Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Noorkhiriah, Suami Infakkan Starex Sendiri Jadi Kereta Jenazah
Auto Terkini

Noorkhiriah, Suami Infakkan Starex Sendiri Jadi Kereta Jenazah

FarahBy Farah24/02/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BAGI sesetengah orang, kereta adalah lambang kemegahan dan kejayaan, tetapi berbeza buat aktres Noorkhiriah Ahmad Shapie dan suaminya, Azfaizul Ahtan yang menjadikan Hyundai Grand Starex milik mereka untuk kegunaan kerja amal.

Pasangan itu sanggup menukarkan kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah itu menjadi kereta jenazah yang diinfakkan percuma. Bukan satu, tetapi dua, iaitu Hyundai Grand Starex dan sebuah lagi, Hyundai Grand Starex Royale versi facelift.

BACA >>> Ambil Iktibar Banjir, Zizan Razak Beli Hilux untuk Bantu Orang
BACA >>> Video Momen Abang Viva Dapat Triton Buat Ramai Bergenang Air Mata

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Pengurusan Jenazah Percuma (@pertubuhanamalnurbykhiriah)

Kerja amal itu dimulakan sejak dua tahun lalu di bawah Pertubuhan Amal NurByKhiriah yang menawarkan kerja pengurusan jenazah percuma.

Menurut Noorkhiriah, cadangan mengubah suai Grand Starex menjadi van jenazah timbul selepas MPV itu habis dibayar.

Sebenarnya kereta Starex saya dah habis bayar. Nak jual sayang, jadi saya tanya suami apa patut buat. Dia kata jom buat van jenazah. Saya pandang dia dan tak sangka pun akhirnya jadi kenyataan.

“Apapun, saya gembira atas sokongan ramai pihak terhadap ikhtiar yang dilakukan ini dan yakin atas rezeki Allah yang sentiasa ada untuk kami terus membantu mereka yang memerlukan. Syukur alhamdulillah, orang kita memang bermurah hati. Ada yang memberikan pujian, bantuan dan sebagainya.”

Pelakon drama Nur itu berkata lagi, dia tidak berbuat apa-apa kerana usaha yang dilakukan secara percuma dari awal hingga selesai pengurusan jenazah muslim itu dilakukan suami dan pasukan mereka. Dia hanya membantu dari segi perkongsian dalam Instagram mengenai kerja amal tersebut.

Selain dua MPV itu, terdapat dua lagi kereta yang diinfakkan orang awam kepada kerja amal itu.

BACA>>> Hyundai Perkenal Bas Sekolah Canggih, Staria Kinder untuk Pasaran Korea Selatan
BACA>>> Hyundai Grand Starex Facelift (2018) Berwajah Baharu dengan Gril Besar, Lampu Trendy

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Pengurusan Jenazah Percuma (@pertubuhanamalnurbykhiriah)

SUMBER: HarianMetro

aktres Hyundai Grand Starex Hyundai Grand Starex Royale kereta artis Noorkhiriah Noorkhiriah Ahmad Shapie NurByKhiriah starex Van Jenazah
Farah

    Artikel Berkaitan

    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.