Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»#PanduUji: Mazda6 SkyActiv-D – Sedan Diesel Serba Ekonomi, Selesa dan Berkuasa
Pandu Uji

#PanduUji: Mazda6 SkyActiv-D – Sedan Diesel Serba Ekonomi, Selesa dan Berkuasa

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju11/02/20171 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


Mazda6 ialah sedan segmen-D milik Mazda yang memiliki karakter sporty hasil sentuhan bahasa rekabentuk Kodo dan teknologi Skyactiv. Berbanding sesetengah sedan saiz pertengahan lain sering kali dikaitkan dengan golongan berumur, Mazda6 bagi saya sedikit istimewa. Kereta ini tidaklah begitu berkotak seperti mana pesaingnya. Bagi mereka berusia 30 tahun sudah sesuai memiliki Mazda6 kerana nuansa eksklusif sporty yang cocok dengan jiwa muda.

Terkini, Mazda Malaysia menambah varian diesel di bawah lencana Mazda6. Sebenarnya Mazda Malaysia tidak terlalu tergesa-gesa mahu memperkenalkan versi ini. Sebaliknya, mereka mengambil masa melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang agak lama. Selepas berpuas hati dan ditambah pula kehadiran diesel gred tinggi, Euro 5 yang semakin meluas di pasaran, barulah Mazda6 versi diesel dilancarkan.

KONGSI ENJIN CX-5 DIESEL

Mazda6 Diesel
Mazda6 Diesel

Mazda6 Diesel dilengkapi enjin 2.2 liter SkyActiv-D, yakni enjin sama digunakan CX-5 Diesel. Mengapa menggunakan kapasiti enjin sedemikian adalah kerana memenuhi syarat regulasi emisi ketat di Eropah. Bagi menyesuaikan diri memandu Mazda6 SkyActiv-D bukanlah masalah besar. Sebelum ini, saya sudah pernah mencuba Mazda6 Skyactiv-G. Penampilan luaran kedua-dua model kekal sama. Sedan ini begitu selesa dikendalikan dan lincah ketika melalui jalan bandar sesak. Malah, anda pasti dapat cepat menyesuaikan diri walaupun bersaiz besar dengan bahagian depan yang agak panjang seperti kereta pony Amerika.

Fokus utama di sini ialah nadi di bawah bonet Mazda6 Skyactiv-D. Tiada masalah jika mahu berkelana jauh kerana sedan diesel ini sememangnya pelayar jarak jauh sejati yang bertenaga. Kelajuan 110kmj boleh dikekalkan pada putaran enjin serendah 2,000rpm. Bukan sahaja bertenaga, tetapi jimat minyak!

Kuasa tork 420Nm boleh diperoleh di awal putaran enjin. Dengan hanya memijak sedikit pendikit, jentera meluncur pantas tanpa sebarang halangan dengan konsisten. Bunyi dan getaran enjin sangat minimum. Malah, pertukaran gear beralih cepat dan halus baik pada posisi gear rendah atau tinggi.

Stereng yang sedikit berat cukup mantap ketika kelajuan tinggi memecut. Hampir tiada gejala melambung ketika mengambil selekoh dalam had laju tinggi. Walaupun bertubuh besar, Mazda6 Diesel mampu melayan selekoh dengan stabil, tajam dan meyakinkan.

SANTAI, JIMAT DAN BERKUASA

Mazda6 Diesel
Mazda6 Diesel

Jika sedikit leka hingga memasuki laluan pengguna lain, ciri bantuan ikut lorong atau Lane-Keep Assist System (LAS) akan berbunyi sebagai tanda amaran. Bonus buat pemilik kenderaan diesel sudah tentulah penjimatan bahan api. Sepanjang saya memandu Mazda6 Diesel menuju ke Pulau Pinang dan bermalam di sana sebelum meneruskan perjalanan ke Kedah, saya hanya mengisi semula minyak – diesel – di Negeri Jelapang Padi itu.

Minyak sebenarnya masih berbaki tiga bar, tetapi saya memutuskan mengisi di BHP Alor Setar kerana risau pula jika tidak sempat menemui stesen minyak yang ada diesel bergred Euro 5. Selepas meneruskan perjalanan, rupa-rupanya tidaklah sukar pun untuk mencari diesel Euro 5 di Kedah. Ternyata andaian penulis salah!

