30 N vs Volkswagen Golf GTI

KALAU MAMPU MEMANG ABANG BELI

Walaupun ramai masih skeptikal dengan jenama Volkswagen. Ramai cakap kos servis mahal dan itu abang akui. Tetapi kalau sudah mampu beli Golf versi R ini, apalah hendak berkira sangat. Tambahan lagi, Volkswagen ada menawarkan servis percuma selama tiga tahun.

Kesimpulannya, abang memang puji spesifikasi dan prestasi Golf R-Line Mk7.5. Kalau ada duit lebih, memang abang nak beli. Jika mahu ulasan abang dan Albakry mengenai Volkswagen Golf GTI, dari Kuala Lumpur ke Melaka 1 jam, apa kata tonton video di bawah.

BACA >>> #RetroAuto: Asal-Usul ‘Kerusi Pelekat’ Volkswagen Golf GTI

Volkswagen Golf GTI MK7.5 - Pandu Uji Bahasa Malaysia
GALERI
Pandu Uji Volkswagen Golf R Line MK7.5
Pandu Uji Volkswagen Golf R Line MK7.5
enjin volkswagen golf R-Line MK7.5 harga volkswagen golf R-Line MK7.5 kereta volkswagen golf R-Line MK7.5 pandu uji volkswagen golf R-Line MK7.5 top speed volkswagen golf R-Line MK7.5 volkswagen golf R-Line MK7.5 review volkswagen golf R-Line MK7.5 test drive
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km
    Pandu Uji

    #PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

    06/01/2026
    Pandu Uji

    #PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

    16/12/2025
    Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025
    Pandu Uji

    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar ‘Hype’?

    18/11/2025
    Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru
    Pandu Uji

    #PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

    22/01/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    QJMotor AX200s recall
    Auto Terkini

    Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

    By Shazwan Hisam17/03/2026
    WMoto NX150S 2026
    Roda2

    Skuter Urbah, WMoto NX150S 2026 Lancar di Malaysia, Harga RM6,688

    By Shazwan Hisam16/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.