Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»#PanduUji: Mazda3 Penyambung Legasi Skyactiv
Pandu Uji

#PanduUji: Mazda3 Penyambung Legasi Skyactiv

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju27/11/2016
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

20140515_0339

KEJAYAAN model Mazda6 dan CX-5 mendorong Mazda meneruskan kesinambungan teknologi SKYACTIV menerusi pelancaran model segmen C terbaharu, Mazda3 yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun.

Pengenalan generasi ketiga Mazda3 itu cuba mencetuskan emosi dan keseronokan pemanduan menerusi falsafah ‘KODO – Soul of Motion’ yang menggabungkan tiga prinsip asas rekaan, iaitu kelajuan, ketegangan dan kehalusan. Masih lagi kurang jelas mengenai SKYACTIV? Sebenarnya, teknologi ini adalah elemen kejuruteraan setiap komponen yang diaplikasi untuk membangunkan kenderaan terbaik.

Kehadiran teknologi ini membantu meningkatkan kecekapan prestasi enjin dan transmisi supaya lebih ringan, lancar dan efisien. Secara tidak langsung teknologi ini menawarkan kecekapan penggunaan bahan api yang seiring dengan Mazda3 sebagai kenderaan jimat tenaga (EEV). Selain kepuasan pemanduan, KODO, yang bermaksud ‘gerakan jiwa’ juga menjadi hala tuju dan penanda aras baru Mazda dalam menghasilkan produk automobil terbaik.

Saya bersama rakan media lain diberi peluang memandu uji Mazda3 ke Pulau Pinang, baru-baru ini. Saya akan kupaskan satu persatu kehebatan dan memberikan konklusi sepanjang pemanduan ini.

DSC_0078LUARAN

Wow, mantap. Inilah perasaan saya apabila kali pertama bertentang mata dengan kenderaan dari Jepun ini. Keseluruhan badan Mazda3 hampir menyamai Mazda6. Bezanya cuma belakang, di mana Mazda3 lebih pendek berbanding Mazda6.

Sekilas pandang, Mazda3 memiliki fizikal agresif, seksi dan elegan berserta teknologi baru. Sosok seksi Mazda3 mampu membuatkan mereka yang pertama kali melihat jadi tidur tidak lena dan mandi tidak basah. Malah, bukan saja cantik dipandang, tetapi juga berprestasi mantap.

Dari depan, rekaan gril latar hitam dengan kemasan jalur krom meningkatkan impak anggun dan penuh gaya. Lebih menyerlah adalah kombinasi lampu bi-Xenon dan LED siang di hadapan dan lampu belakang bucu tajam seperti kelopak mata. Garis lekuk sisi badan menyerlahkan ketegapan jentera dengan dipenuhi ciri aerodinamik yang turut menjadi sebahagian falsafah KODO. Padanan rim aloi 18 inci dan set tayar 215/45 R18 juga mengiurkan.

 

DSC_0032DALAMAN

Ruangan kabin menggabungkan elemen sporty menerusi penggunaan tona gelap untuk gaya eksklusif dengan rekaan papan pemuka padat dan ringkas. Kemasan dan ketelitian dapat diperhatikan pada material kulit yang membaluti kerusi.

Ruangan hiburan pula menampilkan sistem audio skrin sentuh 7-inci berserta sambungan navigasi, Bluetooth, CD, AUX, USB dan SD di tengah papan pemuka, termasuk enam pembesar suara. Sistem audio juga dapat dikawal secara terus di stereng. Memahami trend pengguna masa kini, Mazda3 sarat pelbagai ciri moden seperti sistem entri tanpa kunci (keyless), butang penghidup enjin, bumbung panoramik, pedal anjakan gear, sistem i-ELOOP dan i-STOP yang turut ada pada Mazda6.

Cuma saya agak terkilan ia tidak hadir bersama kamera undur yang sememangnya menjadi keperluan pada masa kini. Rakan saya juga sempat bergurau, ‘’eh kereta mahal takkan tiada kamera undur’’. Saya hanya mampu tersenyum dek mendengar gurauannya.

mazda3PRESTASI

Sedia maklum, pihak Bermaz cuma mengeluarkan varian 2.0L versi sedan buat masa ini dan difahamkan mereka  sedang merancang memperkenalkan Mazda3 2.5L tidak lama lagi. Di sebalik bonet, terbenam nadi SKYACTIV-G bersesaran 2.0L. Padanan kotak gear automatik SKYACTIV-DRIVE 6-kelajuan menghasilkan kuasa 162hp pada 6,000rpm dan tork 210Nm (4,000rpm).

Melihat kuasa kuda dan tork ditawarkan, saya agak terkejut di mana angka ini kebiasaannya hanya boleh didapati  pada varian 2.5L. Tindakan yang diambil Mazda nyata memberikan perkhabaran gembira buat peminatnya terutamanya mereka inginkan sebuah jentera berkuasa.

