Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»#PanduUji: Toyota Camry (2019) yang Bukan Lagi Sedan Uncle, Kini Lebih Ranggi
Pandu Uji

#PanduUji: Toyota Camry (2019) yang Bukan Lagi Sedan Uncle, Kini Lebih Ranggi

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju02/08/2019
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JIKA memandu Toyota Camry generasi kelapan ini, sudah tentu kelibat sedan ini akan menarik perhatian ramai. Tambahan lagi imej baharu kali ini lebih segak tidak lagi bersegi seperti dulu, sekali gus menepis persepsi lapuk tentang Camry sebagai kereta uncle atau abah.

Selama ini Toyota mengambil pendekatan selamat dalam merekabentuk Camry. Imej bersegi menyebabkan Camry sedikit ke belakang berbanding pesaing lain hingga nampak membosankan buat sesetengah orang. Namun kali ini, Camry bukan lagi sedan yang dulu kerana semua sudah berubah total demi memenuhi kehendak pembeli masa kini.

BACA >>> #KLIMS2018: Toyota Camry Serba Baharu Lancar di Malaysia, Harga RM189,900

LEKUK BADAN RANGGI

Luaran cukup seksi dengan imej ranggi dan sporty. Kematangan Camry (2019) boleh dilihat menerusi penampilan lampu depan tirus bersama projektor LED dan garis gril striking yang begitu menarik perhatian. Bampar depan kini lebih lebar membuatkan Camry nampak agak rendah, manakala penampilan agresif diserlahkan menerusi dominasi warna hitam dan aksen krom pada hujung tepi bampar.

Belakang Camry (2019) kini mengunakan lampu kombi LED panjang dan langsing, seakan memberikan kesan tajam dan melepaskan aura moden dari tepi. Perincian lain yang melengkapkan aura sporty sedan ini dapat dilihat menerusi padanan dwi ekzos kemasan krom dan deretan fon ‘C A M R Y’ di tengah.

Umumnya, nisbah Camry (2019) lebih kecil di belakang, tetapi tidak mempengaruhi kapasiti bagasi yang kekal luas. Entah apa yang berlaku di peringkat dalaman, kumpulan perekabentuk Toyota yang bertanggungjawab menghasilkan Camry baharu ini nampaknya seperti sudah bangkit daripada lena yang panjang.

BACA >>> Tiada Lagi Rekabentuk ‘Abah’, Toyota Camry 2018 Bakal Tampil Lebih Seksi

DALAMAN MEWAH DENGAN MATERIAL LEMBUT

Rekabentuk Camry (2019) seakan menggabungkan trend sedan segmen-D lama dan baharu. Siluet menawan ditampilkan pada papan pemuka menerusi dua garis krom yang ditemukan pada satu titik di bawah unit infotainment.

Dengan bentuk segitiga berlekuk seksi, tentunya rekabentuk baharu ini mampu memanjakan mata semua penumpang dalam kabin. Malah kualiti material yang digunakan sangat baik menerusi fabrik, kulit dan plastik lembut untuk kemasan ruang kabin.

Susun atur butang kawalan juga begitu rapi di konsol tengah papan pemuka yang memberikan ciri ergonomik untuk akses pemandu. Dan saya tidak mengambil masa lama untuk membiasakan diri dengan segala butang kawalan itu.

Bahagian tengah misalnya ada skrin sentuh 8 inci yang siap bertugas untuk menghiburkan penumpang sepanjang perjalanan. Sementara itu, kawalan penyaman udara tiga zon disokong teknologi Nanoe untuk menapis kualiti udara.

BACA >>> Toyota Camry (2019) Kereta Rasmi Kerajaan Negeri Perak – Kos Selenggara Lebih Murah!!!

Rekabentuk stereng Camry (2019) dengan kemasan kulit memberikan genggaman lembut yang selesa dipegang ketika memandu. Ketebalan juga sepadan. Tidak lupa, punat multifungsi tersedia pada dua bahagian stereng untuk kawalan audio, telefon dan kawalan jelajah.

