Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Hyundai Grand Starex Facelift (2018) Berwajah Baharu dengan Gril Besar, Lampu Trendy
Roda4

Hyundai Grand Starex Facelift (2018) Berwajah Baharu dengan Gril Besar, Lampu Trendy

Han OthmanBy Han Othman02/01/20182 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HYUNDAI menyambut tahun baru dengan memperkenalkan model Grand Starex versi dipertingkat (facelift) yang menampilkan gaya depan dan belakang baharu menerusi rupa fasia dan grafik belakang moden.

Siapa sangka model generasi kedua itu sudah diperkenalkan sejak 2007, lebih sedekad dan masih relevan di pasaran. Dalam barisan produk Hyundai, Starex memasuki pasaran antarabangsa dengan pelbagai nama seperti iLoad, iMax, i800, dan H-1, selain Starex (di Malaysia).

BACA >>> #PanduUji: Hyundai Elantra 2.0L dan Sport 1.6L Turbo – Sedan Asia Gaya Eropah

Status Starex di Korea Selatan berada dalam segmen kenderaan komersil ringan atau minibus berdasarkan kemampuan kenderaan tersebut menampung kapasiti penumpang hingga 12 orang dalam empat baris tempat duduk selain trenkuasa yang cuma ada unit diesel.

Lain pula Malaysia, kehadiran Starex diletakkan sebaris dengan MPV saiz besar premium seperti Toyota Alphard dan Nissan Elgrand. Kali terakhir model Starex facelift diperkenalkan Hyundai Malaysia, November 2016 dengan tanda nama Starex Royale yang tampila serba mewah dan menawan pada harga bermula RM164,088.

PENAMPILAN DIPERKEMAS

Hyundai Grand Starex Royale (2016)
Hyundai Grand Starex (2018)

Hyundai H-1 @ Hyundai Starex versi Korea


Apa yang baharu? Gril versi facelift kini dibesarkan (Starex di Korea dipanggil H-1 dengan gril lintang konvensional), manakala ciri dalaman dinaik taraf dengan memuatkan skrin infotainment 8-inci baharu, roda stereng berwajah segar dan trim yang dikemas kini.

Menepati status sebagai kenderaan komersil, kuasa dimiliki van besar ini dijana enjin diesel 2.5L turbodiesel berkuasa 138hp dan tork 352Nm dalam transmisi manual 6-kelajuan, dan 172hp dan 450Nm dalam transmisi automatik 5-kelajuan bersama pengecas turbo variabel.

ADA OPSYEN AWD

Pembeli di Korea Selatan diberikan pilihan pacuan semua roda (AWD) dengan kunci diferensial. Harga pula bermula ₩21.1 juta (RM79,760). Pembeli di pasaran luar seperti Eropah, Britain, Australia dan Asean dijangka mendapat kunjungan model ini dalam masa terdekat nanti. Malaysia juga tidak mustahil turut berada dalam radar sasaran pembeli.

Menarik atau tidak model facelift kali ini? Secara kasar, gril Starex Royale versi Malaysia tampak lebih eksklusif, tetapi rupa lampu utama Starex (2018) lebih trendy. Mungkin cantik jika gril dan lampu utama kedua-dua model itu saling dikahwinkan?

GALERI

Hyundai Grand Starex (2018)
hyundai Hyundai Grand Starex Hyundai Starex kenderaan komersil Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) minibus MPV Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Honda N-BOX 2026 – Wajah N-BOX Custom lebih garang!

19/06/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

#KLIMS2026: Zeekr 009 Grand – MPV EV Ultra Mewah, Harga Anggaran RM600K

18/06/2026
Roda4

#KLIMS2026: Honda Prelude Baharu Akhirnya Di Malaysia – Casis Type R, Harga RM278,000

18/06/2026
Auto Terkini

Audi A6 allroad 2027, Wagon Versi Lasak Untuk Pelbagai Permukaan Jalan

17/06/2026

2 Comments

  1. Hanif on 22/01/2018 16:46

    Harga starex 2018 malaysia

    Reply
    • Anne on 10/09/2018 08:44

      Harga starex 2018

      Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

By Abang Hirata16/06/2026
Auto Terkini

Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

By Syafie15/06/2026
Roda2

SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

By Shazwan Hisam21/06/2026
Roda2

Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

By Abang Hirata18/06/2026
Roda4

#KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

By Syafie15/06/2026
PHEV

#KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

By Syafie12/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.