Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#Formula12025: Norris Juara GP Hungary, Ferrari Kempunan Podium
Auto Terkini

#Formula12025: Norris Juara GP Hungary, Ferrari Kempunan Podium

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam05/08/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PELUMBA McLaren-Mercedes, Lando Norris muncul juara Grand Prix (GP) Hungary 2025 selepas menangkis asakan hebat rakan sepasukan, Oscar Piastri.

Kemenangan di Litar Hungaroring itu kejayaan kelima musim ini buat pelumba Britain tersebut, sekali gus merapatkan jurang kejuaraan pemandu kepada hanya sembilan mata menjelang cuti musim panas.

Strategi Bijak, Penamat Sengit

F1 GP Hungary 2025

Perlumbaan bermula dengan pemandu Scuderia Ferrari HP, Charles Leclerc di petak pertama memimpin dengan baik dan mengekalkan P1 sepanjang fasa awal.

Piastri mengekori rapat di belakang dan cuba memintas, tetapi tidak berhasil. Strategi Leclerc dan Piastri yang memilih untuk melakukan dua hentian pit tidak berhasil apabila ketinggalan di belakang Norris yang hanya satu hentian pit.

George Russell di GP Hungary 2025
Fernando Alonso di GP Hungary 2025

Pada akhir perlumbaan, Piastri melancarkan serangan, tetapi masih gagal menewaskan Norris dengan jurang masa hanya 0.698 saat.

Pelumba Mercedes-AMG PETRONAS, George Russell (foto atas kiri) menamatkan perlumbaan di podium ketiga selepas memintas Leclerc yang merosot ke P4 akibat masalah casis jentera selain turut dikenakan penalti lima saat disebabkan pemanduan agresif.

Pelumba Aston Martin Aramco-Mercedes, Fernando Alonso (foto atas kanan) membawa pulang keputusan cemerlang untuk pasukannya di tempat kelima, dan disusuli pelumba rookie, Gabriel Bortoleto (Kick Sauber-Ferrari) di P6.

Pelumba Oracle Red Bull Racing-Honda RBPT, Max Verstappen hanya menamatkan perlumbaan pada grid kesembilan, manakala rakan sepasukan, Andrea Kimi Antonelli melengkapkan senarai 10 terbaik di GP Hungary.

Sorotan Perlumbaan

F1 GP Hungary 2025

  • Pelumba kedua Oracle Red Bull Racing-Honda RBPT, Yuki Tsunoda bermula dari lorong pit selepas pasukan menukar unit kuasa dan sistem penyejukan brek.
  • Pelumba Haas-Ferrari, Oliver James Bearman satu-satunya pelumba yang tersingkir (DNF) selepas mengalami kerosakan casis.
  • Verstappen bergelut sepanjang perlumbaan dan terlibat dalam insiden dengan Lewis Hamilton (Scuderia Ferrari HP), tetapi tiada tindakan diambil Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA).
  • Leclerc kecewa dengan prestasi jentera Ferrari SF-25 yang dianggapnya ‘mustahil untuk dikawal’.

Keputusan Perlumbaan: GP Hungary 2025

F1 Hungary 2025

  1. Lando Norris (McLaren-Mercedes)
  2. Oscar Piastri (McLaren-Mercedes) +0.698s
  3. George Russell (Mercedes-AMG PETRONAS)
  4. Charles Leclerc (Scuderia Ferrari HP) +5s penalti
  5. Fernando Alonso (Aston Martin Aramco-Mercedes)
  6. Gabriel Bortoleto (Kick Sauber-Ferrari)
  7. Lance Stroll (Aston Martin Aramco-Mercedes)
  8. Liam Lawson (Racing Bulls-Honda RBPT)
  9. Max Verstappen (Oracle Red Bull Racing-Honda RBPT)
  10. Andrea Kimi Antonelli (Mercedes-AMG PETRONAS)
  11. Isack Hadjar (Racing Bulls-Honda RBPT)
  12. Lewis Hamilton (Scuderia Ferrari HP)
  13. Nico Hulkenberg (Kick Sauber-Ferrari)
  14. Carlos Sainz (Williams-Mercedes)
  15. Alex Albon (Williams-Mercedes)
  16. Esteban Ocon (Haas-Ferrari)
  17. Yuki Tsunoda (Oracle Red Bull Racing-Honda RBPT)
  18. Franco Colapinto (Alpine-Renault)
  19. Pierre Gasly (Alpine-Renault) +10s penalti DNF.
  20. Oliver James Bearman (Haas-Ferrari)

Kedudukan Konstruktor Terkini (Top 5)

  1. McLaren-Mercedes – 452 mata
  2. Scuderia Ferrari HP – 395 mata
  3. Mercedes-AMG PETRONAS – 368 mata
  4. Oracle Red Bull Racing-Honda RBPT – 281 mata
  5. Aston Martin Aramco-Mercedes – 243 mata

Apa Kata Lando Norris;

Mati aku, mati aku. Memang payah bak hang… Kami sebenarnya tak plan strategi sekali pit stop, tapi lepas pusingan pertama, itu saja pilihan terbaik. Aku tekan habis sampai suara pun hilang. Tapi keputusan ni sangat memuaskan.”

F1 kini memasuki rehat musim panas dan akan kembali dengan GP Belanda pada 29-31 Ogos nanti. Dengan perbezaan hanya sembilan mata antara dua pelumba McLaren-Mercedes, persaingan kejuaraan bakal jadi lebih hangat!

SUMBER: Formula1.com

F1 Hungary 2025
F1 GP Hungary 2025
F1 GP Hungary 2025
F1 GP Hungary 2025
F1 GP Hungary 2025
F1 GP Hungary 2025
F1 GP Hungary 2025
F1 GP Hungary 2025
F1 GP Hungary 2025
Formula One McLaren F1 Team Mercedes-AMG Petronas Oracle Red Bull Racing Scuderia Ferrari
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.