Seperti sedan lain, Camry (2019) mampu memuatkan lima penumpang, termasuk pemandu, tetapi saya berpendapat lebih sesuai untuk empat dewasa dan seorang anak kecil. Ini kerana bahagian tengah kerusi belakang agak sempit kerana tempat penyandar dijadikan perehat tangan untuk penumpang sebelah kiri dan kanan.

Jadi, perjalanan jauh mungkin kurang selesa untuk penumpang tengah belakang, seperti berada atas bonggol unta. Namun, bagusnya, penumpang di tengah akan terlebih dulu rasa sejuk kerana duduk menghadap ventilator penyaman udara belakang. Jika tidak kisah, memang bukan masalah besar.

BACA >>> Honda Accord 2.0T (2018) Kongsi Enjin Civic Type-R (2017), Apakah Sama Hebat?

SANTAI, PELAYAR SEJATI LEBUH RAYA

Jika Indonesia didatangkan dengan dua pilihan model, Malaysia cuma ada varian Camry 2.5V. Suatu hari saya singgah ke kedai alatan sukan di Tanjong Malim, Perak, dan disapa tauke kedai tersebut.

Tauke: Itu Camly balu? Manyak cantik berapa harga?

AI: Dalam RM190,000

Tauke: Waaa manyak mahai dari dulu (muka terkejut)

AI: Sikit mahal la uncle sebab kereta ni 2.5 liter. Sekarang dah pakai platform baharu TNGA dan ada Toyota Safety Sense, serupa macam itu Volvo dan Honda Sensing.

* TNGA – Arkitektur Global Baharu Toyota (Toyota New Global Architecture)

Ceh, macam salesman jual kereta pula gayanya. 😅

Ya… mungkin selepas dapat tahu tanda harga Camry (2019) baharu ini, anda pun berikan respons sama macam tauke kedai itu. Camry baharu ialah model kedua Toyota yang dibina atas platform TNGA di Malaysia. Platform ini bukan saja  lebih kuat, ringan dan kukuh, tetapi juga memberikan kualiti pemanduan dinamik.

Walaupun masih mengekalkan trenkuasa lama, saya berpendapat pengendalian Camry (2019) baharu ini lebih baik berbanding pesaing sekelas. Mungkin ada yang berpendapat enjin lama sedan ini mengurangkan rasa ghairah memandu.

Namun, enjin 2ARFE 4-silinder sebaris, 16 injap 2.5L DOHC dengan teknologi injap variable Dual VVT-i dan Sistem Induksi Kawalan Akustik (ACIS) berkuasa 184ps @ 6,000rpm, dan tork 235Nm @ 4,100rpm, dengan padanan transmisi automatik 6-kelajuan Super ECT, ia sudah cukup memadai untuk memberikan prestasi diinginkan.

BACA >>> LEGO Toyota Camry – Saiz Penuh dengan Berat 2 Tan dan 900 Jam Disiapkan

PEMANDUAN RESPONSIF DAN DINAMIK

Ada berpendapat, Camry (2019) sedikit berat ketika awal pergerakan, tetapi itu juga bukan masalah besar. Respons pendikit dan kotak gear lancar tanpa ada simptom sentakan. Mungkin ketika dipandu perlahan ada terasa sedikit berat, tetapi sebaik meluncur di lebuh raya, sedan ini bertukar menjadi pelayar sejati dengan menawarkan ciri keselesaan terbaik.

Bagi mendapatkan kuasa tambahan, saya cuma perlu tekan pedal minyak lebih sedikit dan Camry (2019) ini tidak menunggu lama untuk meningkatkan halaju. Enjin terus menghantar kuasa ke roda dengan cukup bertenaga. Kestabilan casis harus dipuji, terutama ketika meredah permukaan beralun dan tidak rata sekitar Tanjong Malim.

Casis Camry (2019) juga tidak begitu membuai dan penumpang kekal selesa dalam kabin. Ketika membelok dalam halaju tinggi, kereta ini bertugas dengan baik dengan tahap olengan badan sederhana. Sebagai perbandingan, cuma sedikit di bawah Mazda6.

