Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»#PanduUji: Haval H1 – Tegap Macam SUV, Lincah Macam Hatchback
Pandu Uji

#PanduUji: Haval H1 – Tegap Macam SUV, Lincah Macam Hatchback

Han OthmanBy Han Othman07/09/2018
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ADA dua model kenderaan utiliti sukan (SUV) dibawa HAVAL untuk pasaran Malaysia, H1 dan H2. Model yang saya ulas dalam artikel pandu uji ialah Haval H1. Saya tahu nama yang serba ringkas dan seakan sama ini membuatkan ramai keliru, termasuk saya juga dulu. Tetapi mudah saja untuk ingat sebenarnya, H1 ialah adik yang lebih kecil, dan H2 pula abang  besar dengan ciri premium?

Dalam pasaran, Haval H1 berada dalam kelas SUV subkompak atau segmen-B seperti Honda HR-V. Namun, pada masa sama si abang, H2 turut berkongsi segmen sama, pun subkompak. Bezanya, H2 dibina daripada arkitektur crossover, atau setepatnya dipanggil CUV, sama seperti apa dimiliki HR-V yang dibina atas platform hatchback, Jazz.

BACA >>> #PanduUji: Selepas Kenal Jenama H Ini, Anda Pasti Tidak Percaya SUV Ini Dari…

Ini bermakna Haval menawarkan dua pilihan model SUV subkompak kepada pembeli Malaysia. Saya pula lebih gemar memposisikan H1 dalam kelompok hatchback segmen-B seperti Myvi, Iriz dan Jazz. Tetapi, Kalau mahu dibandingkan dengan SUV juga, Nissan X-Gear ialah perbandingan paling munasabah secara apple-to-apple.

LUARAN – TEGAP SEPERTI SUV, LINCAH SEPERTI HATCHBACK

Dari luar sosok Haval H1 serba jingga ini memang nampak seperti SUV yang dapat dilihat pada jarak kelegaan tanah tinggi, penutup gerbang roda, rel bumbung dan suspensi ditala tinggi. Semua ini ialah ciri tipikal sebuah SUV. Warna jingga begitu menyerlah hingga menonjolkan paras rim dan aksen krom dan kelabu sekeliling kereta seperti gril, rel, kemasan bampar depan dan belakang, perumah lampu kabus, hendal pintu, sil pintu dan ventilator atas bonet.

Warna ini agak menjolok mata dan saya secara peribadi lebih gemarkan warna perak kerana lebih minimalis dengan mainan kontras hitam saja. Pandangan depan nampak gagah, manakala rupa belakang meruncing dan kurus ke atas, seakan tetiba jadi begitu.

Tulisan ‘H A V A L’ yang disusun sepanjang belakang but kelihatan elegan, tetapi saya kurang gemar dengan lencana berlatarkan warna merah pada gril depan. Rasanya lebih anggun diberikan latar hitam kerana warna itu lebih universal dan ‘masuk’ dengan apa saja warna badan kereta, selain dapat memberikan imej mewah.

DALAMAN – LUAS DAN UP-TO-DATE

Duduk dalam kabin, entah macam mana saya dapat rasa satu perasaan sama seperti berada dalam Myvi (generasi 2). Baru saya perasan yang rekaan panel pintu, dan tuil suis di kiri-kanan stereng saling tidak tumpah dengan model popular itu. Cuma posisi duduk Haval H1 lebih tinggi. Namun, secara kasar ruang dalaman sama luas seperti Myvi. Cukup selesa untuk penumpang depan dan belakang, apatah lagi pemandu.

Menarik tentang Haval H1 ialah ciri kabin premium yang ditawarkan ketiga-tiga varian: Comfort, Premium dan Elite seperti set infotainment double-DIN dengan sambungan Bluetooth, sensor undur, dan kawalan jelajah. Ada juga peranti kad tol ala Smart Tag terbina dalam di konsol gear. Cuma masukkan kad dan anda boleh terus semak baki sebelum melintas masuk mana-mana lorong Smart Tag. Tidak perlu lagi peduli pasal bateri, cuma perlu top up Touch n’ Go saja.

Tidak cukup itu, H1 didatangkan juga ciri keselamatan lengkap seperti imobiliser, Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek Hidraulik (HBA),  Bantuan Mula Daki (HHC) dan dan Sistem Kawalan Traksi (TCS). Sekali lagi ulang, semua ciri ini standard untuk semua varian H1! Puas hati beb.

PANDU UJI – AMT BERI FIIL MEMANDU MANUAL

Haval H1 dipacu enjin petrol 4 silinder 1.5L aspirasi natural (NA) VVT MPI berkuasa 105hp @ 6,000rpm dan tork 138Nm @ 4,200rpm dengan transmisi automatik manuat, juga dipanggil semi automatik (AMT). Kalau kita masih ingat, transmisi sama pernah digunakan model nasional, Proton Savvy.

