• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / PANDU UJI: 7 Perkara Anda Patut Tahu Mengenai Hyundai Sonata (2015)

PANDU UJI: 7 Perkara Anda Patut Tahu Mengenai Hyundai Sonata (2015)

January 27, 2015 By admin.pandulaju Leave a Comment

532
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

SonataExperience_Media_Day1_19TAHUKAH anda Hyundai Sonata generasi ketujuh mengambil masa selama tiga tahun untuk disiapkan. Hasilnya, ia berjaya menampilkan rekaan yang lebih matang dan menjadikannya sebuah sedan dalam kelas tersendiri.

Sebelum menutup tirai 2014 yang lalu, Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) sempat melancarkan Hyundai Sonata generasi ketujuh ke pasaran tempatan dengan memperkenalkan tiga varian; Elegance B, Elegance dan Executive.

HARGA (atas jalan termasuk insurans)

  • Elegance B: RM143,163
  • Elegance: RM149,845
  • Executive: RM158,053

SonataExperience_Media_Day1_42Bagi merasai pengalaman pemanduan model dari negara K-Pop itu, saya bersama rakan media lain diberi peluang memandu uji dari Subang, Selangor ke Port Dickson, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Sebelum mengulas lebih lanjut, lebih baik saya nyatakan dahulu apakah kehebatan Sonata baharu ini.

P1260276

P1260278    P1260288

P12603161) REKAAN FLUIDIC SCULPTURE 2.0

Hyundai Sonata hadir menerusi rekaan Fluidic Sculpture 2.0 dengan kejuruteraan moden menjadikan ia tampak sporty dan menarik. Bukan saja tampak sporty, kehadiran garisan sisi membuatkan Sonata bersifat aerodinamik untuk membelah angin ketika beraksi di jalan raya.

2) PEMBAHARUAN

Berbanding generasi sebelumnya, Sonata terbaharu ini menerima pembaharuan yang dikategorikan kepada empat bahagian. Antaranya, kekuatan, kestabilan, keringkasan dan perincian.

Sokongan pada bahagian bawah kenderaan menerima rekaan terkini yang menyumbang kepada peningkatan prestasi suspensi dan ketegaran struktur yang lebih baik. Ia menghasilkan kekuatan torsi sebanyak 41 peratus dan kekuatan lenturan sehingga 35 peratus berbanding model lain.

SonataExperience_Media_Day1_85Difahamkan juga, Sonata baharu ini diuji di litar lumba Nurburgring Nordschleife, Jerman selain dipandu sejauh 190,000km bagi menguji ketahanannya. Wahhh, pasti hebatkan.

Selain itu, sistem suspensi turut diperbaharui menerusi peningkatan tindak balas dan kestabilan stereng selain memandu serta membelok pada kelajuan tinggi.

3) FUTURISTIK

Memasuki perut kabin, ia tampak ringkas tetapi moden dengan kehadiran beberapa ciri pintar. Susunan butang-butang kawalan di ruangan papan pemuka turut memudahkan ia mudah dikendalikan.

P1260299

P1260297    P1260306Ruangan dalaman Sonata baharu ini turut menerima peningkatan seperti kehadiran stereng yang direka semula untuk disesuaikan dengan susun atur optimum kereta untuk memberi fokus kepada pemandu.

4) SISTEM MULTIMEDIA TEKNOLOGI TINGGI

Bagi ruangan hiburan, ia dilengkapi sistem multimedia yang sofistikated untuk memberikan hiburan berteknologi tinggi buat pemandu dan penumpang. Varian Elegance dan Executive hadir dengan sistem Navigasi Audio Visual yang dikuasakan dengan sistem operasi Android 4.4.2 dan boleh diakses melalui panel paparan skrin sesentuh.

P1260300Ia juga boleh disambung kepada telefon pintar pada bila-bila masa untuk membolehkan penumpang melayari Internet,  selain menyokong sambungan USB, Bluetooth dan Micro SD card.

P12603335) ENJIN NU DIPERTINGKAT

Aspek prestasi, enjin petrol NU 2.0L MPI menjadi nadi penggerak utama Sonata. Dengan bantuan kotak gear automatik 6-kelajuan, ia mampu menghasilkan kuasa 152hp pada 6,200rpm dan tork puncak 194Nm (4,000rpm).