Sepanjang pemanduan, prestasi dihamburkan nyata tidak mengecewakan. Bagi memastikan meter berada di kedudukan berada 200kmj bukan perkara susah untuk dilakukan. Walaupun mampu mencapai 200kmj, saya merasakan pedal minyak masih mempunyai ruang untuk minta ditekan. Selain itu, penukaran gear bertindak responsif dan tidak terasa kasar walaupun memandu pada kelajuan tinggi. Kawalan stereng juga mantap dan stabil yang pastinya membuatkan sesiapa saja tidak gentar  mengambil selekoh.

Bagi menguji suspensi Mazda3, saya sengaja melayan selekoh pada kelajuan sederhana iaitu sekitar 100kmj. Ternyata hasil ‘kerjasama’ suspensi depan yang menggunakan topang MacPherson bersama multi-rangkai dipasang pada suspensi belakang mampu membuatkan jentera ini kekal stabil dan tidak bergoyang.

Untuk menguatkan teori ini, saya sempat melakukan aksi ‘drift’ di kawasan lapang sambil ditemani ‘jeritan’ tayar. Keputusannya, sistem suspensi Mazda3 bertindak cemerlang. Selain itu, hasil bantuan teknologi SKYACTIV yang diserapkan pada kerangka badan dan casis juga merupakan salah satu faktor kestabilan. Bagi saya, ini adalah salah satu kelebihan pada jentera ini berbanding pengeluar automotif lain.

20140515_0976

i-ELLOP adalah sistem penjanaan semula brek. Apabila membrek, bateri akan dicas dan tenaga disimpan digunakan untuk menjana instrumen elektronik dalam kereta ketika erhenti. Proses mengecas penuh mengambil masa kira-kira 10 saat. i-Stop pula sistem yang berfungsi mematikan enjin secara automatik apabila berhenti sepenuhnya atau menekan brek, seperti berhenti di lampu isyarat.

Apabila brek dilepaskan, enjin kembali normal. Gabungan kedua-dua teknologi ini mampu menjimatkan pembakaran bahan api dan bekerja seperti kenderaan hibrid. Mazda3 turut memiliki enam beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA), Kawalan Stabiliti Dinamik (DSC) dan Sistem Kawalan Traksi (TCS).

20140515_0287KESIMPULAN

Harga atas jalan bermula RM134,000 (termasuk insurans) dan empat warna menarik menjadi pilihan, Soul Red (merah), Snowflake White Pearl Mica ([putih), Titanium Flash Mica (hitam) dan Meteor Grey Mica (kelabu).

Secara peribadi, saya merasakan harga ditawarkan agak tinggi jika dibandingkan dengan pesaingnya. Ya, mungkin Mazda berjaya mencipta satu teknologi baru pada jenteranya, namun saya yakin pengguna masih mempunyai pilihan lain sekiranya ingin membeli kereta. Saya berharap pengeluaran model pemasangan tempatan (CKD) dapat dikeluarkan segera dan pastikan ia ditawar pada harga lebih kompetitif.

SPESIFIKASI

ENJIN 2.0L SKYACTIV-G
TRANSMISI Automatik 6-kelajuan SKYACTIV-DRIVE
KUASA MAKSIMUM 162hp@6,000rpm
TORK MAKSIMUM 210Nm@4,000rpm
CIRI ABS, EBD, BA, Kawalan Stabiliti Dinamik (DSC), Kawalan Traksi (TCS), 6 beg udara, ISOFIX, imobiliser.
HARGA RM134,000 (termasuk insurans)

bermaz bermazmotor KODO mazda mazda3 pandu uji mazda3 Pulau Pinang skyactiv Soul of Motion
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Mazda Roadster (MX-6) 2027 Untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

    27/06/2026
    Mazda Flair Crossover XS
    Auto Terkini

    Mazda Flair Crossover 2027 – Kembar Suzuki Hustler Kini Lebih Canggih

    27/06/2026
    Pandu uji Mercedes G-Class KL - Cameron Highlands
    Pandu Uji

    #PanduUji: KL – Cameron Highlands Bersama Mercedes-Benz GLA 250, GLC 200 4MATIC – Ujian Dunia Sebenar Tanpa Konvoi

    07/05/2026
    Pandu uji Kia Carnival 2026 ke Janda Baik
    Pandu Uji

    #PanduUji: Kia Carnival 2026 yang Selesa dan Praktikal, Tapi Belum ‘Premium’ Penuh?

    20/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

    By Syafie23/06/2026
    Auto Terkini

    KTM 790 DUKE 2027 – The Scalpel Kembali, Gaya Agresif Ala 990 DUKE/1390 SUPER DUKE R

    By Abang Hirata24/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.