Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»#PanduUji: Peugeot 508 (2019), Bukan Lagi Sedan ‘Orang Tua’
Pandu Uji

#PanduUji: Peugeot 508 (2019), Bukan Lagi Sedan ‘Orang Tua’

Abang GYLBy Abang GYL13/08/20182 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


INILAH kali pertama saya berkunjung ke Monte Carlo, daerah pentadbiran dalam Monaco dan menjejak kaki di Circuit de Monaco yang cukup terkenal itu. Namun, saya ke sini bukanlah untuk menyaksikan perlumbaan Formula Satu (F1), sebaliknya dijemput untuk menghadiri sesi pandu uji sedan terbaharu, Peugeot 508.

Kali pertama melihat Peugeot 508 saya agak terkejut. Sedan ini tidak lagi tampil dengan imej kereta ‘orang tua’ atau eksekutif bertali leher semata-mata seperti mana ditampilkan model generasi terdahulu. Model ini, yang melakukan debut rasmi pada Pameran Motor Geneva 2018, Mac lalu, menampilkan rekabentuk cukup sporty, seksi dan mengujakan!

BACA >>>> #PanduUji: Peugeot 508 Facelift (2015)

Serius, baik depan atau belakang, Peugeot 508 memang memikat hati saya. Buktinya, ramai penduduk Monaco sendiri menghentikan kenderaan semata-mata mahu melihat sedan segmen-D ini sepanjang saya dan rakan media lain menjalankan penggambaran.

Selepas meredah jarak perjalanan lebih 187km sekitar Monaco, inilah pandangan saya tentang Peugeot 508 baharu. Apa yang pasti, saya memang sudah tidak sabar mahu tunggu ketibaan model ini di negara tercinta.

REKABENTUK AWESOME!

Jika dibandingkan versi terdahulu, Peugeot 508 baharu ini datang dengan rekabentuk badan lebih rendah dan lebar berserta gaya agresif. Rekaan badan kali ini dilembutkan dan tiada lagi rekaan bersegi, sekali gus membangkitkan imej seksi dan elegan.

Rekabentuk baharu ini juga jelas dipengaruhi asas konsep yang sedia ada pada model 3008 dan 5008. Rekaan lampu depan LED tipis dipadankan dengan gril khas Peugeot gaya 3D kelihatan mendominasi pandangan depan. Bahagian pintu tanpa bingkai seperti model mewah kini menjadi daya tarik dan perbezaan utama antara 508 dan pesaing lain dalam kelas sama.

BACA >>> Foto Rasmi Peugeot 508 (2018) Bocor Sebelum Debut, Memang Mengancam!

Spoiler digabungkan dengan pintu but memberikan penampilan sporty. Rekaan lampu belakang diubah menjadi lebih tirus dan tipis, manakala bampar bawah tampak dua ekzos kembar asli (bukan palsu), sama seperti beberapa model prestasi Eropah lain di pasaran.

Lampu belakang Peugeot 508 masih mengekalkan identiti jenama Perancis itu menerusi rekaan signatur ‘Kuku Harimau’, nampak lebih maskulin hingga beberapa kali terpacul perkataan awesome keluar dari mulut saya! Mujurlah tidak terkeluar cakap Perancis.

KABIN MEWAH, PEUGEOT i-COCKPIT

Masuk ke dalam kabin, aura mewah begitu kuat dan tidak klise. Dapat dilihat pada rekaan stereng, punat kawalan dan tombol gear yang diolah supaya futuristik.

Kemasan upholsteri dan papan pemuka juga berubah drastik. Tiada lagi rekaan membosankan, dan beraksi sama seperti barisan model Peugeot lain, iaitu mengetengahkan ciri kabin Peugeot i-Cockpit. Buka saja pintu, terus terserlah papan pemuka seperti dalam kokpit pesawat.

Panel instrumen juga memukau, manakala sistem audio dilengkapi sistem bunyi Focal. Peugeot 508 turut menampilkan kemasan kayu, lapisan kulit, aluminium dan satin. Seperti kereta mewah lain, ambien dalam kabin menggunakan lampu LED. Kerja memarkir dimudahkan dengan sistem Bantuan Parkir (PA).