Rekod bahan api yang dicatatkan boleh dikatakan memberangsangkan kerana sepanjang pemanduan, saya kekal mematuhi had laju ditetapkan. Cuma kadangkala spidometer mencecah 170 hingga 180kmj di beberapa lokasi. Memang kena dan padan dengan tagline Zoom-Zoom!

HARGA PREMIUM UNTUK KUALITI

Mazda6 Diesel
Mazda6 Diesel
Mazda6 Diesel
Mazda6 Diesel

Secara peribadi, Mazda6 Diesel paling selesa dan santai dipandu pada kelajuan antara 120 dan 130kmj. Sedan diesel ini bukan sahaja berupaya menghantar kuasa yang diperhalusi, ia juga tampil sporty dengan prestasi torky. Bahagian suspensi menjaga badan Mazda6 dengan baik ketika meredah laluan tidak rata ataupun beralun. Hentakan bonggol dan lubang jalan diredam baik hingga tidak terasa di dalam kabin. Bagaimanapun, suspensi ditala sedikit keras berbanding versi petrol yang lebih lembut.

Suspensi dan casis rigid membuatkan kerusi pemandu dan penumpang lebih empuk dan stabil. Profil tayar 225/45/ R19 menyumbang sedikit bunyi bising di dalam kabin, tetapi tidak begitu mengganggu perasaan. Menyertai adik-beradik model petrol SkyActiv-G, Mazda 6 SkyActiv-D dijual pada harga lebih premium, mencecah lebih RM200,000! Agak mahal berbanding pesaing lain seperti Peugeot 508GT yang menawarkan ekstra kuasa dan tork. Namun, bagi saya model Eropah itu tidak memiliki kemasan dan penampilan seperti Mazda6.

Mazda Malaysia menerusi Mazda6 Diesel menunjukkan betapa mereka lebih mementingkan faktor kualiti berbanding kuantiti. Mungkin itu alasannya model diesel ini diletakkan lebih premium berbanding pesaing lain selain cuba merapatkan jurang antara segmen-D tradisional dan model asas sedan premium buatan Jerman.

SPESIFIKASI

ENJIN 2.2L DOHC Turbo SkyActiv-D
TRANSMISI Automatik 6-kelajuan Skyactiv-Drive
KUASA MAKS 172hp@4,500rpm
TORK MAKS 420Nm@2,000rpm
CIRI 6 beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek Elektronik (EBA), Kawalan Stabiliti Dinamik (DSC), Sistem Kawalan Traksi (TCS), ISOFIX
HARGA Bermula RM202,000

GALERI

Mazda6 Diesel
Mazda6 Diesel
Mazda6 Diesel
Mazda6 Diesel
Mazda6 Diesel
Mazda6 Diesel
Mazda6 Diesel
Mazda6 Diesel
Mazda6 Diesel
Mazda6 Diesel
Mazda6 Diesel
Mazda6 Diesel
Mazda6 Diesel
Mazda6 Diesel
Mazda6 Diesel
Mazda6 Diesel
Mazda6 Diesel
Mazda6 Diesel
Mazda6 Diesel
Mazda6 Diesel
Mazda6 Diesel
Mazda6 Diesel
Mazda6 Diesel
Mazda6 Diesel
Mazda6 Diesel
Mazda6 Diesel
Mazda6 Diesel
Mazda6 Diesel
Mazda6 Diesel
mazda Mazda Malaysia Mazda6 Diesel Mazda6 SkyActiv-D Pandu uji Roda4 sedan segmen-D
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Yamaha GEAREV & NEWS GEAREV – Skuter EV Untuk Penghantaran Jarak 100 KM

    04/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    04/07/2026
    PHEV

    Lamborghini Urus SE Performante Baharu, Kuasa Melonjak Naik, Urus Paling Pantas!

    02/07/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Suzuki e Vitara 2026 Rasmi di Malaysia – EV Pertama Suzuki, Harga Mula RM188,000

    02/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Roda2

    Yamaha GEAREV & NEWS GEAREV – Skuter EV Untuk Penghantaran Jarak 100 KM

    By Abang Hirata04/07/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Mazda Roadster Special Edition PS 2026 Jepun.01
    Roda4

    Mazda Roadster (MX-6) 2027 untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

    By Abang Hirata29/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.