Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Nissan X-Trail 4Dogs – SUV Konsep yang Mesra-Anjing
Roda2

Nissan X-Trail 4Dogs – SUV Konsep yang Mesra-Anjing

Han OthmanBy Han Othman19/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KENDERAAN tempahan khas buat golongan hartawan bukanlah hal pelik lagi hari ini, tetapi bagaimana pula kalau kereta itu direka khas untuk haiwan kesayangan oleh pengeluar asal? Sudah tentu ia sesuatu yang mengujakan kerana sangat jarang berlaku.

Tahukah anda, Nissan baru saja membikin kereta konsep X-Trail 4Dogs yang dibangunkan khas buat pemilik anjing. Kenderaan utiliti sukan (SUV) berkenaan dilengkapi laluan tanjakan, penyembur mandian dan pengering. Menurut Nissan, kereta konsep tersebut dibangunkan berasaskan respon tinjauan di Amerika Syarikat (AS), di mana 90 peratus pemilik anjing akan mempertimbangkan membeli kereta yang ada ciri-ciri mesra anjing.

Antara ciri lain ditawarkan Nissan X-Trail 4Dogs ialah perubahan ruang but yang diubah suai menjadi kompartment kembara bersaiz 445 liter, siap dengan kemasan kulit bagi memudahkan kerja pembersihan. Kapasiti SUV dikatakan mampu menampung sehingga dua keluarga haiwan kesayangan anda.

ADA PENYEMBUR MANDIAN, PENGERING

Fungsi ruang belakang turut dirombak dengan memuatkan penyembur mandian jenis gegelung 360° dalam laci yang boleh ditarik keluar. Ciri tersebut dapat memudahkan kerja-kerja mencuci atau memandikan anjing yang kotor selepas dibawa berjalan. Malah, pengering turut disediakan bagi menghilangkan kelembapan pada bulu haiwan tersebut.

Tanjakan atau ramp jenis gelangsar memudahkan anjing memanjat ke belakang but sebelum merebahkan badan di atas set katil mewah yang disediakan. Pemilik X-Trails 4Dogs juga boleh manarik nafas lega dengan keselamatan haiwan mereka menerusi ciri pemasangan abah-abah (harness) yang disediakan Nissan.

Ciri tambahan lain yang diberikan ialah mangkuk air dan dispenser elektronik serta kamera ‘dog-cam’ dua-hala dengan paparan skrin LCD 10-inci bagi membolehkan pemilik dan anjing dapat saling melihat sesama sendiri. Sistem tersebut turut disepadukan dengan sistem infotainment X-Trail yang membenarkan pemilik bersuara untuk menenangkan anjing mereka menerusi pautan audio, tidak ubah seperti fungsi walkie-talkie.

TIDAK PERLU RISAU DALAMAN KOTOR

Pakar veterinar, Rachel Homeny berkata, ciri-ciri Nissal X-Trail 4Dogs memang dibuat dengan baik dan dibikin sempurna untuk membawa haiwan peliharaan keluar dalam sebarang cuaca.

Fungsi cuci dan kering membolehkan anjing menjadi anjing. Jadi, pemilik tidak perlu risau tentang hal dalaman kereta yang kotor.”

– Rachel Homeny, Pakar Veterinar

Walaupun konsep 4Dogs dibikin untuk kegunaan haiwan, pelanggan tidak perlu risau tentang keperluan konvensional, di mana banyak item boleh dikeluarkan bagi memberikan ruang untuk barangan membeli-belah, manakala tayar simpanan tetap dikekalkan.

Ketua Pengarah Pemasaran bagi Nissan X-Trail, Ryan Gains berkata, hasil kajian jelas menunjukkan bahawa bagi pemilik anjing, kehadiran haiwan itu juga adalah bahagian paling penting dalam keluarga mereka.

Memastikkan keperluan haiwan kesayangan mereka dipenuhi adalah sama penting dengan memastikan anak-anak selesa dan gembira.”

– Ryan Gains, Ketua Pengarah Pemasaran bagi Nissan X-Trail

Bagaimanapun, kereta konsep 4Dogs hanya sekadar idea dan Nissan masih belum merancang untuk merealisasikan SUV mesra haiwan itu untuk pasaran sebenar.

GALERI

SUMBER: Auto Express

Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) kereta konsep kereta mesra-haiwan Nissan Nissan X-Trail Nissan X-Trail 4Dogs Roda4 SUV
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

10/07/2026
Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

10/07/2026
Jaecoo J5 EV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Jaecoo J5 EV 2027 Debut di Malaysia – EV Pertama Omoda | Jaecoo dengan Jarak Pandu 402km

09/07/2026
Malaysia bakal jadi hab EV Asean
Sembang Deras

#SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

08/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
Geely siar imej acah Geely Preface L90
Auto Terkini

Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

By Han Othman07/07/2026
Toyota Corolla Cross 2027
Roda4

Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

By Abang Hirata04/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
Auto Terkini

BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

By Syafie08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.