Peugeot 508 baharu didatangkan dalam 5 varian enjin:

  • 1.6L petrol pengecas turbo
  • 1.5L diesel turbo
  • 2.0L diesel turbo

Bagaimanapun, kami dimaklumkan buat masa ini, pasaran Malaysia hanya akan menerima trenkuasa 1.6L petrol turbo dan dijangka masuk pada suku kedua tahun depan. Lama lagi rupanya.

SEDAP DIPANDU

Dalam sesi pandu uji, saya diberikan peluang memandu uji versi spesifikasi tinggi atau high spec, iaitu Peugeot 508 GT. Walaupun agak kekok mulanya kerana ini kali pertama memandu kereta pacuan sebelah kiri (LHD) di atas jalan raya yang sememangnya untuk kenderaan LHD, tetapi tidaklah mengambil masa terlalu lama untuk menyesuaikan diri. Lagipun ada sebatang jalan di Brickfields dekat Bangsar yang perlu dipandu sebelah kanan. 😛 Selepas cekap, sempat pula meronda sekitar Monaco.

Padanan enjin 1.6L twin-scroll turbo tekanan tinggi (THP) dengan bantuan kotak gear automatik 8-kelajuan berkuasa 225hp @ 5,500rpm dan tork 300Nm @ 2,500rpm cukup membuatkan saya rasa teruja. Maklum lah, tekan saja pedal, respon tujahan jelas pantas dan terasa.

Di atas kertas, pecutan 0-100kmj mampu dibuat sepantas 7.3 saat dengan kelajuan maksimum 250kmj. Namun, saya tidak dapat menguji kelajuan maksimum jentera ini dek seronok menikmati keindahan pemandangan sepanjang perjalanan mengelilingi bandar. Tambahan lagi ramai yang masih blur pasal laluan yang sedang ditempuhi.

Fiil pemanduan memang seronok dan mantap jika dibandingkan versi terdahulu. Begitu juga kualiti pengendalian stereng yang kini lebih responsif. Tujahan kuasa dan penukaran transmisi 8-kelajuan juga lancar. Apabila mahu memecut laju, atau memotong kenderaan, segalanya dapat dibuat dengan ‘kacang’.

TAK SABAR NAK TUNGGU MASUK MALAYSIA

Paling penting, saya memang tidak sabar mahu tunggu Peugeot 508 baharu ini masuk Malaysia. Tidak sabar juga mahu lenjan sedan ini naik Genting. Kesimpulannya, Peugeot 508 bukan saja ada rupa, malah pengalaman memandu juga tidak mengecewakan. Harap-harap juga harga jualan nanti tidaklah melampau tinggi.

GALERI
2018 peugeot 508 2019 peugeot 508 Circuit de Monaco enjin peugeot 508 baru formula 1 monaco harga peugeot 508 harga peugeot 508 baru kereta perancis pandu uji peugeot 508 malaysia peugeot 508 baru Sedan sedan segmen-D
Abang GYL

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Honda Insight Kembali, Jadi EV dan Bukan Hibrid, Gaya Crossover!

06/03/2026
JAECOO J5 lancar di Malaysia
Roda4

JAECOO J5 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM102,000!

05/03/2026
Volvo panggil balik Vovlvo EX30, masalah bateri overheating.
Auto Terkini

Pek Bateri Panas Lampau, Volvo Thailand Panggil Balik 1,668 Unit EX30

04/03/2026
Nissan Serena e-POWER C28
HEV

Nissan Serena e-POWER C28 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM154,800!

04/03/2026

2 Comments

  1. Yusof Affandi on 23/07/2018 18:29

    Skrg pandu 407, insya-Allah up gred to 508 (2019) Terbaik Peugeot!!!

    Reply
  2. MUHAMMAD ALIF HAKIMI ceppies on 26/05/2020 13:19

    Hi boss nak minta pandangan tentang peugeot 407 saya nak beli kereta ni as first car saya

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
Anthony Loke-Siew Fook | Tonto
Auto Terkini

MOT Sokong SPRM Tahan Penguat Kuasa Terlibat Kartel Tonto

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.