Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Padah Langgar Rakan Pasukan, Main Telefon dan Letak Pelekat ‘Make America Great Again’
Auto Terkini

Padah Langgar Rakan Pasukan, Main Telefon dan Letak Pelekat ‘Make America Great Again’

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju24/07/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SANTINO Ferrucci ialah pelumba Amerika Syarikat (AS) yang mewakili pasukan Trident dalam kejuaraan Formula 2. Pada aksi di Silverstone minggu lalu, dia yang juga anggota pasukan junior Haas F1 dikenakan denda larangan 4 pusingan perlumbaan kerana dengan sengaja merempuh rakan pasukannya, Arjun Maini, juga ahli pasukan junior Haas F1 (lihat video Twitter di bawah).

Malah, Ferrucci juga dilaporkan berlumba dengan slogan Presiden AS, Donald Trump, ‘Make America Great Again’ tertera pada keretanya yang sebenarnya tidak dipersetujui pasukannya, termasuk Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA).

BACA >>> Beralih Arah, Marc Marquez Pandu Uji Jentera Formula Satu (F1) Bulan Depan?

Ketua pasukan, Maurizio Salvadori berkata, semua orang dalam sukan permotoran tahu tentang larangan memasang iklan berbaur politik pada kereta mereka.

“Apabila saya dapat permintaan itu bagi pihak famili Ferrucci, saya cuba jelaskan tentang mustahil memenuhi permintaan tersebut. Atas desakan mereka, saya minta pendapat bertulis daripada FIA dan sebaik saja diterima, saya hantarkan kepada famili dia.

BERNIAT JAHAT

“Faktanya, surat ini berlegar dalam media sosial seakan cubaan berniat jahat untuk mengalihkan perhatian daripada masalah asas, iaitu sikap Ferrucci dan bapanya dalam dan luar trek pada perlumbaan hujung minggu lalu.

“Jelas sekali, tweet Ahad itu tiada kaitan dengan permintaan livery MAGA Ferrucci dan hanya berasaskan sikap dia dan bapanya di dalam dan di luar trek,” beritahu Salvadori.

Haas junior Santino Ferrucci banned for 4 races after being found guilty of deliberately crashing into his team-mate & driving an F2 car to the race pits while using a mobile phone. He also declined to attend when summoned by stewards
More: https://t.co/uo2kIO5jRH#SkyF1 #F1 #F2 pic.twitter.com/0gKpYgSufj

— Sky Sports F1 🏎 (@SkySportsF1) July 8, 2018

DIDENDA FIA

Ferrucci didenda €66,000 (RM314,136) berikutan insiden di GP Britain itu dan dia juga dikenakan penalti kerana memandu ke laluan pit dengan memakai sebelah sarung tangan sahaja sambil memegang telefon bimbit.

Bagaimanapun, pelumba berusia 20 tahun dari Connecticut itu tidak mengambil masa lama untuk memohon maaf atas sikap tidak senonohnya itu sambil berkata apa yang dilakukan itu tiada niat lain melainkan meluahkan rasa marah dan kecewa kerana menganggap tahun ini sebagai sesuatu yang teruk dalam hidupnya.

BACA >>> #RetroAuto: Cerita Menakjubkan di Sebalik Kotak Gear F1 McLaren

Pihak Formula 2 pula enggan mengulas apa-apa tentang kontroversi tersebut, manakala pasukan Haas mendakwa sedang mengumpulkan segala maklumat penting sebelum membuat keputusan tentang masa depan Ferrucci dengan pasukan itu.

Auto Terkini Donald Trump F2 FI FIA Formula 2 Formula Satu (F1) Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) Roda4 Santino Ferrucci sukan permotoran
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.