Agak rumit untuk bersembang hal teknikal, tetapi kalau mahu dijelaskan perbezaan antara AMT dan transmisi automatik tradisional, ialah tambahan elemen manual. Operasi gear masih sama, iaitu D untuk pandu (ditolak ke atas), N (neutral, tengah), dan R (undur, ditarik ke bawah). Cuma tiada gear P (parkir), jadi ketika berhenti, posisi gear perlu dineutralkan dan brek tangan ditarik, sama seperti kereta manual.

Jika mahu berubah kepada mod manual, kita cuma perlu terus gerakkan tombol gear ke kiri dan ini boleh dilakukan walaupun ketika memandu. Selepas itu kita bebas menukar gear atas (+) dan bawah (-) mengikut keperluan pemanduan. Beza berbanding kereta manual, tiada klac perlu dipijak untuk menukar gear, cuma tolak dan tarik gear saja.

Menarik tentang transmisi AMT ialah fill henjutan atau jerk yang sama seperti memandu kereta manual, tidak kira dalam mod automatik atau manual. H1 boleh dijadikan alternatif kepada mereka yang rindukan pengalaman memandu kereta manual, tetapi malas tekan klac.

Hantaran transmisi sedikit lengah, tapi ada caranya. Kena sedikat berkeras dengan pedal minyak ketika mahu menukar lorong, memotong, atau menambah pecutan. Dalam pemanduan stabil seperti di lebuh raya, kereta ini bergerak santai, stabil dan meyakinkan. Pemanduan rasa relaks dan tiada sebarang lambungan menakutkan ketika meredah permukaan jalan beralun atau tidak rata.

KESIMPULAN


Saya patut letakkan Haval H1 sebagai model aras mula kepada mereka yang baru hendak berkereta seperti lepasan graduan yang baru mula bekerja. Sebabnya pada harga dalam julat RM60,000-RM73,000, ia pasti pelaburan berbaloi jika mengambil kira ciri dan spesifikasi ditawarkan. Ingat, H1 satu-satu model penumpang di Malaysia yang berani menawarkan jaminan sampai 7 tahun tanpa had perbatuan.

Haval H1 juga sesuai untuk pemandu perempuan. Alasan saya kerana H1 menawarkan profil tegap dan tinggi yang dapat memberikan lebih keyakinan dan keselamatan memandu kepada kaum hawa. Siapa lagi sesuai dengan H1? Ya, H1 boleh dijadikan pilihan buat mereka yang sedang mencari kereta kedua untuk diri sendiri, anak di universiti atau isteri tercinta. Kata orang, boleh dibuat kereta basahan.

Sekali lagi kalau ditanya, saya akan berikan alasan harga, dan jaminan 7 tahun yang ditawarkan dengan ciri yang boleh dikompromi. Anda akan dapat sebuah kereta profil SUV dengan kelincahan sebuah hatchback dalam rekabentuk moden, ruang kabin luas dan ciri up-to-date yang ada pada kereta varian premium. Ada kerusi leather, skrin infotainment, kawalan jelajah, ABS, EBD, ESC, rim sukan dan pembaca Smart Tag built-in.

Amacam?

GALERI
2018 haval h1 enjin haval h1 Go Auto harga haval h1 Haval HAVAL H1 haval h1 malaysia haval h1 test drive Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) kereta haval h1 Pandu uji pandu uji haval h1 pesaing myvi Roda4 SUV SUV kompak
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Triumph Scrambler 400 XC Tiba Mac Ini, Harga RM34,200

11/02/2026
MotoGP

#MotoGP2026 Toprak Razgatlioglu Akui ‘Marah’, Sukar Sesuaikan Diri Di Ujian MotoGP Sepang

11/02/2026
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Auto Terkini

Proton e.MAS 5 Tembus Lima Terbaik Kereta Paling Laris Januari 2026

11/02/2026
Auto Terkini

Jetour Masuk Senarai 10 Jenama Paling Laris Januari 2026!

11/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Morbidelli N125V 2026
Roda2

Morbidelli N125V 2026 dengan Enjin V-Twin 125cc, Frem Trellis dan Monoshock

By Abang Hirata04/02/2026
Gong Xi Eid Bersama EON 2026
Auto Terkini

Gong Xi Eid Bersama EON: Rebat hingga RM58k, Faedah Rendah dan Pelbagai Hadiah Menanti Tiga Hari Sahaja!

By Han Othman05/02/2026
Mitsubishi Xforce 2026 serba baharu dihasilkan CKD di kilang di Pekan
Auto Terkini

Mitsubishi Xforce 2026 Serba Baharu CKD dari Kilang di Pekan, Pahang

By Syafie10/02/2026
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

By Syafie30/01/2026
Roda2

CFMoto 250 Dual 2026 Rasmi Lancar untuk Pasaran Malaysia, Harga RM9,888!

By Syafie03/02/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Dedah Empat Model SUV Bakal Dilancar Tahun Ini

By Syafie03/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Mitsubishi Xforce 2026 lancar untuk pasaran Malaysia
Roda4

Mitsubishi Xforce 2026 Rasmi Diperkenal untuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM110,000

By Syafie08/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.