Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Ops Selamat 18 Tamat dengan Angka Korban 166 Orang, Saman Halaju Paling Tinggi
Auto Terkini

Ops Selamat 18 Tamat dengan Angka Korban 166 Orang, Saman Halaju Paling Tinggi

FarahBy Farah09/05/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


OP Selamat 18 sempena perayaan Aidilfitri mencatatkan 166 angka maut dalam kemalangan seluruh negara sepanjang operasi yang dijalankan sejak 29 April lalu hingga semalam.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain berkata, nahas kemalangan sepanjang 10 hari itu merekodkan jumlah 15,947 kes dengan 150 kemalangan maut.

Jumlah kemalangan meningkat satu peratus atau 111 kes berbanding 15,836 yang direkodkan dalam Op Selamat 15.

“Selepas dua tahun rakyat tidak dapat pulang ke kampung disebabkan Covid-19, tahun ini orang ramai ambil kesempatan merayakan Aidilfitri dengan jumlah kenderaan dianggarkan lebih 5 juta. Saya melihat statistik Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) ini adalah terkawal,” katanya.

Walaupun mengalami peningkatan drastik jumlah kenderaan sepanjang Op Selamat 18, tetapi PDRM berjaya mengawal keadaan daripada menjadi lebih buruk atau berlaku peningkatan jumlah kemalangan. Op Selamat 18 berjaya dilakukan dengan tindakan segera kepada mana-mana pengguna yang dikesan melakukan kesalahan melalui penguatkuasaan.

Selain itu, 338,296 saman dikeluarkan sepanjang operasi dengan peningkatan 114,847 saman berbanding Op Selamat 15. Sebanyak 252,375 angka saman itu adalah daripada kes khas kesalahan lalulintas utama yang dibahagikan kepada:

  • Memandu melebihi had laju (240,421 kes)
  • Memandu lorong kecemasan (804 kes)
  • Memotong di garisan berkembar (1,202 kes)
  • Memotong barisan (3,582 kes)
  • Melanggar lampu isyarat (4,375 kes)
  • Alat telekomunikasi semasa memandu (1,991 kes).

BACA>>> #TahukahAnda: Bagaimanakah Pilih Kamera Pemuka (Dashcam) Terbaik?
BACA>>> Op Selamat 17 Mula Hari Ini Hingga 6 Februari!

SUMBER: BHOnline

Auto Terkini JABATAN Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) JSPT OP SELAMAT 18 Operasi Aidilfitri
Farah

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Aston Martin Vanquish 25, Kuasa 835 PS dan 1,000Nm, Bukti V12 Sentiasa Dihormati!

    22/07/2026
    Auto Terkini

    MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

    22/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    22/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.