Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»PANDU UJI: GWM M4 (2014)
Pandu Uji

PANDU UJI: GWM M4 (2014)

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju17/11/20161 Comment
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SEBUT saja buatan China, saya yakin pasti ramai yang mempunyai pesepsi buruk terhadap jenama dari negara Tembok Besar itu. Tidak berkualiti, mudah rosak dan bahaya adalah antara persepsi orang ramai terhadap barangan buatan China.

Kenderaan buatan China misalnya. Saya yakin tidak ramai yang berani membeli selain tidak bernilai mahupun dijual kepada syarikat kenderaan terpakai. Namun, persepsi buruk itu mungkin tidak boleh dipakai lagi seiring dengan kemajuan teknologi automotif yang semakin pesat membangun.

pandu uji haval m4

Great Wall Motors (GWM) adalah contoh terbaik dan mampu mengubah segala persepsi buruk anda terhadap kenderaan buatan China. GMW berjaya membuktikan ia mampu muncul sebagai pemain utama dan diterima ramai walaupun masih baru dalam industri automatif tempatan.

Terbaharu, GWM menerusi syarikat sekutunya, Go Automobile Manufacturing Sdn Bhd (GO Auto) muncul dengan menerusi pengenalan kenderaan utiliti sukan (SUV), M4. Di atas kesempatan itu juga, saya diberi peluang merasai sendiri kehebatan dan kemampuan M4 selama empat hari.

HARGA: Mampu Milik

Siapa sangka kereta buatan China mampu bersaing seiring dengan kereta import selain harganya yang jauh lebih rendah. Lebih daripada 200,000 unit M4 sudah dijual di peringkat global sejak ia mula diperkenalkan pada 2013.

Dengan harga jualan bermula RM45,000 hingga RM59,000, saya yakin M4 bakal merancakkan lagi segmen automotif negara terutamanya bagi segmen SUV memandangkan kebanyakkan berharga RM100,000 dan ke atas.

Saya yakin M4 mampu menjadi model SUV utama bagi Great Wall dan memberi satu impak yang luar biasa dan akan mendapat sambutan baik di Malaysia.

gwm m4

TIGA VARIAN

GWM M4 ditawarkan dalam tiga varian iaitu standard, Comfort dan Premium (spesifikasi tertinggi). Ketiga-tiga varian ini dijana unit enjin yang sama. Hasil janaan ‘jantung’ GW4G15 bersesaran 1.5L, ia mampu menghasilkan kuasa sebanyak 105hp pada 6,000rpm dan tork 138Nm(4,200rpm).

Lebih menggembirakan, kesemua model didatangkan dengan kotak gear transmisi manual 5-kelajuan dan automatik 6-kelajuan. Berdasarkan ujian dilakukan, M4 mencatatkan penggunaan bahan api sekitar 6L per 100km.

gwm m4

PEMANDUAN: Manual Lebih Feel

Untuk makluman, saya diberikan varian GWM M4 Comfort transmisi manual. Difahamkan juga buat masa ini, GWM hanya membawa masuk transmisi manual dan diikuti varian automatik.

Sepanjang pemanduan, saya dapat merasakan tindak balas enjin dihasilkan agak mengagumkan dan bertindak responsif. Penggunaan gear transmisi manual juga tidaklah terlalu ketat dan mudah dikendalikan walaupun berada dalam kesesakan di bandar. Kata orang, ngam-ngam hoo!

Ketika berada di lebuhraya, GWM M4 mampu memecut tanpa sebarang masalah. Cuma, ia perlu bekerja lebih keras sekiranya mahu mendaki bukit atau memotong kenderaan lain.

Walaupun saya masih belum memandu GWM M4 transmisi automatik, namun penggunaan transmisi manual sudah memberikan satu persepsi yang baik yang nyata mampu memberikan ‘feel’ dan kepuasan sepanjang mengemudi jentera itu.

Olengan badan juga tidak begitu terasa ketika melayan selekoh mahupun melakukan pusingan U. Penggunaan brek cakera hadapan dan belakang yang dipadankan dengan kaliper merah, menyerlahkan kegarangan M4 ini. Nampak seakan jenama Brembo tetapi hakikatnya bukan. Walau bagaimana, tahap kemampuan brek masih meyakinkan.

REKABENTUK: Tampak Garang

Melihat keseluruhan rekabentuk, GWM M4 tampak menarik dengan kehadiran lampu siang. Gril hadapan tampak ringkas dan elegan selain lampu kabus. M4 dibina di atas tapak roda bersaiz 2,383mm, sepanjang 3,961mm, selebar 1,728mm dan setinggi 1617mm

Memasuki ruang dalaman, GWM M4 hadir dengan rekaan futuristik, ringkas dan padat. Biarpun dijual pada harga mampu milik, M4 dilihat tidak ‘kedekut’ memberi pelbagai aksesori dan ciri tambahan. Ruangan papan pemuka tampil ringkas selain stereng dibaluti kulit bersama jahitan benang berwarna merah.

Apabila duduk di dalam, saya dapat merasakan ruangan kabin yang agak luas selain tampak mewah berbanding model SUV pesaingnya. Antara ciri menarik adalah roof rails, rim aloi 16 inci (Comfort & Premium), empat brek cakera, kemasukan tanpa kunci (spesifikasi tertinggi), kerusi dibalut kulit, sistem audio skrin sesentuh bersaiz tujuh inci bersama navigasi, kamera undur dan banyak lagi.

gwm m4

Bagi memastikan kesemua pelanggan mendapat perkhidmatan lepas jualan lebih baik,  GWM kini memiliki 20 pengedar di seluruh Malaysia dan mahu menambah kepada 65 pengedar menjalang 2018.

Aspek keselamatan, GWM M4 lengkap dilengkapi dua beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA). Hadir dengan jaminan tiga tahun atau 100,000km batu perbatuan, pengguna ditawarkan enam pilihan warna menarik; hitam, oren, perak, putih, merah dan biru.

Buat masa ini, GWM menerusi kilangnya di Gurun, Kedah mampu menghasilkan 50,000 unit kenderaan setahun. Malah, jumlah kapasiti ini bakal meningkat menjadi 100,000 unit kenderaan setahun menjelang 2018. Selain untuk pasaran tempatan, GWM turut mengeksport kenderaannya ke Thailand dan Cambodia.

KESIMPULAN

Secara peribadi, saya merasakan model SUV ini bukan saja ditawarkan pada  harga mampu milik, malah turut sentiasa mengutamakan kualiti bagi memastikan pengguna mendapat yang terbaik selain bersifat cekap tenaga.

Jika masih ragu-ragu, mungkin anda boleh ke mana-mana pusat pameran GWM berdekatan untuk melihat dan merasai sendiri.

GWM M4SPESIFIKASI

ENJIN GW4G15 bersesaran 1.5L
TRANSMISI Manual 5-kelajuan
KUASA MAKSIMUM 105hp@6,000rpm
TORK MAKSIMUM 138Nm@4,200rpm
CIRI 2 Beg udara, ABS, EBD dan BA
HARGA RM51,999 (atas jalan termasuk insurans)

Great Wall Motors GWM M4 GWM M4 Review M4 jenama China M4 mampu milik Pandu uji GWM M4 SUV mampu milik
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km
Pandu Uji

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

06/01/2026
Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

16/12/2025
Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025
Pandu Uji

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar ‘Hype’?

18/11/2025
Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru
Pandu Uji

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

22/01/2026

1 Comment

  1. RNR Automotive Blog on 23/10/2014 20:52

    Nice pictures! Great review.

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/20261
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/20261
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

By Syafie19/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Benarkah Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie19/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Auto Terkini

Kawasaki Brusky 125 ‘Kembar’ Modenas Karisma 125 Terjual 17,000 Unit di Filipina

By Syafie15/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam19/01/2026
Auto Terkini

OMODA & JAECOO Malaysia Belanja Ang Pow Hingga RM18,888, Siap Servis Percuma 5 Tahun!

By Han Othman15/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.