Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#PanduUji: Tentang Teknologi EyeSight pada Subaru XV yang Ramai Tidak Tahu
Autotainment

#PanduUji: Tentang Teknologi EyeSight pada Subaru XV yang Ramai Tidak Tahu

Han OthmanBy Han Othman23/05/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TAHUKAH anda Subaru XV adalah antara pilihan model kenderaan utiliti sukan (SUV) yang berbaloi dibeli? Menarik mengenai SUV segmen-B ini ialah penampilan sporty dengan ciri unik seperti mod off-road, X-Mode, tetapan memori untuk posisi kerusi pemandu, dan teknologi bantuan pemandu EyeSight.

Aidilfitri lalu, saya berkesempatan memandu uji  XV 2.0i-P ES GT Edition yang didatangkan dengan kit badan sporty seperti lip bampar depan dan belakang, rim rekaan khas dan spoiler bumbung.

Dari segi mekanikal, varian ini menawarkan spesifikasi sama seperti model XV 2.0i-P EyeSight dengan enjin boxer petrol 4-silinder 16-injap 1,995cc DOHC dengan transmisi automatik Lineartronic CVT dalam pacuan semua roda (AWD) Symmetrical AWD yang meledakkan kuasa 156ps @ 6,000rpm dan tork 196Nm @ 4,000rpm.

Sebagai makluman, kedua-dua varian XV di pasaran Malaysia dilengkapi ciri EyeSight yang memberikan saya ekstra keyakinan untuk kekal memandu dengan tenang dan selamat sepanjang musim Raya kali ini. Apa yang istimewa mengenai teknologi EyeSight?

Apa Perlu Anda Tahu Tentang Subaru EyeSight?

EyeSight ialah sistem bantuan pemandu yang dibangunkan Subaru untuk  kenderaan moden jenama itu membabitkan beberapa unit sensor dan kamera stereo inovatif. Ciri ini boleh juga disamakan dengan teknologi ditawarkan pesaing lain seperti Toyora menerusi Toyota Safety Sense (TSS), Honda (Honda SENSING), Proton (ADAS), dan Perodua (ASA).

Namun, apakah keunikan teknologi EyeSight pada XV yang saya pandu ini? Mari kita baca bersama:

1. PENGURUSAN TEROTEL PRA-PERLANGGARAN (Pre-Collision Throttle Management, PCTM)

Ciri ini berfungsi mengurangkan output enjin untuk mengelakkan kemalangan jika terotel dalam gear salah. Jadi ciri PCTM ini membolehkan pemanduan anda sentiasa berada dalam keadaan stabil, terkawal dan selamat. Ciri ini mampu mengelak berlaku masalah tertekan pedal yang boleh menyebabkan kemalangan dalam situasi jalan raya sesak.

2. AMARAN KENDERAAN DEPAN MULA GERAK (Lead Vehicle Start Alert, LVSA)

Notifikasi akan berbunyi apabila kenderaan depan bergerak dalam jarak 3 meter. Ini membantu mengelak saya terleka ketika berhenti dalam kesesakan trafik atau di lampu isyarat.

Ciri ini memang bagu kerana fokus pemandu hari ini cenderung terganggu ketika berada dalam lalu lintas sesak atau berhenti di lampu isyarat sama ada menjawab panggilan telefon, membaca mesej, menggunakan telefon pintar atau menukar tetapan unit infotainment.

Jadi tak adalah berlaku lagi masalah teralit di lampu isyarat hingga dihon kereta belakang.

3. AMARAN LENCONG (Lane Sway Warning, LSW)

Pada halaju 60kmj, penggera akan berbunyi dengan indikator amaran menyala jika mengesan kenderaan terpesong dari laluan lurus. Ciri ini sama seperti Amaran Kekal Lorong (LKA), cuma ciri Subaru ini tidak berbunyi sepanjang masa jika dipandu perlahan.

4. AMARAN TUKAR LORONG (Lane Departure Warning, LDW)

Pada halaju kira-kira 60kmj ke atas, sistem akan membunyikan penggera berserta indikator amaran jika saya menukar lorong tanpa memberikan signal belok. Pengajaran berguna buat saya dengan XV, beri sajalah signal setiap kali hendak memotong atau menukar lorong.

5. BREK PRA-PERLANGGARAN (Pre-Collision Braking, PCB)

Sistem bertindak mengesan objek statik atau bergerak di depan, dan mengaktifkan brek untuk mengurangkan atau mengelak impak kemalangan dari depan. Tak berani pula saya nak uji ciri ini kerana setahu saya sistem sebegini cuma diaktifkan dalam situasi kecemasan berdasarkan penilaian komputer sensor. Jangan sebarangan nak langgar kereta belakang pula.

6. KAWALAN JELAJAH AKTIF (Adaptive Cruise Control, ACC)

Apabila diaktifkan, sensor akan mengekalkan halaju mengikut jarak dengan kenderaan depan. Jadi sepanjang memandu, saya tidak perlu menekal pedal minyak, dan membrek sama ada untuk mengekalkan jarak atau berhenti sepenuhnya. Ini kerana sistem ACC akan melakukan semua itu untuk saya.

Ini secara tidak langsung membuatkan pengalaman saya bersama XV sepanjang Raya baru-baru ini menyeronokkan, santai dan penuh keyakinan. Oh, sebelum terlupa, varian GT Edition yang saya pandu uji ini boleh dibeli pada harga  RM146,788, manakala varian standard EyeSight pula berharga RM139,788, lebih murah dalam RM7,000.

Pada harga kompetitif untuk pasaran SUV bukan nasional tempatan, saya rasa XV memang berbaloi dimiliki.

Auto Terkini autotainment Subaru Eyesight Subaru XV (2022) SUV segmen-B SUV subkompak tahukah anda
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

25/03/2026
Auto Terkini

JPJ Ambil Tindakan Ke Atas 14,455 Kenderaan Sepanjang Op HRA 2026

25/03/2026
Auto Terkini

Harga Minyak Global Turun, Harapan Diplomatik Redakan Ketegangan Asia Barat

25/03/2026
Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim, turunkan harga RON95 1.99 seliter mula 30 September ini.
Auto Terkini

MOF: Salah Guna Subsidi BUDI95, MyKad Individu Terlibat Disekat

24/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Autotainment

Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

By Admin PanduLaju12/05/2021
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Auto Terkini

Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

By Abang Hirata20/03/2026
Auto Terkini

KTM 990 RC R 2026 Rasmi di Pasaran Global, Dari RM66,000

By Shazwan Hisam15/10/2025
Autotainment

#TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?

By Han Othman06/02/20192
Roda2

MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

By Shazwan Hisam24/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.