Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»#PanduUji: Nissan X-Trail (2019) – 2.0L 2WD Hybrid vs 2.5L 4WD, Mana Satu Jadi Pilihan?
Pandu Uji

#PanduUji: Nissan X-Trail (2019) – 2.0L 2WD Hybrid vs 2.5L 4WD, Mana Satu Jadi Pilihan?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju10/05/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JIKA diamati, trend pengguna antarabangsa mula beralih kepada segmen kenderaan utiliti sukan (SUV). Malaysia juga tidak terkecuali, kita dapat lihat kehadiran model seperti Honda CR-V, Proton X70 dan Perodua Aruz mendapat sambutan hangat. Perubahan ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada segmen kenderaan sedan yang semakin merudum.

Seperti mana laporan kami sebelum ini, susulan perubahan trend itu, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) memutuskan menghentikan Nissan Teana untuk pasaran tempatan dan digantikan dengan tambahan varian Nissan X-Trail (2019). Baru-baru ini, wakil pengedar rasmi jenama Nissan di Malaysia itu membawa pihak media permotoran untuk memandu uji SUV tersebut ke Tasik Banding di Hutan Belum, Perak.

BACA >>> Nissan X-Trail Facelift Buka Tempahan Serendah RM139k, Ada Tambahan Varian Hybrid

Sepanjang sesi pandu uji itu, ada dua varian disediakan: X-Trail 2.0L 2WD Hybrid dan X-Trail 2.5L 4WD. Sayangnya saya hanya berpeluang memandu unit hibrid sekejap saja kerana pada hari pulang ke Kuala Lumpur, kami menerima unit X-Trail 2.5L 4WD. Jadi, tidak banyak dapat saya sembangkan tentang varian hibrid di sini.

NISSAN X-TRAIL 2.0L 2WD HYBRID -RM159,888

X-Trail Hybrid dijana enjin MR20DD 2.0L DOHC Twin CVTC suntikan terus berkuasa 142hp @ 6,000rpm dan tork 200Nm @ 4,400rpm, manakala motor elektrik memberi tambahan kuasa 39hp dan tork 160Nm.

Hantaran kuasa ke roda disalurkan menerusi transmisi X-tronic CVT yang dikemas kini dengan mod manual 7-kelajuan. Berdasarkan pengalaman memandu kedua-dua unit (hibrid dan petrol), saya sebenarnya langsung dapat rasa perbezaan pengendalian. Tanpa ragu-ragu, pengenalian hibrid semacam lebih mantap!.

BACA >>> Nissan X-Trail ‘Facelift’ Tampil Teknologi Semi-Autonomi, Rupa Lebih Mengancam

Dalam konteks hantaran kuasa, X-Trail Hybrid mampu memberikan respons segera. Memang ada sedikit efek lengah apabila menginjak pedal minyak, tetapi tidaklah terlalu lambat.

Perbezaan paling ketara sebaik saja duduk di belakang stereng hibrid ialah karakter pengendalian. Tidak terlalu berlebihan jika saya katakan, pemanduan X-Trail Hybrid lebih mantap berbanding varian lain. Talaan stereng yang sedikit berat membolehkan saya merasai cengkaman dan sentuhan langsung tayar atas jalan ketika memandu. Satu bonus lagi, dapat pula menyelusuri sepanjang laluan berselekoh di Banding.

BACA >>> #PanduUji: Nissan X-Trail Generasi Ke-3 Ada Umphh!!!

Pengendalian X-Trail Hybrid begitu tepat dan olengan badan juga sangat minimum. Mungkin tambahan berat bateri lithium-ion menyumbang kepada kestabilan SUV ini terutama ketika memandu laju. Alangkah bagus jika talaan stereng sama turut ditawarkan pada varian lain.

Kesenyapan kabin atau NVH ditambah baik pada bahagian lantai, papan pemuka dan badan kenderaan. Kemas kini baharu itu menjadikan kabin senyap dengan kemasukan kadar angin ke dalam kabin minimum. Jadi cukup tenang untuk kita berbual dengan penumpang lain.

Versi hibrid hanya didatangkan dengan pacuan dua roda (2WD) dan lima kerusi, tidak seperti varian lain yang ada dua lagi tambahan kerusi di belakang. Ini kerana bahagian belakang dibuat khas sebagai ruang bateri lithium-ion. Malah, lantai but belakang juga sedikit tinggi.

BACA >>> Honda CR-V (2019) Euro Spec – Kini dengan Varian 7-Kerusi, dan Enjin Hibrid

Posisi but tinggi sebenarnya memudahkan kita memasukkan barang, dan ditambah pula ciri pintu but belakang elektrik yang boleh dibuat dengan hanya mengimbas pergerakan kaki saja.

Demi ketenangan minda pemilik X-Trail Hybrid didatangkan dengan ciri keselamatan seperti:

  • 6 beg udara
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
  • Kawalan Dinamik Kenderaan (VDC) dengan Sistem Kawalan Traksi (TCS)
  • Bantuan Brek (BA)
  • Agihan Brek Elektronik (EBD)
  • Sistem Brek Jana Semula Koperatif (CRBS)
  • Brek Parkir Elektronik (EPB) dan Auto Hold
  • Bantuan Daki Bukit (HSA)
  • Pautan kerusi kanak-kanak ISOFIX
  • Bantuan gelincir terhad aktif (ABLS)
  • Tali keledar prategang dan pengehad beban
  • Tali keledar pengekang kunci kecemasan (ELR) 3 poin

SUV ini turut mendapat pakej bantuan pemanduan pintar yang lengkap, Nissan Intelligent Mobility, terdiri daripada:

  • Amaran Perlanggaran Depan Pintar (iFCW) dengan Brek Kecemasan Depan Pintar (iFEB)
  • Kawalan Jelajah Pintar (iCC), dari 32-144kmj
  • Bantuan Suluh Tinggi (AHB)
  • Amaran Tukar Lorong (LDW)
  • Amaran Titik Buta (BSW)
  • Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)
  • Monitor Pandang Keliling Pintar (iAVM) dengan Pengesan Objek Gerak Pintar (iMOD)
  • Kawalan Pandu Pintar (iRC)
  • Brek Enjin Pintar (iEB)

Harga X-Trail Hybrid ialah RM159,888 seunit.


NISSAN X-TRAIL 2.5L 4WD – RM153,888

Beralih kepada X-Trail 2.5L 4WD, varian ini dipandu uji dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, dana saya memandu dari Belum Rainforest Resort menuju ke Ipoh, Perak. Memang rasa perbezaan ketara pada bahagian stereng yang lebih ringan ketika melayan selekoh. Ini secara langsung memberi kesan ke atas pengendalian apabila ingin masuk dan keluar selekoh.

Malah, ketika berada dalam pegun X-Trail 2.5L 4WD mengambil sedikit masa untuk bergerak. Bagaimanapun, enjin petrol QR25DE-K2 2.5L Twin CVTC berkuasa 169hp @ 6,000rpm dan tork 233Nm @ 4,000rpm ini cukup selesa meluncur di lebuh raya.

BACA >>> #PanduUji: Proton X70 yang Bukan Bishe Bishe

Padanan gear X-Tronic CVT dengan mod manual 7-kelajuan menawarkan hantaran kuasa lancar tanpa sentakan. Sebenarnya, tetapan stereng ringan ada kelebihan dan kelemahan. Pendapat saya, pemanduan dalam bandar ketika trafik padat atau memarkir kenderaan akan jadi cukup mudah, terutama pemandu wanita.

Cuma respon stereng dan tayar menyukarkan saya merasai ketajaman pengendalian berbanding versi hibrid. Bagaimanapun, sistem Mode Intelligent 4×4 yang tersedia cukup membantu ketika mahu melayan selekoh. Mahu lebih mudah, tetapkan mod pada tombol Auto, dan sistem akan menentukan sendiri sistem pacuan manakah  yang sesuai mengikut gaya pemanduan.

X-Trail 2.5L 4WD memiliki semua ciri keselamatan lengkap, termasuk pakej bantuan pemandu Nissan Intelligent Mobility, kecuali CRBS (untuk hibrid sahaja), tetapi juga ada ciri khas yang tiada pada varian hibrid, iaitu kawalan pacuan empat roda pintar Intelligent 4×4, Kawalan Turun Bukit (HDC), dan wiper pengesan hujan.

BACA >>> SUV Nissan Paling Laris, Qashqai N-Motion Kini Tampil Lebih Menarik

Berdasarkan pengalaman memandu uji, jika disuruh memilih antara X-Trail 2.0L Hybrid dan X-Trail 2.5L 4WD, maka varian hibrid paling memuaskan dan sedap dipandu. Cuma satu hal yang perlu dipertimbangkan, iaitu kos yang diperlukan untuk menggantikan unit bateri. Menurut ETCM, jika perlu menukar bateri hibrid, kos yang perlu ditanggung ialah sekitar RM25,000. Ini mungkin antara faktor yang perlu anda fikirkan sebelum membeli. Apapun, selagi dalam waranti pengeluar, tiada apa perlu dirisaukan.

GALERI

NISSAN X-TRAIL 2.0L 2WD HYBRID 

NISSAN X-TRAIL 2.5L 4WD

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Nissan Nissan X-Trail 2.0L 2WD Hybrid Nissan X-Trail 2.5L 4WD Nissan X-Trail Facelift (2019) Pandu uji SUV SUV kompak premium
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Nissan Skyline Bakal Kembali!

    14/04/2026
    Nissan Sakura 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

    13/04/2026
    Nissan GT-R R36 Concept
    Roda4

    Nissan GT-R R36 Sah Guna Hibrid dengan Enjin VR38 V6, Tiba Sebelum 2030?

    09/04/2026
    Proton X50 2026 Quartz Black
    Roda4

    Proton X50 2026 Terima Warna Quartz Black, Gantikan Passion Red

    09/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

    By Syafie14/04/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Nissan Sakura 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

    By Abang Hirata13/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Aveta Serra 125 2026
    Roda2

    Aveta Serra 125 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088!

    By Syafie13/04/2026
    Honda ZR-V Cross Touring 2026 MUGEN
    Aksesori

    MUGEN Perkenal Kit Aero Honda ZR-V 2026

    By Abang Hirata10/04/2026
    Proton X50 2026 Quartz Black
    Roda4

    Proton X50 2026 Terima Warna Quartz Black, Gantikan Passion Red

    By Shazwan Hisam09/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.