BACA >>> #PanduUji: Mazda6 SkyActiv-D – Sedan Diesel Serba Ekonomi, Selesa dan Berkuasa

Pujian harus diberikan kepada sistem suspensi double-wishbone untuk roda belakang yang menyumbang kepada faktor keselesaan dinamik dan keselesaan pemanduan.  Ada lagi, kesenyapan kabin atau aspek NVH sedan ini juga cukup baik. Desingan bunyi udara dan kenderaan luar mampu ditapis baik, terutama ketika memecut laju di lebuh raya.

Ketenangan minda pemilik ditingkatkan dengan aspek keselamatan tinggi yang setanding pesaing lain. Antara ciri standard diberikan ialah 7 beg udara, Pemantau Titik Buta (BSM), Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek elektronik (EBD), Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC) dan lain-lain.

Camry (2019) baharu ini juga dipakejkan teknologi keselamatan canggih, Toyota Safety Sense yang terdiri daripada:

  • Sistem Pra-Perlanggaran (PCS)
  • Amaran Tukar Lorong (LDW)
  • Bantuan Stereng
  • Kawalan Jelajah Radar Dinamik (DRCC)
  • Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB)

BACA >>> Toyota Camry (2019) Raih Rating 5 Bintang dengan Skor Tinggi dalam Asean NCAP

KESIMPULAN

Kehadiran Camry (2019) serba baharu ini sebenarnya mengubah pandangan umum tentang sedan segmen-D Toyota yang selama ini digelar kereta pakcik, abah dan uncle. Ini bukan persepsi personal, tetapi juga pengguna lain. Jadi, perubahan dilakukan Toyota kali ini memberikan fiil berbeza tentang dinamika pemanduan bagi sebuah sedan saiz pertengahan sama ada di bandar atau luar bandar.

Nilai ditawarkan Camry (2019) turut membawa sedan ini ke satu tahap berbeza. Mungkin dulu dianggap kereta untuk geng kelab dangdut, tetapi kini ia setahap lebih tinggi. Cuma harga jualan RM196,888 mungkin jadi isu utama untuk dipertimbangkan, terutama kalangan pelanggan berpotensi tertentu.

GALERI
Pandu uji Sedan sedan segmen-D Segmen D Toyota Toyota Camry (2019) Toyota Camry 2.5V Toyota camry kereta rasmi kerajaan perak UMW Toyota Motor
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Toyota Pixis Van BEV, Lagi Bukti Toyota Tidak Abai EV!

02/02/2026
Toyota Vios HEV 2026
Roda4

Toyota Vios HEV 2026 Lancar di Malaysia, Harga Mula RM103,900

29/01/2026
Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km
Pandu Uji

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

06/01/2026
Toyota RAV4 Australia
Auto Terkini

Toyota Kekal Raja Pasaran Australia Tahun ke-23 Berturut-turut, RAV4 Paling Laris

06/01/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

By Syafie30/01/2026
Auto Terkini

Mitsubishi Xforce Serba Baharu Rasmi Mula Dihasilkan di Pekan, Tempahan Dibuka Minggu Ini

By Syafie03/02/2026
Slip Lesen Kenderaan Motor (LKM) @ Road Tax
Auto Terkini

JPJ Henti Keluar Slip LKM (Road Tax) Bercetak Kenderaan Persendirian 1 Februari Ini

By Syafie26/01/2026
Roda2

CFMoto 250 Dual 2026 Rasmi Lancar untuk Pasaran Malaysia, Harga RM9,888!

By Syafie03/02/2026
Jamil Manan Supri | Pengasas dan Penasihat Keselamatan Jalan Raya serta Sukan Permotoran, Persatuan Pakar Keselamatan Jalan Raya (PPKJR),
Auto Terkini

Pakar: ‘Lane Hogger’ Punca Jalan Sesak, Boleh Kena Denda RM2,000

By Syafie26/01/20261
Denza D9 2025
Kenderaan Elektrik (EV)

MPV EV Mewah Denza D9 2025 Kini Fasa Akhir Jualan Sebelum Harga Naik

By Han Othman27/01/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Dedah Empat Model SUV Bakal Dilancar Tahun Ini

By Syafie03/02/2026
Datuk Seri Siti Nurhaliza (Tokti) dilantik duta Wey
Auto Terkini

Tokti Dilantik Duta Wey, Pemilik Pertama GWM Wey G9 Hi4 PHEV 2026

By Syafie29/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.