Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pandu 10km ‘Check Engine’ Menyala, Pemilik Tak Sangka X70 Baru Beli Pernah Kemalangan
Auto Terkini

Pandu 10km ‘Check Engine’ Menyala, Pemilik Tak Sangka X70 Baru Beli Pernah Kemalangan

FarahBy Farah11/03/20222 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEORANG pemilik Proton X70 meluahkan rasa kecewa di laman TikTok selepas mengetahui kereta yang baru dibelinya itu pernah terbabit kemalangan.

Perkara itu didedahkan Nur Shakira Baharuddin apabila X70 yang baru dipandunya selama seminggu tiba-tiba mengalami masalah indikator ‘periksa enjin’ (check engine) menyala.

@nurshakirabaharuddin #protonmalaysia #proton #fyp #kelantan ♬ อย่างน้อยเราเคยรักกัน – AnAn (อันอัน)

@nurshakirabaharuddin Balas kepada @shahjeahan #protonmalaysia ♬ bunyi asal – NurShakira Baharuddi

Nur Shakira mula rasa pelik dengan masalah dialami kerana kenderaan utiliti sukan (SUV) itu baru saja dibeli. Akhirnya dia memutuskan menghantar ke pusat servis untuk diperiksa. Namun, alangkah terkejut apabila dimaklumkan mekanik pusat servis ada beberapa komponen kereta mengalami kerosakan temasuk wayar penyambung yang sudah putus.

Tidak berpuas hati pendedahan diterima, Nur Shakira memohon penjelasan daripada ejen kereta yang dibelinya di Gua Musang, Kelantan. Pihak penjual akhirnya menceritakan hal sebenar, iaitu pekerjanya membawa keluar kereta itu untuk membeli rokok dan terbabit kemalangan.

Mungkin takut dibuang kerja, pekerja itu senyap-senyap cuba membaiki SUV tersebut. Difahamkan lagi, ejen kereta tersebut juga mengambil semula kereta tersebut untuk membaiki lampu periksa enjin yang menyala, tetapi masalah tersebut kembali berulang tidak sampai 10km wanita itu memandu.

@nurshakirabaharuddin Balas kepada @zieanapinjamangomen #protonmalaysia ♬ bunyi asal – NurShakira Baharuddi

@nurshakirabaharuddinPart berapa pun sya lupa sorry tau slow2 reply♬ อย่างน้อยเราเคยรักกัน – AnAn (อันอัน)

Dalam klip video dimuat naik, Nur Shakira turut mendakwa bahagian depan X70 itu sudah dicat baharu untuk menutup kesan kemalangan hingga menyebabkan dia tidak perasan SUV berkenaan pernah kemalangan.

Dia kini sudah membuat laporan polis dan meminta Proton Malaysia membantunya menangani masalah berkenaan. Netizen turut mendoakan wanita ini berjaya mendapatkan haknya dan membawa kes itu ke mahkamah kerana jelas mempunyai bukti kukuh.

BACA>>> Penunggang Terlanggar Belakang X70, Netizen Terharu Lihat Pemandu Datang Peluk
BACA>>> X70 Azhan ‘Jerking’, Proton Beritahu Lambat Sebab Tunggu Alat Ganti dari China

beli kereta baru dapat bekas kemalangan Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) kereta bekas kemalangan Proton Proton X70 SUV x70
Farah

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    #KLIMS2026: Wuling HuaJing S Dipamerkan Buat Kali Pertama di Luar China

    12/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    12/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    #KLIMS2026: Perodua QV-E G+ Edition Dipertonton, Model EV Perodua Bakal Ada Bodykit Sendiri?

    12/06/2026
    Auto Terkini

    Toyota Alphard Spacious Lounge 2026 Dilengkapi Yamaha Performance Damper

    11/06/2026

    2 Comments

    1. Muhammad Arshad Bin Mustapaha on 13/03/2022 00:42

      Apa la salah kalau nk pegi beli rokok makanan ke apa.. teakde sngt pun pkai jelah kereta pameran tu skjp.. ni pkai kereta pelanggan bila jadi apa2 kan susah.. hurm…

      Reply
    2. Ute lahak on 13/03/2022 06:10

      Rokok tu haram sebab memudaratkan.

      Kesian, terima kasih.

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie04/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.