Bagi menawarkan pengalaman pemanduan yang berbeza, Sonata disertakan tiga mod pemanduan iaitu Active Eco , Normal dan Sports. Setiap mod pemanduan adalah berbeza mengikut kondisi jalan dan kehendak pemandu itu sendiri.

SonataExperience_Media_Day1_296) ENAM BEG UDARA

Tidak melupakan aspek keselamatan, Sonata dilengkapi pelbagai teknologi keselamatan seperti enam beg udara (varian Elegance dan Executive), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC) dan Kawalan Bantuan Pendaki (HAC).

SonataExperience_Media_Day1_767) JAMINAN 8 TAHUN

Buat pertama kali juga, Hyundai menawarkan program jaminan lapan tahun atau 300,000 perbatuan (mana tiba dulu). Program itu membabitkan jaminan pengeluar selama lima tahun pertama manakala enjin dan kotak gear akan mendapat perlindingan tambahan selama tiga tahun.

SonataExperience_Media_Day1_80

SonataExperience_Media_Day1_121    SonataExperience_Media_Day1_133

SonataExperience_Media_Day1_91    SonataExperience_Media_Day1_85

PENGALAMAN PEMANDUAN:

Sepanjang pemanduan, Sonata baharu ini nyata mampu beraksi dengan cemerlang. Suspensi, pengendalian stereng mahupun prestasi tidak mengecewakan. Walaupun enjin terasa sedikit mengaum, namun harus ketahui ia adalah lebih baik berbanding generasi sebelumnya.

Bergerak ke Port Dickson memerlukan Sonata merentasi pelbagai laluan berbeza termasuk kawasan kampung dan lebuh raya. Berada di laluan lebuh raya, ia memberikan prestasi yang mengagumkan. Cuma sesekali memerlukan Sonata bekerja keras ketika memotong kenderaan atau memecut laju.

Apa yang saya 'ghairah' adalah ketika di kawasan kampung. Melalui laluan berselekoh di kawasan kampung nyata memberi peluang Sonata untuk beraksi. Hasil gabungan sistem suspensi Mcpherson Strut dan Multi Link memberikan respon yang bagus saat mengambil selekoh mahupun terlanggar lubang.

Bagi mendapatkan pengalaman pemanduan berbeza, saya cuba menggunakan mod Eco, Normal dan Sports. Bukan saja prestasi, pengendalian stereng turut terkesan dengan penggunaan ketiga-tiga mod pemanduan itu.

Secara keseluruhan, Sonata baharu ini tidaklah mengecewakan saya dan berpuas hati sepanjang mengendalinya. Cuma harus diingati, Sonata perlu bersaing dengan model segmen D lain yang terdiri daripada Honda Accord, Toyota Camry, Mazda6 dan Volkswagen Passat.

Walau bagaimana, setiap model pasti memiliki kelebihan tersendiri. Bagi anda yang belum pandu uji Hyundai Sonata, apa kata cuba dahulu sebelum membuat keputusan. Sama ada anda bersetuju atau tidak dengan pandangan saya, jawapan tetap sama, pandu uji dahulu!!!

SonataExperience_Media_Day1_131SPESIFIKASI: Hyundai Sonata

ENJIN NU 2.0L MPI
TRANSMISI Automatik 6-kelajuan
KUASA MAKSIMUM 152hp@6,200rpm
TORK MAKSIMUM 194Nm@4,000rpm
CIRI-CIRI 6 beg udara, ABS, ESC, HAC, bumbung panoramik dan sistem kunci pintar
HARGA RM138,888 (Elegance B) / RM1455,388 (Elegance) / RM153,388 (Executive)

P1260312  P1260311  P1260302  P1260281

P1260339  P1260285  P1260296  P1260339

SonataExperience_Media_Day1_78  SonataExperience_Media_Day1_123  SonataExperience_Media_Day1_18  SonataExperience_Media_Day1_76

SonataExperience_Media_Day1_131  SonataExperience_Media_Day1_127  SonataExperience_Media_Day1_91  SonataExperience_Media_Day1_99

Related

532
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Pandu Uji, Roda4 Tagged With: Hyundai Sonata 2015, Hyundai Sonata Elegance, Hyundai Sonata Elegance B, Hyundai Sonata Executive, Hyundai Sonata Generasi Ketujuh Dilancarkan, Hyundai Sonata Test Drive, Pandu Uji Hyundai Sonata, Pandulaju.com

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev