Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pakar: Penjara Mandatori 15 Tahun Perlu Dikuat Kuasa untuk Banteras Pemandu Mabuk
Auto Terkini

Pakar: Penjara Mandatori 15 Tahun Perlu Dikuat Kuasa untuk Banteras Pemandu Mabuk

SyafieBy Syafie18/11/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


LAMBAKAN kes kemalangan maut melibatkan pemandu mabuk yang seakan tiada titik noktah mendesak Kerajaan meminda semula Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 atau Akta 333 dengan memperuntuk hukuman penjara 15 tahun mandatori.

Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat (Ikatan), Tan Sri Dr Lee Lam Thye berkata, cadangan pindaan itu bertujuan memberikan pengajaran kepada pemandu dan orang ramai supaya tidak mengulangi kesalahan tersebut.

Malah, pindaan hukuman sedia ada yang dibuat menerusi akta pada Oktober 2020 dilihat kurang memberikan impak dan tidak menakutkan mereka hingga insiden sama masih berulang.

Kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol yang menyebabkan kematian mengikut Seksyen 44 (1)(b) Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan maksimum 15 tahun serta denda tidak kurang RM50,000 dan tidak melebihi RM100,000 jika sabit kesalahan.

“Jadi saya cadangkan supaya hukuman itu diganti dengaan penjara mandatori selama 15 tahun menerusi pindaan akta ini. Ia perlu dikaji dan dikuat kuasa segera.”

Menurutnya, penjara mandatori ini akan menjadi hukuman lebih berat kerana tiada pilihan hukuman lain. Undang-undang yang diperkasa ini mampu memastikan pelaku mendapat pembalasan setimpal atas kesalahan dilakukan.

SUMBER: SinarHarian

Akta 333 Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 Auto Terkini Hukuman Pemandu Mabuk kemalangan jalan raya pakar Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat (Ikatan) Tan Sri Dr Lee Lam Thye
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Pemenang Peraduan BHPetrol ‘Beli dan Menang, Mencari OKB’ Diumumkan, Hadiah Keseluruhan RM300,000!

    13/06/2026
    Auto Terkini

    BMW M Concept Neue Klasse Diperkenalkan, Bayangan Masa Depan Model Prestasi Elektrik BMW M

    13/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    #KLIMS2026: TQ Wuling Porta EV Buat Kemunculan Sulung di Malaysia

    12/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    12/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    Alpinestars Supertech R10
    Aksesori

    Alpinestars Supertech R10 Rasmi di Malaysia, Harga RM3,999 – RM4,799

    By Shazwan Hisam08/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.