Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»#PanduUji: Isuzu D-Max 1.9L Ddi Blue Power – Serius Ada Power, dan Jimat Minyak!
Pandu Uji

#PanduUji: Isuzu D-Max 1.9L Ddi Blue Power – Serius Ada Power, dan Jimat Minyak!

Abang GYLBy Abang GYL19/09/20192 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEBELUM Isuzu D-Max 1.9L Ddi Blue Power dilancarkan secara rasmi di Malaysia, abang awal-awal lagi sudah memandu uji trak pikap ini di Thailand. Boleh dikatakan penantian yang sangat berbaloi kerana D-Max baharu ini  tampil dengan kuasa enjin lebih baik, kadar emisi rendah, dan penjimatan bahan api tinggi.

LAGI POWER, LAGI JIMAT MINYAK!

D-Max baharu dikuasakan enjin 1.9L Ddi Blue Power berkuasa 148hp @ 3,600rpm, dan tork 350Nm @ 1,800rpm – 2,600rpm, ditingkatkan 9 peratus berbanding model lama. Walaupun ramai pembaca komplen enjin 1.9L yang lembap, tapi abang tak setuju kerana kuasa ditawarkan mencukupi. Pasal pengalaman pemanduan, abang ada komen panjang lebar dalam video di bawah.

BACA >>> Isuzu D-Max 1.9L Ddi Blue Power Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Bermula RM79k

Hal lain yang abang suka pasal D-Max baharu ini ialah tahap penjimatan bahan api ditawarkan. Buat masa sekarang, model ini adalah trak pikap paling jimat yang abang pernah pandu uji di Malaysia. Memang kena sangat dengan status kenderaan cekap tenaga (EEV) yang diberikan.

Jangan tak tahu, D-Max 1.9L Ddi Blue Power ialah trak pikap pertama Malaysia yang mendapat pengiktirafan EEV.

TAHAN LASAK

Di Thailand, D-Max ialah antara trak pikap paling digemari kerana reliabel dan tahan lama. Versi enjin kali ini pula direka untuk menjadi penanda aras baharu dalam segmen trak pikap yang bukan sekadar berketahanan tinggi, tetapi juga berkuasa dan cekap tenaga.

BACA >>>> #Spyshot: Isuzu D-Max (2020) Serba Baharu Dikesan dengan Kabin Tambahan

BERAPAKAH HARGA?

Ada 11 pilihan varian ditawarkan kepada pembeli Malaysia dengan harga seperti berikut:

ISUZU D-MAX (TYPE B – SINGLE CAB)

  • 1.9L 4X4 (MT) – RM85,000
  • 3.0L 4X4 (MT) – RM91,000

ISUZU D-MAX (TYPE B – DOUBLE CAB)

  • 1.9L 4×2 (MT) Low Ride – RM79,000
  • 1.9L 4×2 (MT) High Ride – RM86,000
  • 1.9L 4×4 (MT) Type B – RM96,000
  • 1.9L 4×4 (MT) Premium – RM105,000
  • 1.9L 4×4 (AT) Type B – RM104,000
  • 3.0L 4×4 (MT) Type B – RM104,000

ISUZU D-MAX (PREMIUM – DOUBLE CAB)

  • 1.9L 4X2 (AT) High Ride – RM99,000
  • 1.9L 4×4 (AT) Premium – RM115,000
  • 3.0L 4×4 (AT) Premium – RM119,000

MAMPUKAH SAINGI MODEL TRAK PIKAP LAIN DI MALAYSIA?

Secara peribadi, rupa luaran Isuzu agak ketinggalan jika dibandingkan pesaing lain kerana masih cuba mengekalkan DNA sama seperti model-model terdahulu. Hanya sedikit perubahan kosmetik. Bagaimanapun, ada beberapa ciri menarik yang dimiliki jentera ini, tetap tiada pada pesaing lain.

Apakah ciri yang dimaksudkan itu? Jom layan video di bawah ini. Ingat, tengok sampai habis!

BACA >>> Isuzu D-Max Baharu Trak Pikap Pertama EEV di Malaysia, Harga Mula RM85k

* Durasi 15:10 minit

1.9L Dddi Power D-Max Enjin 1.9L Ddi Isuzu Enjin Isuzu D-Max 2019 Harga baharu Isuzu harga Isuzu D-Max 2019 Isuzu Isuzu D-Max Isuzu D-Max 2019 Isuzu D-Max Ddi Power Isuzu D-Max Ddi Power 1.9L Isuzu D-Max facelift 2019 Pandu uji pandu uji Isuzu D-Max review Test Drive Trak pikap trak pikap malaysia
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    KGM Musso Rhino di UK
    Trak dan Lori

    KGM Musso Rhino, Musso Rhino+ 2027 Lancar di UK

    08/07/2026
    Pandu Uji

    #PanduUji: Lenjan GAC GS3 Emzoom di Sepang, SUV Segmen-B yang Boleh Diajak Bincang

    01/07/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Perodua QV-E Kini Sudah Ada Di Borneo

    30/06/2026

    2 Comments

    1. zannuri bin muhd hayon on 20/09/2019 23:22

      dari segi mantenance,perjalanan jarak jauh…mane yg lebih elok,tahan lasak….manual ke auto ye

      Reply
    2. MOKHTAR MOHAMED NOR on 21/09/2019 11:57

      Enjin bagus design ok 1 je masalah dmax ni yg sampai skrg tk d buat penambah baikkan,,,pasti akan lebih laku jika d max lebih condongkan kerusi belakang dan panjangkan sedikit kabin 50 ke 100mm sepertimana mitsubishi triton,,,,selagi mana kerusi belakang dmax masih seperti ini ruang kelegaan dia bubuh la enjin sehebat mana pun agak sukar untuk bertahan lama satu2 produk mereka d minati,,skrg 4×4 dah bukan kenderaan untuk kerja semata2,,kini ramai org juga mengunakan 4×4 ni sebagai kenderaan harian,,,dgn julat harga yg d berikan dmax skrg org sukar nk memilih dmax kerana pesaing menawarkan lebih ruang dan keselesaan kabin serta lebih kekuatan mengangkat beban,,,4×4 org tk berapa kisah dgn rupanya

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.