Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»#PanduUji: Mazda CX-5 Diesel AWD yang Seksi, Seronok Dipandu dan Jimat!
Pandu Uji

#PanduUji: Mazda CX-5 Diesel AWD yang Seksi, Seronok Dipandu dan Jimat!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju23/08/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


GENERASI pertama Mazda CX-5 versi pemasangan tempatan (CKD) memulakan pengeluaran sejak 2013 dan sepanjang tempoh tiga tahun, jualan model Mazda itu di peringkat Asean meningkat hampir 41 peratus. Pertumbuhan itu jelas menunjukkan hubungan langsung Mazda dan peminatnya, selain komitmen diberikan rakan pengilang, jualan dan perkhidmatan.

GAYA YANG DRAMATIK

Kalau lihat rekabentuk, CX-5 membawa aura dan marque daripada model-model terdahulu. Keseluruhan, mata kita  dengan mudah dapat mengecam itu ialah CX-5. Ada beberapa elemen rekabentuk diambil daripada CX-9, seperti bonet panjang, gril terapung dan ciri (atau falsafah) khas Kodo baharu.

Jujur, memang cantik dan seakan CX-9 yang dipotong jadi 5 kerusi. Lampu depan tirus memberikan pandangan tajam dari arah depan dan dilengkapkan gril diberikan aksen krom lebih besar dengan logo Mazda 3D.

BACA>>>Mazda CX-5 (2017) Serba Baharu CKD Dilancarkan, Harga Bermula RM134k, Varian Diesel Paling Premium

Cuma lampu kabus agak kecil dan tidak begitu terang pada malam dengan limpahan cahaya lebih kepada jarak dekat. Nampak sekadar mahu berfesyen, tetapi memang penampilan kenderaan utiliti sukan (SUV) ini cukup menawan. Menjenguk ke belakang, rekaan lampu juga tirus dan kecil sama seperti di depan, sekali gus menyerlahkan padanan rekabentuk yang harmoni dan tersendiri berbanding generasi terdahulu.

ROMBAKAN BESARAN DALAM KABIN

Sekiranya pernah memandu atau melihat versi sebelum ini, anda pasti mengecam transformasi dilakukan ke atas kabin CX-5. Papan pemuka berubah total dengan rekabentuk kini lebih moden. Paling dihargai, tiada lagi plastik keras dan digantikan material lembut premium.

Namun, ada beberapa rekabentuk kekal sama seperti butang kawalan penyaman udara dual-zon dan ciri lain seperti butang kawalan konsol tengah. Posisi duduk sangat ergonomik, boleh dikatakan antara terbaik dalam segmen SUV kompak. Pandangan depan terbentang luas dan kedudukan pilar-A tidak begitu menghalang pemandu melihat bahagian sisi depan.

Walaupun ruang kaki dan kepala tidak jauh berbeza daripada versi lama, penumpang belakang kekal selesa. Cukup untuk tidak membuatkan mereka yang berketinggian 180sm tidak penat. Melengkapi gaya hidup masa kini, CX-5 dilengkapkan dua palam USB pada perehat tangan di tengah kerusi belakang.

BACA >>> Mazda CX-5 Serba Baharu Kini Di Malaysia – Inilah SUV Paling Awesome; Menggiurkan!

Pengalaman memandu atas lebuh raya kini semakin dinikmati dengan kondisi kabin yang senyap. Bunyi getaran suspensi dan angin dari luar terasa berkurangan drastik. Menurut Mazda, CX-5 ini dipasangkan beberapa pengimbang (balancer) dan peredam bunyi di beberapa poin yang dikesan menghasilkan bising dan getaran. Hasilnya, kenderaan masih kekal senyap walaupun kelajuan sudah mencapai kelajuan 140kmj. Bunyi bising enjin (tipikal kereta diesel) juga dikedap semaksimum sebaik saja pintu ditutup.

