Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»#PanduUji: Proton e.MAS 7 Penuhi Ciri SUV Elektrik untuk Famili Malaysia!
Pandu Uji

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Penuhi Ciri SUV Elektrik untuk Famili Malaysia!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju05/02/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PRO-NET baru-baru ini mempelawa sekumpulan wakil media untuk sesi pandu uji kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik penuh (EV) terbaharu jenama itu, iaitu Proton e.MAS 7.

Sebanyak 10 SUV Proton e.MAS 7 membabitkan dua varian dipandu kira-kira 30 petugas media dari Selangor ke Melaka sebelum masing-masing kembali ke Pusat Kecemerlangan Proton (COE) di Shah Alam.

Berbeza kebanyakan sesi pandu uji dibuat pengeluar, peserta kali ini dibiarkan bebas hampir tiga hari untuk meneroka dan merasai sendiri penjagaan sepenuhnya EV berkenaan.

Varian disediakan terdiri daripada dua unit varian asas Prime dan lapan unit varian Premium. Penulis menjadi penumpang varian Premium dalam perjalanan ke Melaka, dan memilih menguji varian asas sebaik saja berada di kota Melaka.

Perbezaan kedua-dua model itu membabitkan beberapa ciri dengan aspek terbesar ialah kapasiti bateri dan cerita ini pernah penulis laporkan sebelum ini.

APA RASA BERADA DALAM PROTON E.MAS 7?

Ulasan yang penulis berikan di bawah ini adalah apa yang dirasai sendiri dan tidak semestinya senada dengan individu lain. Berikuta apa yang penulis rasa:

  • Tidak banyak perbezaan dapat dilihat dari pandangan mata kasar ketika menaiki varian Prime atau Premium sebagai seorang penumpang pada waktu siang.
  • Bumbung panoramik atau lampu ambien (hanya varian Premium) sebenarnya tidak begitu bermanfaat, tetapi mungkin bermakna kepada mereka yang menyukai hiasan kosmetik, atau mahu mendapatkan lebih nilai atau fiil eksklusif memiliki SUV berkenaan.
  • Aspek keselesaan tempat duduk dan ruang kabin melangkaui jangkaan penulis. Cukup luas sampai boleh silang kaki ketika duduk di kerusi belakang. Ini bonus untuk keselesaan seisi keluarga.
  • Corong penyaman udara pada papan pemuka di depan dan belakang boleh diubah arah haluan angin sejuk.
  • Stereng bukan bentuk bulat penuh kerana permukaan bawah dan atas sedikit rata. Perlu mengambil masa untuk membiasakan diri, terutama kepada pemandu yang sudah terbiasa memandu stereng bulat.
  • Suspensi kekal lembut walaupun didakwa Proton sudah dipertingkat. Olengan badan SUV dapat dikesan ketika membelok pada halaju sederhana dan terasa sedikit membuai.
  • Bagi berlaku adil, Proton e.MAS 7 ialah SUV famili dan suspensi ditala lembut sebenarnya menyumbang kepada aspek keselesaan. Jangan lupa SUV itu ‘memikul’ beban bateri yang menjadi ‘enjin’ model ini.
  • Paparan unit infotainmen skrin sentuh dan kluster  instrumen memaparkan kualiti grafik dengan resolusi berkualiti tinggi yang mana maklumat penting kenderaan mudah dilihat.
  • Masih belum ada konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto buat masa ini. Ciri itu mungkin akan diperkenalkan tidak lama lagi.

  • Butang kawalan pada stereng dicetak dengan simbol ‘bukan konvensional’.
  • Sistem navigasi mudah digunakan, tetapi agak mengelirukan dan banyak perkara perlu ditambah baik. Sepanjang penggunaan, peta digunakan agak tidak lengkap dan mengelirukan (misalnya, gagal mengenal pasti lorong sehala).
  • Pengendalian stereng sesuai untuk sebuah SUV yang membolehkan pemandu merasai sentuhan tayar atas pemukaan jalan. Ini jauh lebih baik berbanding sesetengah SUV lain dari China yang menawarkan respons stereng ‘semacam tak ada’.
  • Bunyi luaran (angin dan tayar) mudah didengari ketika berada dalam kabin. Apapun, satu ciri yang tetap tidak disukai ialah bunyi (jingle) van aiskrim ketika memandu pada halaju bawah 30kmj.

  • Untuk varian Prime, catatan penggunaan tenaga elektrik boleh mencecah paras 11kWh per 100km jika memandu secara berhemah. Kelajuan maksimum sebenarnya boleh dicapai hingga 181kmj.
  • Tempoh mengecas 30 hingga 80 peratus mengambil masa dalam julat 20 minit jika menggunakan pengecas pantas (DC).
  • Proton mendakwa kos mengecas pek bateri sebenarnya lebih murah berbanding kos petrol, iaitu pada kadar satu pertiga, manakala jangka hayat bateri boleh bertahan hingga 400,000km.
  • Ruang but besar. SUV ini juga sarat dengan ruang simpanan termasuk pemegang cawan dalam kabin.
Kenderaan Elektrik (EV) Pandu uji Pandu Uji Proton e.MAS 7 panduuji Proton Proton e.MAS 7 2025 Proton e.MAS7 Roda4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    27/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.