Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»#PanduUji: Volkswagen Beetle Sport, Kecil Tapi Mantap!
Pandu Uji

#PanduUji: Volkswagen Beetle Sport, Kecil Tapi Mantap!

Abang GYLBy Abang GYL18/04/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Pandu Uji Volkswagen Beetle SportKE mana saja saya pergi, si Kumbang Jerman ini pasti menjadi perhatian ramai. Tak kira semasa dalam kesesakan lalu lintas mahupun bersiar-siar dalam taman perumahan, ada saja mata memandang.

Ya, si Kumbang yang saya maksudkan ini ialah Volkswagen Beetle Sport. Sepanjang empat hari memandu uji model ini, saya ibarat seperti orang kenamaan VVIP mahupun artis. Mana tidaknya, banyak mata yang memandang terutamanya gadis-gadis lawa.

Lihat pada keseluruhan tubuh badannya, ia tampak tidak banyak beza seperti model Beetle terdahulu. Cuma Volkswagen Beetle Sport ini didatangkan dengan beberapa ciri termasuklah warna baharu iaitu hijau (Bottle Green).

Pandu Uji Volkswagen Beetle SportTAMPAK LEBIH MASKULIN

Antara ciri-ciri baharu ditampilkan dalam Volkswagen Beetle Sport ialah lampu utama bi-Xenon bersama lampu nyalaan siang LED. Ruangan roda pula didatangkan dengan rim aloi 16-inci dan ‘dikahwinkan’ dengan tayar bersaiz 215/60. Secara tidak langsung menjadikan ia tampak lebih maskulin dan menarik.

Ruangan dalaman masih mengekalkan rekaan retro bersama papan pemuka dan mengikut tema warna badan. Ia juga dipadankan dengan sistem pendingin hawa 2-zon Climatronic.

Ruangan audio pula dikomposisikan dengan paparan skrin sentuh bersama App-Connect. Tempat duduk pula dibaluti kulit “Vienna”.

BACA >>> #Spyshot: Foto Volkswagen Golf Mk7 Facelift Sudah Bocor

Pandu Uji Volkswagen Beetle SportENJIN KECIL TAPI BERKUASA

Aspek prestasi masih tidak berubah. Volkswagen Beetle Sport dijana unit enjin pengecas turbo bersesaran 1.2L TSI. Sama seperti varian sedia ada (Beetle design), ia mampu menghamburkan kuasa sebanyak 103hp pada 5,000rpm dan tork puncak 175Nm (1,550 -4,100rpm).

Hasil bantuan kotak gear automatik DSG 7-kelajuan, pecutan sifar ke 100kmj dapat dibuat sepantas 10.7 saat dengan kelajuan maksimum 180kmj.

Mungkin bagi anda yang merasakan enjin 1.2L, 103hp dan 175Nm tidak begitu mengancam. Realitinya, jika anda pencinta sebenar Beetle, kapasiti enjin subkompak itu sudahpun menawarkan lebih daripada cukup pecutan laju. Pendek kata, jenuh juga nak kejar ‘pikap’ kereta kenit itu.

BACA >>> Volkswagen Passat GT (2018) yang Serba Sporty – Enjin V6 3.6L, 280hp

Harga Volkswagen Beetle Sport
Harga Volkswagen Beetle Sport
Pandu Uji Volkswagen Beetle Sport
Pandu Uji Volkswagen Beetle Sport
Harga Volkswagen Beetle Sport
Pandu Uji Volkswagen Beetle Sport

SEDAP DIPANDU

Pengalaman mengemudi jentera ini pula dibayangi rasa tegap dan meyakinkan. Saat menekan pedal minyak. gelombang tork dapat dirasai bila-bila masa ia diperlukan.

Stereng dan penukaran gear bertindak responsif. Volkswagen Beetle Sport juga menawarkan pemanduan dan pengendalian munasabah pada sebarang kelajuan dengan olengan badan minimum.

Dari segi penggunaan bahan api, boleh kira amat menjimatkan. Walau bagaimana, saya tidak sempat merekodkan jumlah penggunaan bahan api dek terlalu seronok memandu sehingga terlupa 🙂

Pada harga RM147,888, saya beranggapan ia sedikit mahal. Saya yakin anda juga mungkin perlu berfikir dahulu sebelum mahu membeli. Akan tetapi, sekiranya anda peminat mahupun pencinta Beetle, harga ini boleh dianggap berbaloi.

Bukan kerana enjin mahupun cirinya, tetapi ciri ikonik yang ada pada Beetle ini masih berkekalan. Apa-apaun, perkhidmatan selepas jualan anda tidak lagi perlu risau. Volkswagen Beetle Sport kini didatangkan dengan jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan.

Bukan itu saja, servis pun Volkswagen bagi percuma sekarang. Ya, anda akan dapat servis percuma selama tiga tahun.

Masih tak cukup lagi? Volkswagen bagi lagi rebat tunai sebanyak RM5,000 bagi varian Beetle Sport dan RM7,000 untuk Beetle Design.

Bagaimana? Terpikat tak dengan Volkswagen Beetle Sport ni?

Pandu Uji Volkswagen Beetle Sport
Pandu Uji Volkswagen Beetle Sport
Harga Volkswagen Beetle Sport
Harga Volkswagen Beetle Sport
Harga Volkswagen Beetle Sport
Harga Volkswagen Beetle Sport
Pandu Uji Volkswagen Beetle Sport
Pandu Uji Volkswagen Beetle Sport
Pandu Uji Volkswagen Beetle Sport
Pandu Uji Volkswagen Beetle Sport
Pandu Uji Volkswagen Beetle Sport
Pandu Uji Volkswagen Beetle Sport
Pandu Uji Volkswagen Beetle Sport
Pandu Uji Volkswagen Beetle Sport
Pandu Uji Volkswagen Beetle Sport
Harga Volkswagen Beetle Sport
Pandu Uji Volkswagen Beetle Sport
Pandu Uji Volkswagen Beetle Sport
Pandu Uji Volkswagen Beetle Sport
Pandu Uji Volkswagen Beetle Sport
Pandu Uji Volkswagen Beetle Sport
Pandu Uji Volkswagen Beetle Sport
Pandu Uji Volkswagen Beetle Sport
Pandu Uji Volkswagen Beetle Sport
Harga Volkswagen Beetle Sport
Harga Volkswagen Beetle Sport
Pandu Uji Volkswagen Beetle Sport
Pandu Uji Volkswagen Beetle Sport
Harga Volkswagen Beetle Sport
Harga Volkswagen Beetle Sport
enjin Volkswagen Beetle Sport Harga Volkswagen Beetle Sport Pandu Uji Volkswagen Beetle Sport Volkswagen Beetle Sport Volkswagen Beetle Sport Malaysia Volkswagen Beetle Sport test drive Volkswagen Malaysia
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km
    Pandu Uji

    #PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

    06/01/2026
    Pandu Uji

    #PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

    16/12/2025
    Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025
    Pandu Uji

    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar ‘Hype’?

    18/11/2025
    Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru
    Pandu Uji

    #PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

    22/01/2026

    1 Comment

    1. Ahmad on 08/03/2018 07:33

      Klu dlm rm100-rm100k mungkin ramai akan beli..

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.