ENJIN DIESEL YANG RESPONSIF, JIMAT


CX-5 yang dipandu uji ini ialah varian CX-5 2.2L GLS SKYACTIV-D AWD. Ada apa dengan model diesel? Cuma dua perkataan jimat dan responsif. Sebagai makluman, model diesel Mazda di Malaysia hanya menggunakan bahan api jenis Euro 5. Bagaimanapun, bukan masalah besar kerana sudah ada banyak stesen minyak menawarkan bahan api jenis itu.

Dengan hanya menginjak sedikit pendikit, jentera meluncur cepat tanpa sebarang halangan. Malah hantaran gear disalurkan pantas dan halus, tidak lengah atau tersentak sama ada dalam gear tinggi atau rendah. Tork 420Nm yang dicapai pada rev enjin rendah menjadikan CX-5 begitu berkuasa dan mudah dikendalikan. Apatah lagi dipadankan dengan sistem pacuan semua roda (AWD). Lengkap!

Dalam hal fun to drive pun CX-5 tidak pernah meragukan.  Ketika meredah laluan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menuju Pulau Pinang, kestabilan jentera ini kekal mantap walaupun dipandu dalam kelajuan 160kmj, termasuk ketika menempuh permukaan jalan tidak rata dan selekoh tajam. Ciri G-Vectoring membuatkan CX-5 sentiasa mantap di selekoh, ditambah pula padanan stereng kuasa elektronik (EPS).

Enjin diesel semestinya menawarkan tahap kecekapan bahan api terbaik. Kelajuan maksimum 110kmj boleh dikekalkan pada rev 2,000rpm, yang memberikan tanda tidak perlu kerap melawat stesen minyak. Setangki penuh dari Shah Alam ke Juru, Pulau Pinang, dan pulang semula ke Shah Alam, saya hanya mengisi semula minyak di Kampar dengan jarak perjalanan masih berbaki 200km.

Oh… satu benda yang saya perasan ialah apabila pemandu dikesan seakan mengantuk, sistem Amaran Perhatian Pemandu atau Driver Attention Alert (DAA) akan memaparkan amaran pada meter berupa imej secawan kopi sebagai peringatan supaya pemandu berhenti berehat seketika.

BACA >>> Mazda CX-5 Skyactiv Diesel Terima Anugerah Crossover Of The Year 2016

Kesimpulan, CX-5 ialah evolusi daripada revolusi dicetuskan generasi terdahulu. Ini bukan berita buruk, sejak generasi awal dulu, SUC itu sudah cukup memukau ramai pemerhari, terutama dalam aspek pengendalian. Di luar sana ada cukup banyak SUV kompak yang menawarkan ruang luas dan selesa. Namun, jika anda mahukan SUV yang mampu menawarkan keseronokan memandu dengan pengendalian dan prestasi enjin baik dalam gaya badan serba seksi, CX-5 perlu anda masukkan dalam senarai.

SPESIFIKASI

MAZDA CX-5 2.2L GLS SKYACTIV-D AWD

ENJIN: SKYACTIV-D 2.2L DOHC AWD
KUASA: 173hp @ 4500rpm
TORK: 420NM @ 2000rpm
KELAJUAN MAKSIMUM: 206kmj
TRANSMISI: Skyactiv Drive 6-kelajuan
HARGA: RM168,000

GALERI
bermaz Motor Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) mazda Mazda CX-5 2017 Mazda CX-5 Diesel Mazda CX-5 Diesel AWD Mazda Malaysia Pandu uji Roda4 SUV SUV kompak
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    04/07/2026
    PHEV

    Lamborghini Urus SE Performante Baharu, Kuasa Melonjak Naik, Urus Paling Pantas!

    02/07/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Suzuki e Vitara 2026 Rasmi di Malaysia – EV Pertama Suzuki, Harga Mula RM188,000

    02/07/2026
    Pandu Uji

    #PanduUji: Lenjan GAC GS3 Emzoom di Sepang, SUV Segmen-B yang Boleh Diajak Bincang

    01/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Roda2

    Yamaha GEAREV & NEWS GEAREV – Skuter EV Untuk Penghantaran Jarak 100 KM

    By Abang Hirata04/07/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Mazda Roadster Special Edition PS 2026 Jepun.01
    Roda4

    Mazda Roadster (MX-6) 2027 untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

    By Abang Hirata29/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.